Saturday, March 12, 2011

BACA BUKU TUN MAHATHIR BOLEH JATUH FASIQ!!!

Seorang khatib di salah sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam ketika memberikan khutbah pertama, menjatuhkan hukum FASIQ kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan buku Tun Dr. Mahathir yang baru, A DOCTOR IN THE HOUSE.

Hukum berkenaan sedikit pun tidak menghairankan kerana bagi mereka yang masih ingat, pada tahun 1969, satu 'fatwa' juga telah dikeluarkan oleh 'PIHAK BERKUASA AGAMA PAS' bahawa sesiapa yang percaya manusia mendarat di bulan adalah KAFIR.

Khatib berkenaan mungkin seorang yang jahil, sejahil Zakaria Ahmad, abang Ketua Penerangan PAS Pusat yang mendoakan kebaikan untuk si kafir yang menjadi pemimpin di dalam khutbah Jumaat dan tidak menganggapnya sebagai satu perbuatan BIDAAH DHOLALAH.

Barangkali khatib berkenaan tidak sedar, bahawa antara abad ke-8 hingga abad ke-12, ulama-ulama Islam seperti Ibn Al-Haitham, Al-Khindi, Ibn Sinna, Al-Khwarizmi dan pelbagai nama lain telah membaca pelbagai jurnal dan kitab Yunani, Hindu dan sebagainya sebelum mencernakannya dalam bentuk keilmuwan Islam. Sind ibn Ali turut memperkenalkan nilai decimal dalam sistem pernomboran Arab yang sehingga kini digunapakai di seluruh dunia.

Membaca bahan selain HARAKAH dan sumber-sumber yang sepemikiran dengan khatib berkenaan barangkali dianggap sebagai sunnah? Sebenarnya khatib itu sendiri tidak layak untuk memberikan khutbah kerana dia secara langsung menentang salah satu perintah Allah Taala yang diturunkan pada misi pertama kerasulan Rasulullah s.a.w iaitu BACA... BACA DENGAN NAMA ALLAH....

Buku tulisan Tun Dr. Mahathir hanyalah sebuah buku biasa. Namun sebagai sebuah buku, ada banyak perkara yang boleh dipelajari di dalamnya. Hukumnya juga sama dengan buku yang dihasilkan oleh Haji Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahupun Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimana agaknya khatib tersebut ingin mengulas tentang kesesatan Ahmadiyyah Qadiani tanpa pembacaan? Bagaimanakah dia mengetahui tentang kesalahan besar dalam akidah Bahai berbanding Islam tanpa pembacaan? Atau khatib tersebut berada di dalam kepompong ulat suteranya sendiri dan menunggu-nunggu bisikan ilham dan laduni?

Amat besar kerosakan yang dimunculkan oleh golongan seperti khatib ini yang menfasiqkan sesiapa sahaja yang membaca buku Tun Mahathir. Agak aneh, sebagai orang yang kononnya berjuang di jalan agama, pembacaan boleh dijatuhi hukum. Walhal tiada di dalam sejarah Islam, bagaimana pembacaan boleh menyebabkan seseorang itu jatuh fasiq.

Dalam salah satu riwayat, diceritakan bagaimana Nabi s.a.w melihat Syaidina Umar Al-Khattab r.a begitu tekun mentelaah Taurat dan ditegur oleh Nabi s.a.w. Sabd Nabi s.a.w, baginda lebih senang melihat umat Islam mentelaah al Quran berbanding kitab agama selainnya.

Pun begitu, Nabi s.a.w tidak pula menjatuhkan hukuman fasiq kepada Syaidina Umar Al-Khattab r.a.

Dan perlu difahami mengapa Nabi s.a.w tidak gemar dengan perbuatan Syaidina Umar Al-Khattab tatkala perkembangan ilmu Islam waktu itu masih belum berkembang seperti sekarang. Apatah lagi, sebahagian besar umat Islam di Madinah pada waktu itu masih baru memeluk Islam dan pemikiran mereka masih bercampur-campur antara resam sebelum Islam dengan kedatangan Rasulullah s.a.w ke kota tersebut.

Kebodohan dan kemalasan membaca dari kalangan umat Islam terus disemai dalam bentuk hukum agama yang melarangnya daripada golongan penjahil seperti khatib berkenaan.... sungguh amat malang!!!

Dan lebih malang lagi apabila ianya dilakukan di atas mimbar Jumaat!!!

10 comments:

sejahtera39 on March 12, 2011 3:13 PM said...

PAS MEMANG ADA KEAHLIAN DALAM MENGELUARKAN "PATWA2 PUJANGGA" BERKIBLATKAN KEPENTINGAN POLITIK SEMASA YANG MELIBATKAN PEMIMPIN2 SANJUNGAN MEREKA... KONON2 MCM KITA NI MENYANGJUNG RASULULLAH GITU...

MEREKA MENYANJUNG AHLI2 POLITIK YG MENGKUDAKAN PAS....

BACA BUKU BOLIH JATUH FASIQ!!! BIAR BETUI.. APA BEZANYA KOMEK2 UJANG/GILA2/MAJALAH MANGGA/ MAJALAH WANITA/HARIAN HARAKAH DENGAN BUKU A DOCTOR IN HOUSE... MCMANA NAK TAU ISI CERITA TU KALAU KITA TAK BACA BUKU TERSEBUT..

APAKAH MEMBACA BUKU SHIT KARANGAN SAHNON AHMAD JUGA BOLEH JATUH FASIQ KEPADA PEMBACANYA...

