Demokrasi..idealnya, kerajaan dipilih melalui suara majoriti dari rakyat. Kerajaan ditubuhkan atas pilihan rakyat. Parti2 politik ditubuhkan dan berusaha mencari sokongan rakyat..parti2 ni akan menyuarakan prinsip2 perjuangan mereka yg mana akan munafaatkan rakyat. Menjanjikan sesuatu yg terbaik utk rakyat..
Mandat pun akan diberikan oleh rakyat..prestasi kerajaan yg dipilih akan dinilai dan bakal menemui rakyat pada pilihanraya yg seterusnya.
Tapi apa yg berlaku sejak menjak ni..pihak pembangkang yg dah berpuluh2 tahun dan masih gagal meraih simpati dan sokongan majoriti rakyat telah membelakangkan prinsip demokrasi ngan menggesa rakyat utk bangkit berdemo dan merusuh.. Kerajaan yg sebelum ni dinobatkan melalui sistem demokrasi ditekan utk meletakkan jawatan, membubarkan kerajaan dan beri laluan secara paksa bukannya melalui semangat demokrasi.
siri2 reformasi pada hujung 90'an..dan kini siri2 transformasi pulak..
Masalahnya sama..kenaikan harga barang, pengangguran, inflasi..atau secara rengkasnya ..rakyat sedang lapar dan susah.
Pihak pembangkang..memainkan isu2 trsebut membangkitkan kemarahan rakyat, menggunakan rakyat utk merampas kuasa.
Dan yg peliknya..US "hero" dan "champion' demokrasi memilih menyebelahi rakyat yg merusuh dan menekan kerajaan yg sedia ada utk lepaskan kerajaan dan serahkan pada "rakyat" yakni pada pembangkang!! Sepatutnya mereka membantu kerajaan yg sedia ada dan meredakan keadaan dan segerakan pilihanraya yg baru..biar demokrasi juga menentukan negara trsebut!!
Iran...selepas pilihanrayanya baru2 ni..keputusan telah dicapai..tapi pihak pembangkang tidak berpuas hati dan memujuk rakyat utk merusuh dan berdemo..
Tapi mujur kerajaan Iran yg menang melalui sistem demokrasi mencari pendekatan yg tegas!! Dan rakyat Iran yg protes, malangnya, kurang mendapat sokongan dunia..Usaha pihak pembangkang..gagal!!
Gitu juga Malaysia satu masa dulu..bila Barisan Alternatif gagal dalam memiliki majoriti dan gagal menubuhkan kerajaan..turut membuat percubaan membuat desakan melalui beberapa siri demostrasi jalanan..malangnya ianya kurang mendapat sambutan.
Jika keadaan ni berterusan dan dianggap "SUARA RAKYAT" "KEBANGKITAN RAKYAT", "KEADILAN UTK RAKYAT"...maka apa perlunya pilihanraya lagi!!
Kita kembali pada zaman feudalisma spt dahulu kala..mana2 kerajaan yg dah lama memerintah leh digulingkan melalui rampasan kuasa ngan cara merusuh dan berdemo..
Spt zaman dulu..utk gulingkan satu2 empayar..maka pemberontakan akan berlaku!! Jika kerajaan tersebut lemah, maka kerajaan baru akan ditubuhkan yakni para pemberontak...dan seterusnya bila ada pemberontakan baru.
rasanya masyarakat antarabangsa perlukan pendekatan baru dalam memastikan sistem demokrasi terus diguna pakai..
Mana2 negara bila berlakunya rusushan/demo yg berlanjutan lebih dari 3 hari..maka kerajaan yg memerintah memiliki kuasa sepenuhnya utk memulihkan keadaan tanpa campur tangan mana2 negara dan adakan pilihanraya sebaik keamanan dipulihkan. Masyarakat antarabangsa atau UNITED NATION perlu campurtangan atas permintaan kerajaan memerintah..dan pastikan pilihanraya diadakan sebaik keamanan pulih..
Jika dibiarkan ni berterusan..maka masyarakat antarabangsa sendiri yg mencabul dan meliwat sistem demokrasi tu sendiri!!
US beria2 mendesak Hosni dan kerajaannya berundur..apakah Hosni dan kerajaannya sudah tidak ada apa2 munafaat utk kepentingan US lagi. Apa janji pihak pembangkang pada US dan apa janji US pada kerajaan baru yg bakal ditubuhkan..
Atau memang dibiarkan huru hara..agar kerajaan telah jadi benar2 lemah sehingga campurtangan UN diperlukan..
Nampak gayanya...PENJAJAHAN ERA BARU sedang dimulakan..dan MALAYSIA mungkin juga tidak akan terlepas!! Lebih banyak kerajaan2 BONEKA spt mana kerajaan Melayu dizaman British akan diciptakan..
dan yg sioknya..cara PENJAJAHAN BARU ni tidak memerlukan ketumbukan tentera yg besar, belanja yg besar..tapi rakyat negara tu sendiri diadu dombakan dan memperjudikan masa depan negara mereka sendiri!! darah antara rakyat yg dialirkan..bukannya darah penjajah.
Antara ALASAN yg biasa digunakan..kerajaan trsebut telah lama memerintah..pempin2 dah kaya bebenor!! - ngan lain kata, bagi lah kami peluang pulak..bagi lah peluang kami kaut kekayaan pulak...dan rakyat dari sejak dulu hingga kiamat terus menerus dikudakan lagi dan lagi!!
-aa
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
10 minutes ago


0 comments:
Post a Comment