Bekas Ketua Cawangan FELDA Jengka 25 yang empat hari lalu keluar dari UMNO untuk menyertai PAS bersama-sama 11 orang rakan 'imaginasinya', masuk UMNO semula di tangan Ismail Sabri Yaakob. Muzammil Mualif yang sebelum ini dikatakan bermasalah setelah empat penggal berturut-turut menjadi Ketua Cawangan dan kemudiannya 'merajuk' kerana projek tak dapat, menerima publisiti yang sangat besar apabila menghantar borang permohonan masuk PAS menerusi tangan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sendiri. Dan ramai orang PAS terutama sekali di Jengka 25 yang sudah tergedik-gedik ekor dan mendapat kemenangan moral kerana kemasukan seorang bekas P.A wakil rakyat ketika sedang berkempen untuk kemenangan calon PAS di Kerdau.Ia seperti mengulangi keadaan yang berlaku di Perak hampir dua tahun lalu yang menyaksikan akhirnya tumbanglah sebuah kerajaan yang diperkudakan oleh Ngeh-Nga sehingga Nizar Jamaluddin sampai ke hari ini asyik ternganga-nganga dan meroyan ke sana ke mari.
Kepada orang politik seperti Muzammil... tak payahlah buat lawak yang bukan-bukan. Anda keluar dari UMNO pun tidak menghairankan, anda masuk balik pun, hanya akan menyebabkan lebih ramai yang semak mata. Keputusan untuk menyertai PAS sebenarnya sudah betul sangat ler tuh... sepatutnya diteruskan dan tidak perlulah alasan yang diberikan kedengaran seperti jantan yang diceraikan bininya yang cantik jelita dan sedang mabuk angau atau lebih tepat lagi gila talak.
Sudah-sudahlah dengan sandiwara sebodoh itu. Rakyat bukannya sebangang yang difikirkan. Rakyat bukanlah robot yang boleh digerakkan dan dihentikan sesuka hati. Rakyat juga bukanlah medan untuk anda menguji populariti.
Walau atas helah apa sekalipun, perbuatan seperti ini tidak perlu diberikan simpati. Alasan-alasan yang diberikan juga tidak memerlukan sebarang rasa kesian atau lebih tepat lagi, tak perlulah percaya dengan apa yang dituturkan....
Manusia yang sangat mudah berubah hati seperti ini, seharusnya ditolak terus daripada menjadi pemimpin. UMNO sudah tentulah tidak memerlukan pemimpin yang akan melakukan apa-apa sahaja demi kuasa dan kehendaknya dipenuhi. Cukuplah dengan seorang sahaja ANWAR IBRAHIM. Tidak perlulah lebih ramai Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang cuba berlagak sebagai DRAMA KING.
Dan PAS pula, seharusnya tidak melihat sesuatu sebagai political mileage dan advantage dalam peperangan menentang UMNO. Dalam kes ini, PAS 'berjaya dibuktikan' oleh Muzammil Mualif sebagai sebuah parti yang BANGANG, BAHLOL dan TIDAK BERUSUL PERIKSA, sebaliknya sentiasa tunduk kepada nafsu dan bukannya mengikut pertimbangan akal dan iman.
Sekali lagi PAS dimalukan... dan Muzammil Mualif juga telah membuktikan bahawa PAS dan para pemimpinnya bukanlah yang terbaik untuk dipilih untuk digantung harap, sama ada sebagai wakil rakyat, mahupun pemimpin rumahtangga pun!!!


7 comments:
Pemimpin lalang seperti ini tidak diperlukan dalam UMNO dan BN. Sebaiknya selepas sahaja PRK ini Muzammil @ lalang terus saja letak jawatan. Banyak lagi pemimpin yang berwibawa dan setia boleh menggantikan beliau. Janganlah ingat diri tu hebat sangat kalau dia tak ada BN boleh kalah .... Muzammil boleh blah ...
p/s : benci lalang ..kalau ada bubuh jer racun Roundup..
mcm tuuuuuuut.
aku nak pikir yang baik baik sahaja ..
mungkin anak dia pun "bahalol" jugak
BOH PENYEPAK JA MAMAT SEKOR NI
kalau macam ni la manusia yang dilantik sebagai pemimpin... alamatnya... kenyang la peqot bodo dia saja... rakyat yang diwakili dia... "MAMPOIH PI LA KAT HANGPA"... pandai2 la hangpa cari makan sendiri....
yg penting masuk tv..haHA..KORANG ADE MASUK??HARAM..SAMPAI KIAMAT ANGAN-ANGAN MAT JENIN..BAK KATA MCM PAK PANDIR
BAGUS!!DIA SEORANG YANG BERANI & SEJATI..BUKAN MCM KORANG SUMER DIATAS TAHU KOMEN DALAM BLOG JE..MCM PONDAN ADER BLOG..
Post a Comment