Beberapa NGO mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan risalah 'My Balik Pulau' kerana hampir keseluruhan isi kandungan risalah tersebut adalah pembohongan yang ditaja oleh Kerajaan Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa yang sama, menuduh risalah tersebut diterbitkan oleh UMNO untuk menyebarkan fahaman perkauman yang tegar sekalipun secara jelas, ia adalah sebaliknya.Risalah 'My Balik Pulau' sebenarnya adalah kesinambungan BUKU MERAH MAO TSE TUNG yang telah diharamkan oleh kerajaan pada zaman darurat dahulu dan sehingga sekarang pun masih lagi diharamkan. Bagi yang tidak pernah tahu apa itu BUKU MERAH MAO TSE TUNG, anda boleh ke BLOG KINI DAN SILAM MAT AMIN untuk melihat dan membacanya.
Menarik dan mengharamkan 'My Balik Pulau' adalah satu langkah yang tidak wajar, memandangkan ia telah pun tersebar secara meluas bahkan turut diperkatakan secara bebas oleh pelbagai pihak.
Seharusnya pihak-pihak tertentu termasuklah NGO terbabit mengusahakan satu langkah untuk menyanggah fakta-fakta di dalam 'My Balik Pulau' secara lebih meluas. Salah satunya ialah berhadapan dengan Lim Guan Eng yang begitu jelas mempertahankan kewujudan risalah terbabit. Malah yang terlebih baik adalah tekanan yang perlu diberikan kepada penerbit risalah itu dan ianya dibuat secara terbuka. Para penyelidik yang nama-nama mereka tertera di belakang kulit risalah itu, perlu dipanggil dan dialog dengan mereka dibuat secara terbuka.
Mengapa tidak digunakan taktik Lim Guan Eng dan DAP sendiri dalam menangani masalah yang mereka timbulkan? Apa perlu digunakan taktik Melayu yang masih kuno dan jumud seperti peribahasa 'menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserakan'. Ini adalah zaman di mana penjelasan dan sanggahan dibuat secara serta-merta dan terbuka. Membungkam mulut pembohong-pembohong seperti Lim Guan Eng tidak boleh lagi dilakukan secara baik budi, sebaliknya dibuat di hadapan mukanya sendiri.
Dan seandainya kaedah yang digunapakai masih lagi kaedah purba seperti pengharaman risalah berkenaan dengan harapan, rakyat tidak akan dibodoh-bodohkan oleh fakta yang salah, ianya tidak akan ke mana-mana. Ia seperti tindakan kerajaan yang cuba menyenyapkan tentang fakta-fakta Tragedi 13 Mei 1969 yang kemudiannya digunakan oleh DAP untuk menyalahkan orang Melayu, walaupun mereka sebenarnya dengan bantuan Parti Komunis Malaya yang mencetuskannya!!!!


0 comments:
Post a Comment