Shuhaimi Shafie yang bakal dibicarakan kerana menghasut dan besar kemungkinan akan kehilangan jawatannya selaku ADUN Sri Muda jikalau kalah dalam perbicaraan itu, terus membuka belang dan tembelangnya.Di sebalik alasannya konon membela DYMM Sultan Selangor, Shuhaimi Shafie ternyata memperlekeh dan memperlecehkan baginda sultan. Perkenan baginda tuanku kepada Muhammad Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri dianggapnya 'subahat' Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menghantar 'budak' mengganggu Kerajaan Negeri Selangor. (BACA DI SINI)
Menurutnya Sultan telah ditarik kuasa dan sekarang tidak berkuasa langsung. Perkenan baginda tuanku kepada Muhammad Khusrin itu tidak melambangkan sebagai kuasa sultan. Katanya lagi, Khalid Ibrahim tidak dirundingi dan diminta nasihat, walhal penjelasan daripada SPA lain pula bunyinya. Bahkan tindakan Khalid Ibrahim yang hanya menghantar nama-nama cadangan nama Khusrin diperkenankan oleh baginda tuanku, sudah cukup untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku dalam kemelut tersebut.
Kesian si Shuhaimi Shafie ini... dia terpaksa mencari sela-sela untuk membela dirinya, sedangkan dia sebenarnya bersendirian dan sudah mula ketar lutut. Dan pada masa yang sama, sama ada dia sedar atau tidak, dia telah pun sekali lagi memperlekehkan KDYMM Sultan Selangor!!!


6 comments:
Pengkhianat negara mestilah dihikum!
Kalau dilepaskan ramailah lagi yg akan melanggar tatasusila Negara Malaysia!
"Shuhaimi Shafie yang bakal dibicarakan kerana menghasut dan besar kemungkinan akan kehilangan jawatannya selaku ADUN Sri Muda jikalau kalah dalam perbicaraan itu, terus membuka belang dan tembelangnya"
Bagus lah. Ada buy election lagi. Boleh dapat gula-gula dari Be End.
dah macam-macam gula-gula Be End bagi..
shuhaimi ni kalau ada org Melayu yg tak tau adalah org Melayu jugak.
besar kemungkinan dia ni bersama dgn Menteri Besar gagap yg fius otak ada yg mati ni di PERKUDAKAN oleh org bukan Melayu 'Dunia Aku Punya' dan org kuat 'Punggung Kena Rodok' mengacah-ngacah institusi raja nak tengok apa reaksi semua.
pendek kata kalau apa yg dirancang berjaya, kuasa raja diperolok-olok, dikucar-kacir dan dipunahkan oleh org Melayu sendiri, tak nampaklah 'Dunia Aku Punya' yg buat.
Kesimpulannya: org Melayu diperalat utk menderhaka kpd raja sendiri = jadi pengkhianat dan perderhaka, memang patut dihukum.
Alahai, baru jd ADUN tak sampai sepenggal dah nak tunjuk bagus sgt. Tp yg dia nak tunjuk bagus sgt tu kat Sultan, di mana perlantikan dia jd ADUN pon atas perkenan Sultan. Skang nak tunjuk bagus sgt ckp konon Sultan takde kuasa, skang menghadap la ko wahai Shuhaimi Shafie kpd kuasa Sultan.
Ini yang didapati dari kenyataan Shuhaimi:"Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2000, pampasan dan royalti sebanyak 8 juta setahun yang diberikan itu tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri."
Memanglah betul, nilai Putrajaya sekarang tidak sepadan hanya royalti 8 juta setahun. Tapi cuba banyangkan sebelum terbentuknya Putrajaya kawasan itu hanyalah ladang dan kita semua heran pada ketika itu apa bodoh betul kerajaan bagi selangor 8 juta setahun untuk kawasan ladang tua itu? Ingat tak ada orang nak lelong bangunan itu bila dapat perintah, oi sekarang ko katakan pula kerajaan selangor bodoh, dulu kita kata kerajaan pusat bodoh. Nyatalah shuhaimi ini memang pandai kritik tetapi bila tersilap keritik mula mengelabah...You derhaka..
Post a Comment