Tuesday, February 8, 2011

PENYANYI HINA AL QURAN DIBENARKAN MASUK KE MALAYSIA? JAKIM NI MAKAN GAJI BUTA KE HAPER?

Penyanyi dan komposer Iran yang sedang diburu bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini. Penyanyi yang bernama Mohsen Namjoo (atau Namju) akan membuat persembahan di KLCC Convention Center.

Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh pihak berkuasa Iran kerana menghina Al Quran dengan menjadikan ayat-ayat al Quran sebagai lirik lagu dengan iringan alat muzik. (BERITA BERKAITAN ADA DI SINI)

Bagi sesetengah orang yang tidak tahu, ayat-ayat al Quran dilarang daripada didendangkan dengan iringan muzik. Perlu dibezakan antara tarannum atau lagu-lagu al Quran dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh manusia dengan menjadikan ayat-ayat al Quran sebagai lirik.

Larangan menyanyikan ayat-ayat al Quran dengan iringan muzik amat jelas! Dan mungkin sesetengah daripada anda yang tidak mengetahui jenayah yang dilakukan oleh penyanyi ini, anda boleh saksikan video klip di bawah.



Yang dipersoalkan sekarang, di mana JAKIM dan apa peranan mereka? Atau adakah bahagian hiburan antarabangsa Kementerian Penerangan tidak langsung mengetahui tentang Mohsen Namjoo atau mereka sekadar buat-buat tak peduli?

Iran sudah menjatuhkan hukuman lima tahun ke atas pelarian ini. Malaysia membenarkan pula orang yang telah melagukan al Quran dengan irama rock masuk untuk membuat persembahan.

Hebat benar Kementerian Penerangan di bawah Rais Yatim... senilah ni yer?

SENI KEPALA HOTAK!!!!

2 comments:

Anonymous said...

sesuatu yang mejadi persoalan tentang pendirian serta perjuangan Faisal Tehrani...."perkara yang berkaitan mazhab Syiah di Malaysia dan dakwaan dia tentang pengikut Ahlul Bait(a.s.)"...ternyata tidak sama dengan penjelasan serta penerangan daripada Mufti WP....

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/AHLUL_BAIT_MENURUT_PANDANGAN_SUNAH_DAN_SYIAH.pdf

wallahu'alam...

ataih pagaqqq said...

xdak pihak yang "lompat" ka pasai isu ni??? ka dok sebok pasai mesir xhabih lagi????

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template