Kalau sebut tentang Ronnie Liu, pasti tergambar di ingatan kita tentang botol arak, pusat perjudian berinternet, spa dan rumah urut serta Along dan TONTO yang berkeliaran mencari mangsa. Lebih-lebih lagi dengan jawatannya selaku Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, menjadikan Ronnie Liu sebagai orang yang paling berkuasa di Selangor selepas Paduka Sultan Selangor.DAP yang baru merasai nikmat berkuasa, nampaknya terpaksa menyimpan dan menyejukbekukan Ronnie Liu. Ini adalah kerana faktor Ronnie Liu akan mengurangkan sokongan Melayu kepada DAP, ditambah pula dengan persengketaan antara Ronnie Liu dengan Hassan Ali.
Sungguhpun Ronnie Liu di'back-up' cantik punya oleh Khalid Samad, ternyata DAP memilih untuk mengorbankan orang yang paling disayangi oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu. Ronnie Liu dianggap sebagai liabliti dalam Kerajaan Pakatan DAP-PKR di Selangor. Taraf Ronnie Liu sama seperti Salleh Man di Pulau Pinang, bezanya Salleh Man tidak berjawatan sebaliknya hanya menjadi tukang menyalak berkepiah putih.
Ura-ura penyingkiran Ronnie Liu semakin kuat kedengaran. Kekalahan Ronnie Liu dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor baru-baru ini, semakin menguatkan dan mempercepatkan persaraan Ronnie Liu. Siapa yang bakal menggantikan Ronnie Liu, pastinya tidak banyak berbeza kerana setiap kepala yang berlambangkan roket merah, mereka tetap membawa inspirasi Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.
Atau barangkali DAP Selangor hendak membariskan Janice Lee, ADUN Teratai yang sudah pun bertindak meruntuhkan gerai-gerai Melayu di persimpangan Jalan Taman Muda-Taman Mawar dengan alasan menyesakkan jalan, sedangkan hanya beberapa meter dari gerai-gerai yang dibangunkan oleh UPEN itu, terdapat barisan gerai Cina atau di kalangan penduduk setempat dikenali sebagai PASAR BABI yang turut menempatkan pejabat ADUN berkenaan. Janice Lee mendapat undi tertinggi dalam pemilihan barisan kepimpinan DAP yang baru di Selangor tetapi jawatan Pengerusi bagaimanapun diserahka kepada Teresa Kok yang menduduki tangga keenam.
Ronnie Liu sudah boleh terajang dinding dan mengamuk hempas kepala sekarang ini. Trend meletakkan wanita muda seperti Janice Lee sebagai calon dan wakil rakyat oleh DAP nampaknya telah membuahkan hasil.!!!


3 comments:
Kalo nak tau, Pasar Babi tu yg patut diroboh. Dah lar buat sesak jalan, pastu peniaga2 tu wat suka mak bapak diaorg jer parking sampai tgh jln, dari 2 lane jd 1 lane. Ingat diorg jer byr roadtax? Dah lar pengotor + lg dengan jln berlopak bertakung air dr kedai dorang. HAPRAK nyer kerajaan PR!!
kita tak boleh marah2, tak baik ..
kan ke dlm kerajaan PR tu ada org2 'Isle tulen' dan ahli 'syurga'!
kita tak boleh menganiaya org bukan Isle kerana org2 bukan Isle ni akan menjadi 'org Isle tulen' juga nanti dgn kehendak Allah atas rekomen 'ahli2 syurga' ni ...
gerai2 Melayu tu kena roboh mungkin sebab menambah kesesakan jalan, cukup le dgn sesak oleh pasar babi aje!
lagi pun org Melayu yg kena roboh gerai tu tau ke meniaga macam org cina? takrif DAP hanya Melayu yg boleh jual babi aje yg betul2 mau meniaga! tak caye cuba buat! gerenti tak kena roboh gerai punye ...
aku dgn rasminya umum keluar PAS
MR. Bagan
Post a Comment