Agama Islam ialah agama yg kita yakini agama yg sempurna dan telah disempurnakan oleh Allah swt utk dijadikan amalan dan panduan kehidupan seluruh ummat manusia sehinggalah kiamat..
Datanglah apa2 keadaan, apa2 pembahuruan, apa2 tamaddun, dan apa jenis bentuk perubahan sekali pun ..Islam tetap relevan. Tiada lagi agama baru akan diturunkan dan tiada lagi nabi2 akan diutus lagi. Walaupun ada kekadang timbul sipolan sipolan ngaku sebagai nabi namun ummat Islam secara umumnya yakin bahwa tiada nabi dan rasul lagi akan diutuskan dan yakin bahwa Nabi Muhammad saw adalah nabi dan rasul yg terakhir..
Memang ada dikaborkan..bahwa manusia lebih arif tentang urusan2 keduniaan mereka, maka tiadalah perkabaran dan peraturan yg khusus tentang beberapa ehwal kehidupan manusia..
Cuma Islam telah gariskan panduan yg sejelas2nya..yg mana urusan2 manusia tersebut dijalankan ikut panduan dan sempadan yg telah ditetapkan. Urusan2 manusia trsebut akan terus jadi efektif dan sesuai selagi batas2 dan sempadan2 tu tidak dilanggar..
Pemakanan contohnya..masak ler apa2 pun resepi, cara memasak, suka hati ler ikut cita rasa memasing dan kesesuaian tekak memasing..leh kreatif. Islam cuma gariskan apa makanan yg diharamkan, apa yg makruh.
Utk menambah baikkan urusan pemakanan dan penyediaannya..kerajaan setempat leh adakan apa saja undang2 dalam memelihara kualiti dan keselamatan..spt permit premis, syarat2 kelayakan dsb.
Mematuhi undang2 adalah kehendak agama juga..mentaati pemerintah dikalangan kamu!!
Sistem pengangkutan..manusia lebih arif dalam mereka bentuk jenis pengangkutan dan sistem pengangkutan mereka..Islam gariskan panduan dari segi adab2 berkenderaan, doanya, penjagaannya dsb..spt contoh nabi saw menegur seorang sahabat ra menyumpah untanya/kenderaan ketika itu..maka aplikasinya usahlah menyumpah seranah keta atau motor sendiri. Nabi saw pesan tunaikan tanggungjawab keatas kenderaan ketika itu( unta/kuda/keldai dsb) spt penjagaan..maka kenderaan yg kita guna hari ni, perlu juga penjagaan yg baik..
Nabi saw berpesan..unta trsebut perlu ditambat barulah bertawakal..aplikasinya, kunci ler kenderaan (keta/motor) bila parking dan barulah brtawakal.
Kenderaaan leh berubah sifat..tapi pengamalannya tetap sama dan relevan.
Selebihnya ialah undang2 dicipta oleh manusia/pemerintah untuk keselamatan bersama menggunakan jalanraya..mematuhi pemerintah adalah agama. Mematuhi undang2 jalanraya adalah agama..bayar saman juga adalah agama. (Undang2 jalanraya tu adalah urusan manusia)
Parti Islam Semalaysia seharusnya menasihati ummat Islam dan rakyat Malaysia utk mematuhi undang2, kerana tu adalah agama..dan jika rasa tidak puas hati leh dinasihatkan merujuk pada pihak yg berwajib..bukan mengajak kepada kemungkaran yakni protes jalanan.
Begitu lah juga ehwal perniagaan dan profession..dah dijelaskan apa yg leh diniagakan dan apa yg tak boleh diniagakan..apa profesion yg baik dan apa yg dilarang dijadikan profesion..kini ada profesion operator pengeluaran, interior designer, QS, supervisor, manager dll..umumnya profesion ni dibahagi pada dua..majikan dan pekerja.
Islam gariskan adab2 pekerja dan majikan..
Gitu juga perniagaan...
Dan ada juga undang2 yg dicipta oleh manusia/pemerintah dalam pemantauan dan memastikan pelancaran dalam pentadbiran..mematuhi adalah kehendak agama. ( manusia lebih arif ngan urusan dunia mereka)
______________
Agama dan politik...
Wajah politik berubah sejak perang dunia ke2..sistem beraja banyak dibubarkan dan hampir kesemua negara berubah dari sistem beraja kepada sistem demokrasi..urusan manusia, manusia lebih arif..lebih2 lagi ikut keadaan dan keperluan masyarakat sekitarnya..
Islam gariskan panduan tentang hak rakyat dan hak pemerintah...ni relevan sampai kiamat, walau apa sistem yg diguna pakai oleh sesebuah negara brdaulat trsebut.
Undang2 dalam mengemas kini dan menyelia baik sistem politik yg diamalkan adalah hak pemerintah..mematuhinya adalah agama.
_______
Wahai pendusta2...usahlah didustakan bahwa agama tu politik..politik tu agama!! Politik perlukan agama utk terus segar dan relevan..
Tapi agama tak perlukan mana2 parti politik utk terus relevan.
Telah brpuluh2 kerajaan Islam ditumbangkan..atau hilang ditelan arus zaman dan perubahan, agama tetap kekal spt mana ianya diturunkan..
Usahlah perkecilkan agama..usah hinakan agama..usah jadikan maksud agama sebagai politik..usah biar ada branggapan bahwa parti politik ialah agama..usah dibiarkan ada org2 Islam yakin bahwa agama tu politik..politik tu adalah agama.
Cantas mencantas tu adalah permainan politik..panduan agama Islam akan jadikan cantas mencantas tu satu yg sihat..melanggari batas2 agama, menjadikannya ianya kotor.
Protes, demo dan tunjuk perasaan..ianya masih baik dan sihat jika batas2 agama tidak dilanggari.. Bila ianya dilanggari, padahnya adalah buruk.
PARTI ISLAM SEMALAYSIA..harap maklum!
-aa
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
12 minutes ago


0 comments:
Post a Comment