Wednesday, February 9, 2011

SAMAN GUAN ENG... SAMAN, JANGAN TAK SAMAN!!!



Guan Eng akan mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyaman ADUN Pulau Betong kerana menuduh kerajaan negeri menyebarkan risalah 'My Balik Pulau', sekaligus menjadikan dia sebagai pewaris Lee Kuan Yew yang sangat aktif menyaman mana-mana ahli politik yang mendedahkan tembelang dan belangnya.

Alasannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang 'tidak terlibat' menyebarkan risalah berkenaan.

Secara nyata, bodoh sangatlah Kerajaan Negeri Pulau Pinang jikalau terlibat secara langsung dalam penerbitan dan penyebaran risalah seperti itu. Samalah seperti taukeh-taukeh besar pengedar dadah, bodoh sangatlah mereka jikalau mereka sendiri yang mengedarkan najis dadah di khalayak awam. Dan sudah tentulah mereka akan menggunakan kakitangan atau unit yang lain untuk buat kerja bagi pihak mereka.

Sesuatu yang pelik ialah Lim Guan Eng langsung tidak nafikan hubungkait antara pihak yang menerbitkan risalah tersebut - katanya NGO - dengan thinktank kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Majlis Pendidikan Pulau Pinang. Malah dalam sidang medianya juga, Guan Eng sedikit pun tidak menyentuh isi kandungan risalah tersebut sebaliknya hanya menegaskan bahawa ADUN Pulau Betong mengamalkan RASIS kerana menuduh kerajaan negeri yang menyebarkan risalah berkenaan. Berulang-ulang kali dia menyatakan tentang bahaya tajuk, 'Lupa Sejarah, Hina Melayu'... tapi tak satu perkataan pun keluar dari mulutnya untuk mengupas, menafikan atau mengiakan isi kandungan risalah berkenaan.

Bagaimanapun, elok juga Guan Eng bawa perkara ini ke mahkamah. Setidak-tidaknya, banyak benda yang boleh ditelanjangkan, terutama tentang pembabitan agensi-agensi yang dikawal selia oleh DAP seperti Majlis Pendidikan Pulau Pinang... kalah menang di mahkamah boleh ditentukan dengan kaedah teknikal seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Fakta bukan lagi perkara utama. Kebenaran bukan lagi kemestian untuk menang bicara di mahkamah, sebaliknya cukup kalau bijak memanipulasikan akta dan undang-undang selain kemahiran bermain-main dengan teknikal seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam kemenangan samannya terhadap Utusan Malaysia.

3 comments:

Melayu Pasir Gudang on February 9, 2011 9:06 PM said...

Ini lah modus operandi pakatan pembangkang.Buat ADUN betong dan lain-lain ADUN pro BN serta NGO-NGO pro BN jangan takut dengan ugutan saman tersebut teruskan tugas mencegah kemungkaran, sentiasa berdoa kepada allah bahawa kerajaan zalim DAP akan terhapus dari muka bumi ini. Ingatlah jika allah menolong kita,tiada sesuatu pun yang boleh mengatasi pertolongan itu.

oh malaysiaku said...

Tahniah buat org PAS yg menyokong LGE utk berkuasa semasa PRU12 dulu. Sebab utama sokongan mesti diberikan pada kafir laknat ini adalah kerana :

1. LGE akan memeluk Islam bila bapaknya LKS mampus. Kerana itu kawan saya (penyokong kuat PAS/PKR) amat terharu apabila LGE & pemimpin DAP/PKR lain boleh membaca ayat2 Quran berserta maknanya sekali (betul tak betul lain cerita kerana org Melayu pun bukan faham sangat bahasa Arab). Memerintah PP pulak berpandukan cara pemerintahan sahabat Rasulullah saw. Teruja habis org PAS termasuk Nik Aziz sendiri. Tanpa syak wasangka penyokong tegar PAS sudah dikelentong habis seolah2 dibagi makan taik dek LGE. Apa tidaknya apa yg dilakukan LGE sama dgn apa yg dilakukan Lee Kuan Yew diSingapura utk meraih undi Melayu. Bila dah dapat kuasa politik sepenuhnya, apa jadi dgn org Melayu Singapura sekarang? Sekarang cara yg sama dilakukan di PP, tengok apa jadi dgn kampung dan org Melayu? Nak cari makan pun disusahkan bukannya nak ditolong. Cuba tegur, kemahkamahlah! Itulah konsep "Malaysian Malaysia" DAP yg sgt disokong PAS.

2. Org PAS merasa sangat bertuah (dgn pertolongan dari langit ke, pertolongan syaitan ke, itu tak jadi hal - kerana kedua-dua boleh pakai kalau ikut fatwa Nik Aziz) kerana dapat menolong DAP mengalahkan UMNO/BN dari memerintah PP. Syabas.

Sebab tu PAS senyap saja bila Melayu ditindas di PP, kerana mengikut fatwa Nik Aziz "ada apa dengan Melayu" utk diperjuang & dipertahankan?

Zakir on February 10, 2011 9:12 AM said...

Hm.... gelagat LGE dan DAP yang menggunakan pendekatan menyaman mana2 pihak yang tidak sehaluan dengannya mengingatkan aku kepada gelagat pemerintahan PAP di Singapura... saman sampai lingkup dan papa kedana. Akhirnya, tak de sape pun di Singapura yang berani nak bukak molot terhadap apa jua tindakan PAP... Kat Penang dah mula nak nampak corak pemerintahan sedemikian. Siap le...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template