DUNIA DAH AKHIR ZAMAN KHATIB TERSEBUT MUNGKIN TERPEDAYA!!

Anonymous said...

Inilah manusia yang mengaku dirinya seorang Islam,tetapi beliau tidak mencari Islam hanya mengikut.bagi manusia begini hanya guru mereka yang betul,lain guru tidak boleh pakai?.harap mereka ini dapatlah mempelajari sesatu dari terjidi yang menimpa Jepun.itulah kebesaraan/kekuataan Allah SWT diatas yang diciptanya.harapan hamba Allah ini cepat bertaubat.

vulcan933 on March 12, 2011 3:32 PM said...

al khatib tersebut nengeluarkan fatwa pugganga bersandarkan hadith rasul nik ajis(baca rasul palsu)

Anonymous said...

BEGITU MUDAH DIA NAK MEMFASIQKAN ORG? BEGITULAH CIRI2 MANUSIA YG UJUB..

Anonymous said...

khatib tu rasa bila mati nanti dia terus terbang ke sorga. tak kena siksa kubur. sebab dia pandai agama dan pandai lihat orang fasik. dia lihat dalam cermin nampak dia dalam sorga dan tak nampak api neraka. yg dia belajar, semua fasik dan bebal jika tidak sependapat dan sehaluan dengannya.

Fencesitter on March 12, 2011 9:52 PM said...

Isk isk isk...... Kesian dengan khatib ini.... khatib parti anggok semua....

oh malaysiaku said...

komen ni telah tersalah masuk ke posting dibawah tajuk "'Pelakon Veteran' UMNO bakal menyeberang ke DAP!!!"

-------
khatib tu tidak faham makna fasiq kerana kurang membaca, yg ditaunya hanya sebuk mengeluarkan fatwa macam tok gurunya yg telah menyediakan 'syurga' untuknya. tah kat mana syurga tu agaknya.

orang yg telah pasti fasiq ialah khatib tu sendiri kerana tak faham apa tujuan khutbah jumaat.

org tua2 selalu mengingatkan:
jangan berkawan dgn kaki judi, nanti kau akan ikut berjudi. jangan berkawan dgn kaki botol, kelak kau pun tonggang botol. jangan berkawan rapat dgn kaki betina, nanti kau akan melakukan zina.
mau berjaya jgn berkawan dgn org yg gagal, dan macam2 lagi.

begitulah kalau berkawan dgn org yg menggadai agama utk duniawi, beginilah jadinya. parti politik dikatakan agama. berceramah politik (yg mungkin termasuk mengata, mencarut dsbgnya hatta memfitnah org sekalipun) disamakan berdakwah dijalan Allah. harapkan serban, janggut dan jubah sajalah yg masih nampak keislamannya walaupun itu hanyalah pakaian tradisi Arab dari dulu sampai sekarang.

March 12, 2011 4:55 PM
-------

Makmum Solat Jumaat di TTDI Jaya said...

Saya berada di Masjid tersebut sewaktu khutbah itu semalam. Seingat saya tiada khatib menggunakan perkataan fasiq (yg menjadi topik artikel ini).

Walaubagaimanapun khatib menuduh Tun M. memfitnah dan juga menuduh BN menghalalkan judi serta arak serta rasuah.

Adakah khatib tidak sedar bahawa negeri Selangor mempunyai premis2 arak dan judi yg begitu banyak sekali? adakah ini bermakna PAS juga bersekongkol "menghalalkan" judi serta arak? Apakah hukum khatib memfitnah BN begitu?

Apakah khatib terlibat dengan merasuah atau melihat perbuatan rasuah pemimpin BN? apakah hukumnya khatib mengatakan BN rasuah sedangkan tiada bukti atau saksi? Yang ada cuma tuduhan dari pihak2 tertentu sahaja? Apakah khatib tidak sedar bahawa berperasangka buruk kepada org itu adalah haram?

Nampaknya setiap satu tomahan yg dilemparkan oleh mereka kpd BN telahpun "dikembalikan" kepada mereka.

Satu lagi contoh, ada seorang penceramah Pas menuduh ustaz Kazim (pendakwah) menjadi Pro Umno. Walhal ustaz kazim hanya menyampaikan ilmu agama kepada sesiapa sahaja pun, termasuk pemimpin2 negara. sunnah besar para nabi adalah menyampaikan ilmu dan dakwah kepada pemimpin2 mereka. Sebagai contoh nabi Ibrahim, Musa, dan juga Nabi Muhammad SAW. Pemfitnah ini menggunakan gambar ustaz kazim mengedarkan topi biru yg sama warna dgn biru BN kpd org ramai (kononnya Ustaz Kazim berkempen utk BN). Padahal Ustaz Kazim mengedarkan topi itu kepada peserta korban yg kebetulan warnanya sama dgn biru BN. (sumber dari cd ceramah ustaz kazim). inilah ciri2 org2 fasik yg mein hentam je bagi gambar dan buat fitnah.

Masyaallah.... semoga kita semua terselamat dari fitnah dunia ini... wanauzubillah..

Anonymous said...

salam...

Saya berada di masjid berkenaan dan kisah memfasiqkan semua orang yang terlibat dengan buku itu boleh dibaca di sini... http://wartashubhi.blogspot.com/2011/03/buku-terbaru-mahathir-fasiq-khutbah.html

Anonymous said...

gila babi ke apa ekh? tapi babi pun tak gila mcam ni... :-(

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template