Saturday, February 12, 2011

NIK AZIZ BAKAL LETAK JAWATAN SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN!!!!

Hosni Mubarak rasmi turun daripada jawatan Presiden Mesir dan tentera mengambilalih pentadbiran negara buat sementara waktu. Krisis dijangka tidak akan selesai kerana terdapat tiga puak yang sedang mengintai jawatan Presiden Mesir iaitu Ikhwanul Muslimin, Omar Suleiman dan Al-Baradei. Ketiga-tiganya mempunyai saham terbesar kepentingan Amerika Syarikat di dalamnya!!!

Itu cerita Mesir lah...

Di Malaysia, turunnya Hosni Mubarak daripada jawatan Presiden Mesir disambut gembira oleh para propagandis Pakatan Rakyat, khususnya yang berbangsa Melayu. Mereka mengkenenkan peristiwa di Mesir dengan apa yang berlaku di Malaysia dengan mengaitkan lamanya pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO ke atas Malaysia.

Sekali imbas, nampak macam betullah...

Yang menjadi tak betulnya ialah, pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO dari sebelum merdeka iaitu pada pilihanraya umum pertama 1955 hinggalah sekarang, kabinet dan Perdana Menterinya sudah banyak berubah. Jawatan tidak dipegang selama-lamanya. Najib Abdul Razak sebagai contoh, baru memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, jauh lebih singkat tempohnya berbanding Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Melaka.

Yang mereka terlepas pandang adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dari tahun 1990, dia memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sehinggalah sekarang... Kelantan tetap macam tu juga. Tak ada banyak beza pun. Kalau ada orang yang cuba mencabarnya, dia akan lunyai-lunyaikan mereka dengan hujah-hujah agamanya. Dan modal terbaru yang digunakan untuk mengalahkan hujah lawannya ialah, 'Kita jalankan kerja Islam. Pasal apa pula kita yang buat kerja Islam ni nak dilawan?'.

Mungkinkah dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak ini akan membuatkan Nik Abdul Aziz juga sedar dan turut meletakkan jawatannya sama. Lagipun Kelantan bukan kurang orang yang boleh mentadbir. Malah kalau setakat macam Nik Abdul Aziz, rasa-rasanya jumlahnya mungkin tiga suku daripada jumlah rakyat Kelantan yang layak. Tak buat apa-apa pun selain daripada ceramah, kempen, ceramah, kempen... Paling lebih pun, pergi rasmikan tokong dan watt untuk ambil hati pengundi bukan Melayu-Islam.... cikgu besar pencen pun boleh kerja macam tu!

Ketika kerajaan-kerajaan negeri lain, termasuklah Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan projek bagi kepentingan negeri masing-masing, termasuklah memekak kerana bimbang ETP tidak sampai ke negeri mereka, Nik Abdul Aziz sekadar bagi ceramah dan kempen politik... para kabinetnya pula, sekadar garu kepala. Nak lawan, tok guru. Tak lawan, dah macam kera duku...

Kesudahannya, buat-buatlah pekak badak sampai berharap sangat, Nik Abdul Aziz akan lepaskan jawatan... ini bukan tahun 60-an yang ceramah dan kempen jadi makan wajib. Sekarang sudah 2011, zaman di mana kerja kuat adalah dakwah. Hasil kerja adalah dakwah. Dakwah bukan lagi dengan cakap-cakap retorik teori agama tanpa praktikal.

Yang menjadi masalahnya cumalah... NIK ABDUL AZIZ TAK PERNAH SEDAR-SEDAR!!!!

7 comments:

Ular Menyusur Akar on February 12, 2011 7:41 AM said...

Dah melalut orang tua ni. Kalau kita baca blog kickdefella, jelas orang pas sendiri yang membocorkan maklumat kepada kickdefella selain kickdefella sendiri memahami pas dari dalam.

MSO, dalam blog "Tinta Merah", penulis lidah rasmi pas, dalam dua articles kebelakangan ini juga tegak tegak memperli nik ajis.

