SUNGGUH KEJAM! SUNGGUH TIDAK BERHATI PERUT!!!
Mengapalah Kementerian Pengajian Tinggi sampai hati untuk berunding dengan universiti-universiti Mesir bagi pihak pelajar-pelajar Malaysia? Tindakan Khaled Nordin, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia itu ibarat mencurahkan garam ke parut luka.
BACA DI SINI
Membawa para pelajar itu pulang ke Malaysia sahaja sudah cukup kejam. Inikan pula membuat rundingan agar para pelajar Malaysia diberikan keistimewaan? Bukankah tindakan Khaled Nordin itu hanya akan mengecilkan keupayaan Kerajaan-Kerajaan Negeri seperti Kedah, Kelantan dan Selangor yang mempunyai jaringan lebih kuat, kukuh dan hebat berbanding KPT dan Kerajaan Malaysia di Mesir.
KPT dan Kerajaan Malaysia tidak seharusnya merampas keistimewaan tersebut daripada Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (haram). Kalau Kerajaan Negeri Sabah yang membiayai sendiri para pelajar mereka di Mesir untuk pulang dengan menyewa pesawat Qatar Air, tak mengapalah sebab Kerajaan Negeri Sabah adalah Kerajaan Negeri yang miskin dan papa kedana berbanding Kedah, Kelantan, apatah lagi Selangor.
Kejam sungguh Kerajaan Malaysia!!! Kejam sungguh Khaled Nordin dan Kementerian Pengajian Tinggi!!!
Mujurlah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (haram) tidak berlaku sekejam itu....


3 comments:
Adoiiiyaii...pandalah bro.lawak senak perut baca bro punya artikel, adalah agak nya yang rsa pedas tu..kah..kah..kah
Kerajaan Negeri PR di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang (masih dalam Malaysia lagi ke atau dah bersatu dgn Singapura?) TIDAK SEKALI-KALI sekejam kerajaan Persekutuan kerana;
1. Mereka tidak menghabiskan wang rakyat untuk menyelamatkan pelajar/rakyat Malaysia di Mesir,
2. Dengan hanya menyebar fitnah, memburuk2kan usaha Kerajaan Persekutuan dalam misi menyelamat tersebut, pelajar2/rakyat Malaysia telah sampai ke Arab Saudi/Malaysia dengan sendirinya. Hebat ke tak hebat! Tak percaya tanya YB Mahfuz, Azmin dan pemimpin2 hebat yg seangkatan dengan mereka.
Mungkin lain kali kalau terjadi perkara macam ni, dengan satu fatwa saja semua akan selamat. Kalau tak menjadi, alasannya senang saja - Sudah kehendak Allah ...
memang kejam....dan zalim....
patutlah Malaysia...di bawah pentadbiran PM...yang ditunjangi oleh UMNO ni selalu sangat dapat kerjasama dan pengiktirafan daripada negara luar.....sebab kezaliman dan kekejaman mereka rupanya.....
alahai....bila lah nak PRU 13 ni....tak sabaq da dengan kekejaman dan kezaliman pemerintah...yang hanya tahu melaksana tapi tak pandai bercakap....buat je lebih...cakap elek....tak gitu..?
wallahu'alam...
Post a Comment