UMNO Melaka sangat yakin, mereka akan mampu mengekalkan kerusi DUN Merlimau dalam pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini. Keyakinan tersebut adalah memandangkan Merlimau adalah kubu kuat UMNO di Melaka dan Melaka, sama seperti Johor mempunyai perisai yang sangat kukuh menahan kemasukan PAS dan Melayu PKR.Kerana keyakinan yang membuak-buak itulah, UMNO Melaka besar kemungkinan akan melakukan satu kesilapan besar dengan meletakkan calon yang akan menjadi LAUK RENDANG kepada Pakatan Rakyat.
7 nama telah disenarai pendekkan oleh UMNO Jasin. Dan antara tujuh nama tersebut, ada satu nama yang sangat menarik untuk diperkatakan. Nama tersebut adalah Said Mohd Yusof, bekas Ahli Parlimen Jasin yang pernah menggemparkan negara kerana meminta Kastam Diraja Malaysia 'menutup sebelah mata' dan melepaskan 'satu atau dua inci' kayu bergergaji yang diimport. Sebabnya ialah kerana pembabitan langsung syarikat miliknya Binyusof Enterprise dalam mengimport dan pasaran barter trade kayu bergergaji dari Indonesia.
Said juga pernah menghentam Ketua Pengarah Kastam yang dikatakannya menyerupai ahli politik apabila kerap membawa wakil media dalam setiap lawatannya dan dakwanya, kerana itulah Kastam 'membalas dendam' terhadapnya. Kastam bagaimanapun, menafikan tindakan mereka berasaskan kepada dendam dan politik, sebaliknya terdapat peruntukan yang membolehkan mereka merampas kayu-kayu bergergaji yang diimport melebihi ukuran yang dibenarkan oleh undang-undang.
Said Yusof mungkin berpengalaman dan berpengaruh di Jasin, namun dia juga sangat berpengaruh di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya Lim Guan Eng yang telah membuat laporan kepada SPRM tanpa sebarang tindakan diambil terhadap Said Mohd Yusof. (AGENDA DAILY)
Pengaruh Said Mohd Yusof itu jugalah yang bakal meletakkan UMNO sebagai pejuang yang berkepala kudong di Merlimau nanti!!!


3 comments:
Sebagai pengundi dun merlimau ...saya juga minta disemak semula pencalonan nama ketua wanita bahagian jasin kerana persepsi yang kurang baik tentang suaminya...harap ambil perhatian demi kemenangan bn
jgn salah pilih calon...nanti sendiri yg susah...hehehe
carilah calon yg bersih dan sihat tubuh dan akalnya...baik imannya...
Buangkan saja nama nama begini... ia akan menjadi liability kepada UMNO .....
Post a Comment