Monday, March 7, 2011

ADA YANG PANAS BUNTUT, ADA YANG GOSOK PERUT!!!


Kemenangan UMNO-BN di Merlimau dan Kerdau rupa-rupanya tidak sahaja diraikan, bahkan mencetuskan pelbagai kontroversi melibatkan para pembesar UMNO sendiri. Sudah ada yang bertanya di sana sini dalam usaha untuk men'cover'kan diri. Ada juga yang terlepas cakap dan sekarang, diserang bertubi-tubi.

Mungkin suatu masa dahulu apa yang berlaku di dalam UMNO, jarang sampai ke pendengaran orang luar. Kalau keluar pun, ianya tidak seberapa. Zaman telah berubah. Selepas Tsunami 2008, setiap pemimpin UMNO diperhatikan dengan teliti, meskipun ramai yang berjaya melepaskan diri atau sengaja dilepaskan.

Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah 'mangsa' terbaru apabila pilihanraya kecil yang berlaku di salah sebuah DUN di Parlimen yang diwakilinya, memaparkan sikapnya yang sebenar.

Kalau PAS bising tentang Pengerusi DAP Pahang yang 'melarikan diri' ke luar negara apabila PAS bertanding di Kerdau, UMNO pula kehilangan Saifuddin meskipun Saifuddin tidak ke luar negara. Lebih malang lagi, cerita tentang Saifuddin yang sudah 10 tahun tidak menjengah kampung dan bertemu ibunya, menjadi bahan gelak tawa di gerai bertentangan dengan Command Center.

Jangan tanya sama ada perkara yang dijadikan bahan gelak tawa itu benar atau sebaliknya, kerana setakat yang duk ada sekarang ini, semuanya hanya hearsay semata-mata. Bagaimanapun apabila Saifuddin yang juga disyaki sebagai 'PKR Planted' dalam UMNO tidak terlibat secara aktif dalam pilihanraya di salah sebuah daripada DUN di Parlimennya, ia menjadi isu yang sangat besar.

Lebih malang apabila Saifuddin sendiri cuba bercakap besar dan cuba menunjuk angkuh, sekaligus menunjukkan dia juga adalah salah seorang daripada pemimpin UMNO yang sangat tidak peka, sangat tidak sensitif dan sangat gemar syok sendiri dengan alam fantasi ciptaannya.

Kesilapan Saifuddin ialah, dia barangkali beranggapan dunia masih lagi sebelum Mac 2008! Satu tanggapan yang sebenarnya membunuh diri.

Dan terlebih-lebih malang apabila beranggapan bahawa apabila media baru pro-UMNO bererti semua tindakan pemimpin UMNO akan diangguk-angguk dan tidak boleh menggeleng-geleng. Tanggapan itu sebenarnya hanya sesuai untuk orang dan juak-juak PAS yang akan mengangguk walau apa sahaja, sekalipun disuruh memamah taik dan menelan air kencing sendiri oleh para pemimpin mereka atas nama WALA'....

Saifuddin Abdullah seharusnya faham bahawa media baru pro-UMNO bukannya salah satu unit dalam UMNO dan jauh sekali daripada menjadi entiti Unit Media Baru. Unit Media Baru tidak ada kena-mengena langsung para pengamal media baru. Kalau ada pun, mereka yang bernaung, entah sapa-sapa!!!

13 comments:

Anonymous said...

Saifuddin Abdullah harus bertaubat!

Anonymous said...

adakah najib terlepas pandang...

AKU PEDULI APA @ APA on March 7, 2011 11:11 PM said...

Marilah Saifuddin kata nak lawan dengan kami.

Aku tunggu bila2 saja

Anonymous said...

Najib perlu betaubat, keluarkan mangkuk hayun sekor ni. Meluat aku...

Anonymous said...

Kick his ass ... get out !!!

Anonymous said...

najib terlepas pandang...dia ingat orang Pahang OK kuttttt......

Anonymous said...

Alaaa...susah apa...
Orang mcm ni x payah simpan lama2.
sepak keluar jer nanti....
Kita penyokong BN bukannya mcm penyokong Pakatan....

Benda yg x betul harus dibersihkan, bukan disimpan...kasi cuci sebersih-bersihnya....

Kalau puak pakatan, dia org akan simpan,biar kotor janji ada kegunaanya....yg mereka marah kalau empunya diri keluar dengan rela hati akibat kesedaran diri....yg itu puak2 ni marah sangat...hehehehe, kalau buang dari parti tidak sekali.....

Cuba cari mana adun2 PAS yang kena tendang keluar?????? ada ker?????
yang rela keluar tu banyak ler...itu pun was2, takut tercerai isteri hahahahaha....

Puak pakatan ni puak rosak...mana ada akhlak2 mereka yg baik...semua penceramah2 mereka menjunjung dosa2besar akibat hari2 lempar fitnah..mana ada satu pun yg mereka fitnah dapat mereka buktikan???? kalau adun selising ngan perupok main puki, mereka2 ni mintak bukti...dah bagi bukti mereka boleh spin lagi.....hahahaha dah dasar Parti Amalan Syaitan, pengikut pun sama ler jugak....

Aku rasa nama PAS ni memang sesuai dgn apa yg aku katakan tadi...Parti Islam Semalaysia? sepatutnya PIS...awat leh jadi PAS...tuhan nak tunjuk kat kita semua...PAS tu Parti Ajaran Setan....

Anonymous said...

The stupidest and most sombong member of parliament ever produced by BN in Temerloh ... Kalau setuju, let's start battle cry against this asshole ...

bRAVEhEART on March 8, 2011 12:10 AM said...

salam bro,
isu ini patut kita panjangkan lagi. minta tolong juga linkkan blog kecil saya...blogger pencacai dan blogger nyamuk

udin said...

Abislah kau saipudin.Ko ni ikut arahan sape?Aljuburi kot?Yang kau sokong sangat budak2 u yg tak berapa nak cerdik memberontak dalam u psal apa?

Anak2 cina elok aje belajar tak main politik,score jugak.Anak2 melayu yg merusuh sebab politik dalam kampus tu apa kejadahnya?

Anonymous said...

Si pudin ni elok di tunjuk pintu keluar je..oi pudin! ko nampak pintu besar tu?!!!....hah apa lagi...getttt outt!!!!

oh malaysiaku said...

saifuddin tu tengah melatih budak2 U tu bagaimana cara2 utk "mengalih perhatian", jadi kalau ada yg keputusannya tu cukup2 makan, tidaklah nampak sangat dan mungkin boleh dilupakan.

bila keluar U nanti dan bergiat pulak dlm politik cara2 ini boleh dipraktikkan pulak utk mengalih perhatian masyarakat dari satu2 permasalahan dgn sempurna dan tersususn. bagus tu!

rasa2nya dia ni sekor 'musang berbulu ayam' dlm UMNO. dan eloklah para blogger yg berkesempatan memantau setiap gerak-gerinya agar jgn terlepas pandang.

dia rasa dah berada dlm kabibet dia boleh cakap dan buat suka hati; elok org mcm ini dimasukkan saja dlm kabinet stor saja ...

ajai62 on March 8, 2011 10:31 AM said...

Assalam Bro

Menteri ni kata dia tak masuk campur pasal pelajar merusuh di U hari tu. Saya pantang betul kalau budak melayu disuruh belajar tapi suka merusuh. Dapat pula backing dari menteri yang nak tunjuk pandai. dia tak pernah kerja kat U sebab tu boleh buat sesuka hati dia. Saya bertugas di U terbesar kat Malaysia ni pun selalu gak naik angin dengan perangai pelajar Melayu yang tak sedar diri ni.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template