Thursday, February 10, 2011

OPERASI LALANG.... MASING-MASING PAKAT CARI SALAH MAHATHIR!!!

Masing-masing pakat mengulas tentang Operasi Lalang pada 1987 yang melibatkan penahanan 40 orang yang kebanyakannya adalah pemimpin UMNO, MCA, PAS dan DAP. Semuanya berpunca daripada buku yang ditulis oleh Tom Plate, 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad' serta penafian bekas Perdana Menteri itu yang dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi berkenaan.

Mat Sabu sudah bersuara. Lim Kit Siang juga sudah bersuara. Karpal Singh sahaja yang masih sakit tekak. Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin UMNO seperti Fuad Hassan, Ibrahim Ali dan lain-lain... semuanya diam.

Sememangnya sukar untuk puak-puak yang menyokong Pakatan Rakyat untuk menerima hakikat bahawa Mahathir Mohammad tidak terlibat dalam arahan penangkapan pemimpin-pemimpin politik dalam Operasi Lalang. Bebudak yang ubun-ubun lembik dan tidak tahu apa-apa pun, turut menulis di blog masing-masing yang Mahathir terlibat sebab para pemimpin mereka kata macam tu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar telah mengesahkan Mahathir tidak terlibat, sebaliknya polis yang terlibat. Tun Hanif Omar adalah salah seorang daripada saksi yang ditolak oleh Mahathir ketika kali pertama mendedahkan perangai syaitan Anwar Ibrahim iaitu sukakan jubor jantan.

Pastinya, penjelasan sesiapa pun tidak akan diterima oleh bebudak Pakatan Rakyat yang sudah menanam doktrin di dalam kepala mereka bahawa Mahathir terlibat. Ia sama seperti kisah pengungkitan tentang Tabung Memali.

Mereka tidak menerangkan tentang Tabung Memali dan penyelewengan duit tersebut sehingga mencetuskan kemelut antara balu, anak, waris dan ahli keluarga mangsa peluru polis di Memali, sebaliknya masih sibuk menceritakan bagaimana Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dibunuh oleh polis atas arahan Mahathir Mohammad.

Walhal semasa kejadian, Mahathir berada di luar negara dan peristiwa tersebut mencetuskan pergeserannya dengan Musa Hitam, timbalannya yang kemudian menyaksikan Timbalannya lucut jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Paduan 2M tidak berterusan kerana Tragedi Memali...

Dan Operasi Lalang kedengaran semula bagi mengingatkan betapa zalimnya Mahathir... bagi mereka yang hidup berakal pada 1987, pastinya tahu bagaimana keadaan yang sangat tegang pada waktu itu. Para pemimpin dan orang Melayu telah pun berkumpul di Stadium TPCA di Kampung Bharu dengan para pemimpin Melayu sudah mula bercakap berapi-api menaikkan kemarahan dan semangat orang Melayu. Begitu juga dengan DAP menerusi lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba menaikkan emosi para penyokong mereka terhadap UMNO dan Raja-Raja Melayu...

Ianya berlaku tidak lama selepas Karpal Singh ditampar di pekarangan Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul Samad oleh Allahyarham Kiyai Arshad!!!

Tanpa Operasi Lalang, pastinya tragedi 13 Mei berulang semula...

Namun dendam daripada puak-puak yang gagal melunaskan dendam mereka, masih berterusan. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah kerana masing-masing tahu, generasi muda tidak berminat dengan sejarah yang dikatakan berbaur perkauman....

Perhatikanlah bagaimana Lim Kit Siang terus-menerus menyerang Sejarah Malaysia yang menurutnya tidak adil, berat sebelah dan terlalu mengagungkan Melayu!!!!

2 comments:

Anonymous said...

aku suka bila depa bukak balik cerita lama...bukan sebab kesan terhadap kerajaan tapi untuk yang tak tahu...tak faham...memahami cerita sebenar....

biaq apa pun yang depa buat...yang aku harapkan ialah akan makan diri depa balik...InsyaAllah...macam SRIKANDI 7 dedahkan baru2 ini yang menyebabkan yang tak berapa faham...akhirnya memahami dan mendukung suatu kebenaran dan keadilan....

semoga makin banyak ulasan...yang akan merapatkan dan menyatukan kembali melayu ISLAM khususnya....

wallahu'alam...

Anonymous said...

Beza pemimpin BN ngan PR, BN kena fitnah duk rilek takder kecoh2 nak saman ke bw ke makhamah ke. Coz dorang tahu makhamah akhirat nanti dorng dpt pembelaan lagi baik dr makhmah dunia. Compare ngan pempimpin PR, dorng ni ingat duniawi jer, akhirat nanti tau lar korang satu2 cari Tun M minta ampun

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template