Sunday, February 6, 2011

RM120,000 KELANTAN LAGI BAIK DARIPADA RATUSAN JUTA WANG PUSAT!!!!

Ada satu mangkuk... mangkuk ni adalah Editor Kanan di Penerbitan PTS Islamika yang turut terbabit dalam membekalkan buku kepada Jabatan Pelajaran Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. Atau dalam bahasa mudahnya, bermain-main dengan tender dan kontrak kerajaan jugalah!!!

Katanya, Kerajaan Kelantan jauh lebih terpuji kerana menghantar RM120,000 kepada para pelajar mereka di Mesir berbanding sebuah agensi kerajaan pusat yang hanya menghulurkan RM35,000. Dia juga lebih bersetuju dengan tindakan Kelantan menghantar wakil ke Mesir dan memberikan wang kepada para pelajar mereka di sana, berbanding usaha kerajaan pusat mengeluarkan semua pelajar dan warga Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu. (HARAKAH DAILY)

Dia lebih bimbangkan tentang barangan pelajar yang ditinggalkan, seperti komputer dan kitab serta 'kehendak' orang tempatan yang mahukan bantuan daripada para pelajar Malaysia untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.

Itu Editor Kanan... dan bayangkanlah pula dia bertugas di sebuah syarikat penerbitan yang pada masa ini merupakan syarikat penerbitan paling besar dan paling agresif menerbitkan buku-buku bacaan untuk semua peringkat.... terlebih-lebih penting, dia adalah Editor Kanan di Divisyen Islamika iaitu bahagian yang mengeluarkan bahan-bahan bacaan berbentuk Islam, termasuklah novel-novel cinta yang dilabelkan sebagai novel Islamik.

Menjadi orang PAS bererti otak turut jadi hampas!!! Itulah gambaran yang boleh diberikan.

Kemelut di Mesir tidak berhenti dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Ini baru permulaan. Campurtangan tentera asing sedang menanti bersama calon-calon proksi mereka sebagai Presiden. Kehidupan aman yang diimpikan oleh rakyat Mesir yang membuat tunjuk perasaan, masih jauh daripada tercapai...

Barangkali Editor Kanan ini kurang mengetahui apa yang berlaku dan kurang membaca. Kalau membaca pun, dia sekadar membaca Harakah Online atau tabloid ahli Harakah. Itulah sebabnya, otaknya sangat singkat dan pandangannya sangat dangkal... aneh, macam mana dia boleh diterima sebagai Editor Kanan walhal tahap pemikirannya tidak lebih baik daripada pembaca pruf.

Bahagian yang memuji-muja PAS Kelantan itu, kita sudah maklum yang itu adalah kerja Editor Harakah sendiri. Penambahan seperti itu adalah perlu bagi menunjukkan setiap orang yang mereka siarkan adalah penyokong kuat PAS yang sentiasa bersetuju dengan apa-apa sahaja pandangan Editor Harakah....

Tapi memang lawaklah... RM120,000 dibandingkan dengan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia... itu yang dipandang sangat-sangat.... hantar wakil dan jadi tandiey, itu yang dibanggakan?

Tak lama lagi PTS juga akan jadi seperti beberapa buah syarikat penerbitan yang lain kalau itulah pandangan Editor Kanannya... apatah lagi sekarang ini, BBT dan PNM membuka ruang yang sangat luas kepada bahan-bahan penerbitan yang berbentuk Islamik, dari peringkat tadika, pra-sekolah sehinggalah ke tingkatan enam....

6 comments:

assaad on February 6, 2011 12:35 PM said...

Salam Untuk semua.

Mamat di atas tu betul ke?
Masalah...masalah....masalah...

Kalau orang terpelajar, berfikiran seperti itu. Itulah kalau taksub tampa bertempat.

Baca-bacalah supaya terbuka minda. Jangan hentam keromo sahaja.

"Betulkanlah Yang Biasa
dan Biasakanlah Yang Betul"

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com

Anonymous said...

bukan ker yang nak balik tu atas dasar sukarela. Kerajaan tak memaksa...sapa nak tinggal kat mesir...tingal la.....sendiri tanggung la...nak berdemo ker, nak kebulur ker...sendiri buat. Apa punya turrrr la

Anak Lenggong on February 6, 2011 1:00 PM said...

Persaolan nya adakah RM120K tu sampai kesasarannya...jangan jadi cam duit koperasi Khohilal dan juga duit derma mamali..ilang tak tau kemana peginya...

MAT said...

Aku pelik jugak la dengan harakah dayly ni keluarkan cerita ikut suka hati diaorang jer ada mak bapak tulis surat kat depa tanya macam mana anak mereka kat MESIR ada sorang HERO PAS pulak cakap tak apa biarkan mereka kat sana baru nampak sahabat sehati sejiwa PENIN penin apa punya pAPER LA di orang ni langsung tak profesional tulis sesuka hati je

Anonymous said...

Dia kata kita bawa balik pelajar tu macam 'selfish' aje, dia ni tak 'selfish' ke?? Begitulah kalau dok fikirkan diri sendiri aje, tak fikirkan keresahan, kesusahan dan gangguan mental anak2 kita yg ramainya gulungan perempuan. Mungkin dia tu gagah sikit dan bebas bergerak kerana dah lama di situ, tapi tak fikirke kawe2 ni setengahnya baru tak sampai setahun di sana, cubalah fikir emosi dia org, kalau tak, mana datangnya kisah ada dikalangan mereka yg kena ancamlah, malam berjaga ala Rukun Tetangga nak hindar penjenayah2 yg diluar jangka, termasuk banduan2 yg terlepas kandang...belum kisah yg dah kehabisan bekalan makanan.
Suka2 aje kata tindakan Kerajaan tak wajar..nampak nak buruk2an Kerajaanlah tu...sombong..



Orang lama.

ataih pagaqqq said...

suruh ja mamat tu pi mesir... aku qasa mau tekencing dalam seluaq kalau kna pi sana... dok disini... sapa pun bleh cakap... aku cadangkan kepada wakil2 rakyat yang suka sangat keadaan di mesir tu... pi sana... tulung buat demo dia sana.... cakap saja xjadi... pi tengok... tau la gumana... bleh gak xperience bwk balik malaysia... kan depa dok bedoa siang malam nak "mesir"kan Malaysia....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template