Rahimi Osman sudah mula membuka tembelang Anwar Ibrahim. Rahimi Osman adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim yang cerita dia dipaksa bersumpah dan memberikan keterangan dengan 'tunjuk ajar' seorang peguam wanita 'jelita' PKR, heboh tidak lama dahulu.Rahimi mengesahkan Anwar ada hubungan rapat dan dibiayai oleh Yahudi Zionis. Bahkan PKR pun turut dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Zionis. Katanya lagi, Anwar patut cermin diri dulu sebelum membalun kerajaan kerana APCO.
Pendek kata, macam-macamlah PENGHINAAN yang dibuat oleh Rahimi Osman terhadap Anwar Ibrahim. Yang paling menggemparkan ialah apabila Rahimi Osman mengatakan Anwar Ibrahim adalah perosak negara, walhal Anwar Ibrahim menerusi skrip yang dibaca oleh isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan sewaktu persidangan tahunan PKR mengatakan, dia adalah ANUGERAH TUHAN.
Nampak gayanya, Rahimi akan disaman ratusan juta ringgit oleh Anwar Ibrahim tidak lama lagi. Yang akan turut disaman juga oleh Anwar Ibrahim adalah Utusan Malaysia kerana menerbitkan artikel tentang Rahimi Osman dan dakwaannya itu. (BACA DI SINI)
Cuma satu sahaja masalah besar, Rahimi Osman bersungguh-sungguh mengatakan dia ada bukti, seperti Anwar menemberang innercirclenya tentang 6 kotak fail penyelewengan kabinet dan kemudian mereka pun turut temberang sama termasuklah salah seorang daripada mereka adalah Ezam Mohd Nor. Jangan tidak, sekeping fail yang menyebabkan Ezam masuk penjara itulah sahaja yang mampu dikeluarkan. Selebihnya hanya dalam angan-angan.
Lebih malang lagi, Rahimi pula lebih tahu tentang Anwar dan Zionis serta pembiaya kekayaan Anwar Ibrahim berbanding orang lain (kecuali Azmin Ali lah).
Tapi apa pun, kita tunggu sajalah apa tindakan Anwar Ibrahim selanjutnya yang sedang kepanasan apabila kekayaan luar biasanya mula dipersoalkan dan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mula mengesan serta menyiasat punca pendapatannya. Berapa ratus juta pulak kali ini Anwar Ibrahim akan menyaman?


0 comments:
Post a Comment