Antara keistimewaan Lim Guan Eng adalah mengambil hati. Dia mewakili sekelompok kaumnya yang sangat pintar memujuk, mengambil hati dan kemudian mengenakan orang yang disongketnya sambil tersenyum.Itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng kepada Nizar Jamaluddin, sang lambai yang terus kempunan untuk menjadi Menteri Besar Perak setelah tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat keluar dan menjadi ADUN Bebas, sekaligus meruntuhkan terus empayar DAP yang cuba berkembang di Perak Februari 2010.
Jaminan Guan Eng bahawa manusia yang gemar melambai itu akan tetap dijadikan Menteri Besar Perak seandainya Pakatan Rakyat menguasai Perak pada PRU13 dilihat satu cara untuk mengembangkan jubor para pemuja DAP di dalam PAS. Apatah lagi, Nizar Jamaluddin dilihat setaraf dengan Mahfuz Omar yang pantang disua mikrofon, bersuaralah dia sekalipun suaranya sangat sumbang dan biji butir percakapannya, mengalahkan orang terganggu fikiran yang disumbat dalam Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Pengiktirafan yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Nizar Jamaluddin sangat mudah difahami. Nizar Jamaluddin dalam buruannya untuk menduduki takhta kekuasaan di Perak akan sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta terpaksa minum air kaki Lim Guan Eng sekalipun. Tindak-tanduknya sepanjang dia menjadi Menteri Besar Perak sudah cukup untuk menggambarkan siapa Nizar Jamaluddin yang sebenarnya.
Dengan pajakan tanah selama 999 tahun kepada bekas Min Yuen di Perak, nisbah anugerah tanah yang lebih besar kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan berbanding SAR, peluang perniagaan untuk Melayu yang ditutup rapat dan dibuka luas untuk golongan bukan Melayu, dasar-dasar yang tidak menyebelahi Melayu dan kesanggupannya menyembahkan derhaka kepada Seri Sultan Perak, sudah cukup memenuhi pra-syarat DAP.
Dan kenyataan Lim Guan Eng itu, sekaligus sudah cukup untuk menunjukkan siapakah tuan Nizar Jamaluddin yang sebenarnya... Apabila Lim Guan Eng melabelkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang baik dan penuh integriti, maka fahamlah kita, bahawa baik serta integriti yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng bermaksud, menepati apa yang dihajati oleh DAP.
Tahniahlah kepada Nizar Jamaluddin kerana berjaya mendapatkan pengiktirafan besar daripada Lim Guan Eng, sang Maharaja yang sedang berusaha menghapuskan Melayu dari Pulau Pinang... Nizar Jamaluddin sudah boleh tersenyum dan tersengih sampai telinga dengan pengiktirafan itu. Kalau dicabut nyawa oleh Malaikat Maut pun, Nizar Jamaluddin mesti mati dalam keadaan tegak dan tersengih lebar dengan sebelah tangannya melambai kepada para peminatnya.
Kepada para propagandis Pakatan Rakyat, pengiktirafan yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Nizar Jamaluddin, turut mengiktiraf anda sekalian sebagai lembu-lembu pawah buat DAP!!!
Tahniah sekali lagi!!!!


2 comments:
Nizar Jamaluddin, Menteri Besor 'kepala otak' kamu!! Ngah, Ngeh dan lain-lain DAPigs, lagi besor pada kamu.
nizar dipersilakan berceramah di merlimau pulak, mesti PAS melaka "suka".
Post a Comment