Tuesday, March 8, 2011

BENARKAH UMNO SUDAH DAPAT SOKONGAN GOLONGAN MUDA?

Pertambahan majoriti undi di Kerdau dan Merlimau membuatkan beberapa pihak dalam UMNO kembang jubor dan menganggap kembalinya sokongan golongan muda kepada parti tersebut. Malah ramai dari kalangan UMNO yang berpendapat, petunjuk sudah sangat jelas yang UMNO bakal menguasai semula Parlimen Malaysia dengan penguasaan lebih dua pertiga.

Benarkah andaian tersebut atau ia satu lagi fantamorgana yang menyebabkan UMNO-BN hampir kehilangan penguasaan Parlimen pada 2008?

Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan, golongan pengundi muda yang sedang menjadi golongan majoriti pengundi sudah berpaling kepada UMNO-BN kalau dilihat daripada penguasaan mereka dalam dunia blog, Facebook, Twitter, MYSpace, Tagged dan Youtube.

Pun begitu, kecenderungan yang dipertontonkan menerusi media baru ini sewajarnya tidak menjadi petunjuk yang digantung sepenuh harapan memandangkan secara realitinya, keagresifan yang ditunjukkan oleh golongan muda Pakatan, khususnya dari PAS jauh lebih dominan. Mereka mungkin tidak ketara di media baru kerana suatu ketika dahulu mereka telah pun melakukannya lebih dahulu berbanding UMNO, tetapi mereka sangat agresif menerusi penganjuran qiamullail, gotong royong, kelas agama, tazkirah, tahrim dan sebagainya. Dengan kata lain, mereka sudah pun meninggalkan UMNO setapak di hadapan. Hubungan rapat antara penggiat-penggiat PAS dari golongan muda, jauh lebih dekat dan akrab berbanding apa yang diamalkan sekarang ini oleh golongan muda UMNO.

Apa yang dapat dilihat sekarang ialah, UMNO sewajarnya melipatgandakan usaha untuk turun dan mendekati golongan berkenaan. Ini bukan zaman bernostalgia dengan cerita-cerita silam. Dan ini juga bukan cerita lebih banyak baju biru di jalan raya atau baju hijau dengan ikat kepala yang mengelilingi pekan... ini cerita siapa yang akan buang undi dan siapa yang lebih dominan menguasai 'pasaran' masa hadapan.

9 comments:

a s a m @ w k j on March 8, 2011 8:14 PM said...

ya betol..

jangan sampai menang sorak masa pilihanraya kecil..tapi kampung sendiri tergadai pasal tak endah bab tambah pengundi baru..

asam

p/s: hang call aku awatnya?

mat kedah said...

golongan muda kat felda boleh la hampa kelentong...

Anonymous said...

Mengutk sedaaaap... bagi lah galakan. Yang baca sakit hati, bukan tercabar.

Bukan nak pujian, tapi cakap jeeee... bencikan UMNO. Senang.

Anonymous said...

sbg pengundi muda dan bekas penyokong pas, aku akan undi BN dlm PRU13 sebab pas berpakat dgn dap. aku tak suka dap.

Anonymous said...

penglibatan org muda didalam PAS lebih menonjol dan lebih bergaya dari UMNO..

UMNO kalah dan tewas dengan teruk dalam menmpunyai ahli golongan muda..

princess jiji on March 9, 2011 12:27 PM said...

bukan masalah Orang Felda tu mudah dibodohkan..tapi mmg patut org kat FELDA tu bersyukur!!
mana ada tanah org Melayu lagi kalau bukan hanya di FELDA???
harapkan PAS nak fikir bangunkan negara,hampeh!!harap nak hancurkan negara adalah..
ramai org muda sayang perjuangan UMNO tapi meluat tgk Pemuda/Pu3 yg tak berkebolehan dpt jawatan dan projek!bila bgtau kat depa,depa kata dengki!!!
sbb tu ramai org muda yg berkejaya,they dont give a damn to UMNO or even nak register jadi voters!!

zxc on March 9, 2011 1:01 PM said...

rakyat & blogger memang patut jadi check & balence utk umno. apa yg tak patut, yg kurang tegur jer. sesama manusia kene la saling menasihati, jangan jadi macam hamba Allah sorang nih yg x boleh ditegur langsung, ape dia cakap kompom betul, tegur sikit jatuh hukum jahiliah...

faridajir on March 9, 2011 5:03 PM said...

i agree with princess jiji..

aku sendri pon masih sangsi.. nak register masuk UMNO pon ne kene pk byk kali.. golongan elitis dengan golongan sendri.. sama ja ngan pas yg dok kata.. oghe kito, org kita, puak kita.. orang kite.. lol..

even smpai skrang aku xtau na reg undi ke x.. padahal hari2 lalu dpn spr..

Anonymous said...

aku pun pengundi muda.. Aku akan pangkah dacing. aku setuju seorg anon diatas. Pas kawan dgn DAP. Aku tak suka DAP.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template