Tuesday, February 8, 2011

SEGERAKAN DEBAT... SEGERA BERSARAKAN MURSYIDUL AM

Nasruddin Hasan Tantawi meminta agar muzakarah antara Nik Abdul Aziz dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dipercepatkan bagi 'menjernihkan' apa yang keruh selama ini.

Bunyi macam menarik sangat...

Umum mengetahui, Melayu di Malaysia mengalami transformasi dan pengaruh luar yang cukup hebat, termasuklah dalam pengamalan agama. PAS sendiri misalnya, cukup terpengaruh dengan Syiah Imamiyyah selepas kepemimpinan Asri Muda digulingkan. Revolusi Iran menyaksikan PAS turut menyusun struktur organisasi mereka dengan memasukkan jawatan seperti Mursyidul Am, Dewan Syura, Dewan Harian dan sebagainya.

Jauh lebih lama sebelum itu, PAS sangat dipengaruhi oleh Kaum Muda atau lebih tepat lagi Wahabi. Nik Abdul Aziz sendiri merupakan pendokong Kaum Muda yang berfikiran lebih agresif dan keras dalam menangani sebarang maslahat agama.

Mungkin terikut-ikut dengan fahaman zaman mudanya, Nik Abdul Aziz kerap menimbulkan polemik dan kontroversi dalam pelbagai 'fatwa' dan pandangan agama yang dilemparkan. Suatu perkara yang sangat mengkagumkan tentang orang tua ini ialah, dia tidak pernah menyesal dengan apa yang diucapkannya kerana baginya, segala kata-katanya adalah haq dan dia bercakap atas pihak yang lurus. Tambahan pula sokongan yang diterima daripada para penyokongnya begitu ketara, sekaligus membuatkan dia terapung-apung di udara.

Justeru perdebatan antara Nik Abdul Aziz dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat sangat penting. Ia bukan sekadar memberikan mileage kepada PAS dan Nik Abdul Aziz sendiri, bahkan ia turut memberikan pencerahan kepada pihak yang berasa musykil dengan sebarang fatwa yang Nik Abdul Aziz keluarkan.

Perkara pertama yang perlu disentuh ialah penjelasan Nik Abdul Aziz tentang tuduhannya bahawa nasionalis menolak Islam. Atas dasar apa Nik Abdul Aziz mengeluarkan kata-kata tersebut. Adakah dia bermaksud menolak Islam itu bererti menolak PAS? Atau nasionalis sememangnya menolak rukun iman dan rukun Islam, sedangkan berdasarkan daripada fakta-fakta semasa, puak yang dikatakan nasionalis tidak pernah menolak mahupun menentang... seperti Hudud dan Qisas misalnya.

Dalam ucapan ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan pada 1993, Dr.Mahathir berkata, Hudud dan Qisas adalah suruhan Allah Taala dan sebagai umat Islam, tidak boleh sesekali menolak atau memandang enteng terhadap perintah Allah Taala itu. Bagaimanapun, ada sedikit pengecualian, terutama dengan bilangan penduduk Islam yang hanya 56% daripada keseluruhan penduduk Malaysia, kekangan ekonomi dan sosial di kalangan umat Islam Malaysia yang masih ketat, pengetahuan tentang ajaran Islam serta penghayatan Islam yang masih lemah dan sebagainya, menjadi penghalang kepada perlaksanaan Hudud dan Qisas.

Bahkan Dr. Mahathir sendiri menegaskan bahawa suatu hari nanti, Hudud dan Qisas akan dilaksanakan di negara ini. Dr. Mahathir bagaimanapun menolak perlaksanaan Hudud dan Qisas sekerat-sekerat seperti yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara Islam yang lain.

Adakah itu bermaksud menentang dan menolak Islam kalau Hudud dan Qisas dijadikan sebagai alasan kepada Nik Abdul Aziz? Atau barangkali kerana Nasionalis terlalu memberikan tumpuan kepada syiar, bukan pengisian sebagaimana yang difahami oleh puak-puak PAS? Apakah segala kemudahan dan keselesaan yang disediakan untuk umat Islam beribadat tidak bermaksud mengajak umat Islam untuk menjalankan perintah Allah Taala dan meninggalkan larangan?

Atau barangkali kerana lesen judi dan arak? Adakah lesen judi dan arak itu telah menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam di negara - sama ada menerusi undang-undang negara mahupun undang-undang Islam?

Atau sebenarnya PAS yang takut jikalau pengaruh mereka pupus dan terkikis?

Maka seelok-eloknya, saranan Nasruddin Tantawi dipersetujui sebulat suara. Apatah lagi, ingin juga kita mendengar hujah-hujah daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang selama ini hanya bertindak dan bersuara mengikut satu arah.... kali terakhir majlis dialog diadakan adalah dengan Syeikhul Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Himpunan pelbagai cendekiawan dan pakar dalam Majlis Fatwa Kebangsaan pastinya dapat memberikan pencerahan kepada umat Islam di negara ini tentang apa sebenarnya yang berada di belakang Nik Abdul Aziz Nik Mat!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Ustaz Assyaari..tu pun setelah kerajaan ambil tindakan.

Kenapa dari sejak awal majlis fatwa tidak ambil tindakan..

Anonymous said...

majlis debat..pastinya tiada kalah dan menang.

Dan yg hebatnya..rakyat jadi hakim.

Rakyat yg serba jahil akan jadi hakim pada ulamak2 berdebat.
Sahlah bertambah rosak dan keliru ummat ni..
atas nama demokrasi..

Rakyat yg pro mana2 pihak pasti akan kata pihaknya yg betul dan menang!!

So apa faedah pada rakyat?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template