Nampaknya, satu lagi pilihanraya kecil akan berlangsung di kawasan UMNO-BN. Kali ini ke Pahang apabila ADUNnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia jam 6.30 petang tadi. (MStar Online)ADUN Kerdau ini sebelum ini telah dimasukkan ke IJN dan ulasan daripada Menteri Besar Pahang tentang keadaannya agak mengelirukan... STABIL TAPI KRITIKAL.
SPR nampaknya sudah perlu mewujudkan satu undang-undang baru iaitu memastikan semua calon pilihanraya menghantar laporan kesihatan mereka sebelum diluluskan sebagai calon. Mana-mana calon yang berpenyakit berat, tidak dibenarkan sama sekali menyertai sebarang pilihanraya.
Meskipun nyawa, ajal dan maut telah ditentukan oleh Allah Taala dan rahsia itu hanya Dia yang mengetahui, namun sebagai hamba-Nya, langkah-langkah tertentu menerusi beberapa kaedah perlu diambil bagi melicinkan pentadbiran manusia di dunia ini.
Al-Fatihah buat roh ADUN Kerdau...


4 comments:
Tajuk kamu agak kurang sopan la. Saya tahu kamu ghairah dgn PRK tapi tak salah kamu hormat perasaan keluarga arwah.
Fikirlah sendiri...
as salam...
minx tukar tajuk anda ia agak kurang mnyenangkan....
as salam...
minx tukar tajuk anda ia agak kurang mnyenangkan....
sebelum ni dah ramai menyuarakan pendapat terutama drpd golongan profesional perubatan bahawa semua bakal calon wajib menjalani complete medical checkup dan hanya yg sihat yg boleh dipilih...sepatutnya SPR kena jadikan itu sebagai komponen wajib utk bakal calon yg bertanding..
takziah utk keluarga allahyarham..
Post a Comment