Dalam artikel "Sabtu Yang Cerah", MSO (Mohd Mufti Omar) memperli nik ajis, "Tok Guru boleh tunjuk sesiapa yang diperlukan dan siapa yang perlu berada di belakang. Apabila Tok Guru tunjuk maka semua orang di Kelantan akan mematuhinya." manakala dalam artikel terbaru, "Mi Che Lah dan Lui Ah Mad:
Sesuatu Yang Tidak Boleh Dilupakan", sekali lagi MSO memperli nik ajis; "Jangan bandingkan mereka dengan Tokguru Nik Aziz... kalau dibandingkan dengan Nik Aziz di dalam Pas sendiri tidak ada yang boleh bertanding dengan beliau. Nik Aziz hanya dilahirkan Allah untuk Kelantan dalam tempoh satu abad". Selami apa yang tersirat dalam apa yang tersurat di sebalik tulisan MSO.

agbr47: Selagi dia mengkafirkan atuk atuk aku, mak bapak aku dan aku, aku tak terima nik ajis sebagai pendakwah Islam apatah lagi seorang ulamak. Orang PAS sendiri telah mula menentang orang tua nyayuk ini dari dalam. Faham Islam apa kalau mengamalkan sembahyang dua imam di Tenang? Makmum di belakang saf imam bongkak tu, lebih takut kepada nik ajis dari Allah. Sialan.....jahiliah.

Anonymous said...

Korang jangan mimpi lah Nik Aziz nak letak jawatan..dia nak pegang jawatan MB tu sampai mampos sebab dia rasa dia sorang je yang layak pegang jawatan tu dengan ilmu yang dia miliki tu..sehingga kan kalau tubuh badannya dah tak mampu dia masih boleh mentadbir Kelantan dengan baik hanya dengan buah fikiran je...hakikatnya masalah tandas kat Kelantan pun dia tak mampu nak settle..

Anonymous said...

oh rasanya ada kesilapan typing di article ni:
...Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
bukannya,
...Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Melaka.

itu je.. :-)

oh malaysiaku said...

org2 PAS tau, walau apa pun yg berlaku, bagaimana Kelantan tertinggal jauh dari negeri lain pun, mereka tetap perlukan Nik Aziz utk kesejahteraan dunia dan akhirat. kan ke Mursyidul Am ni punye kuase yg menentukan siapa yg masuk syurga?

kalau NA dah letak jawatan apa akan jadi? siapa yg nak rekomen masuk syurga?

zizie on February 12, 2011 4:25 PM said...

mcm bangang /.,,,,,Mursyidul Am ni punye kuase yg menentukan siapa yg masuk syurga????hahahahaha.,,,..,,ape punya taksub la pengikit2 ulamak ini sampai kata NA ml rekomen masuk syurga..,,ahaks..,,,,
PAS UTK SEMUA,,,,,.....

zethro said...

Kpd juak2 tegar Pakatan Rakus yg nak samakan Mesir dgn Malaysia, apakata korang jd rakyat Mesir dulu pastu baru jd rakyat Malaysia balik. Same ke tak cara pemerintahan? Ade 'multiracial/multiethnic' cam Malaysia tak? Ade yg sanggup kafirkan sesama Islam sbb berlainan ideologi politik tak?

Kpd saudara UMA, cuma nak betulkan je yg MSO name dia Mohd Sayuti Omar.

Kpd anony, mungkin kesilapan yg "disengajakan" sbb Lim Guan Eng sebenarnya berasal dr Melaka tp sejak jd CM Penang ni, dia dah jd lebih drp org Penang lak(kononnya) sampai nak ubah sejarah Pulau Pinang dgn buku 'My Balik Pulau'.

Anonymous said...

KERAJAAN PAS KELANTAN (NIK AZIZ) WAJIB DITUMBANGKAN

Nama Operasi : Ops BUDU
Matlamat : Menyelamatkan rakyat Kelantan dari Ketamakan Kuasa oleh Nik Aziz.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template