Isu Al-Kitab atau Bible versi Bahasa Melayu yang ditahan daripada dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak berkuasa, telah diangkat dan dihangatkan oleh para pemimpin DAP. Rata-rata kebanyakan daripada mereka menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia itu telah menghalang kebebasan beragama kerana tidak membenarkan Al-Kitab dijadikan rujukan rasmi kaum Kristian. Antara yang paling lantang mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah Teresa Kok menerusi laman blognya, Hannah Yeo menerusi laman TWITTER dan Lim Kit Siang juga menerusi laman TWITTER. Yang mereka angkat ialah, KAUM KRISTIAN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK.
Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh DAP dalam hal ini? Membenarkan Al-Kitab berbahasa Melayu secara meluas walaupun Perlembagaan Negara secara jelas, tidak membenarkan penyebaran agama lain selain Islam di negara ini? Membenarkan Al-Kitab 'dijual' dan disebarkan secara meluas atas nama kebebasan beragama walhal sudah ada larangan jelas tentang hal ini?
Usaha DAP untuk membangkitkan perasaan marah di kalangan puak Kristian terhadap Kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan UMNO nampaknya dipandang sepi oleh semua kumpulan UMNO yang lebih sibukkan tentang pemilihan jawatan utama pada awal tahun hadapan.
Slogan mempertahankan agama dan bangsa, nampaknya hanyalah satu slogan retorik kerana masing-masing lebih sibuk mempertahankan diri agar tidak terpinggir daripada jawatan yang diidam-idamkan.
Apa yang sedang dan telah dilakukan oleh UMNO serta pemimpin-pemimpin Islam yang lain dalam hal ini? Hampir tidak ada!
Adakah para pemimpin Melayu-Islam di negara ini beranggapan Al-Kitab berbahasa Melayu dan isu persengketaan agama yang cuba dicetuskan oleh para pemimpin DAP sebagai satu isu mudah, remeh dan tidak besar berbanding mempertahankan jawatan yang dianut?
Mana para pemimpin Melayu? Mana unit perang saraf Melayu-Islam? Mana pendokong jemaah Islam yang konon-kononnya untuk melihat kepemimpinan Islam mendaulatkan al Quran dan al Hadis?
Antara UMNO, PAS dan Islam, mana yang lebih kita kasihi?


8 comments:
nanti abang nik Aziz kata boleh bawa kitab ini..Abang BABI pula kata "besok kami kjaan PKR dapat Putrajaya, Lusa kitab ini boleh tersebar luas dimerata negara"..tengok lah!!!!
alahai...dulu kecoh pasal melayu murtad lah....gereja melayu lah.... siap sebar kat email berantai.... penyudahnya sekarang... macam nak galakkan pulak....
hmmm tatau nak ckp...dulu si murtad berjuang kat mahkamah tak nampak pulak puak berjubah-serban serta mereka2 yang mengaku tok guru bising....senyap sunyi...
emmmmmmm.....agama Allah yang telah disesatkan.....
sejak bila DAP jadi pejuang bahasa Melayu?
Ni semua adalah keinginan utk musnahkan melayu..ngan musnahkan islamnya dahulu.
Tapi Tok Guru dah "bless"..
kenapa nak bible ni di tulis bahasa melayu..nak bagi orang melayu baca..nak sebar kat Melayu ke.citt...mai kita ajak perbincangan ilmiah antara kristian dan islam..atas dasar perbandingan antara ugama..mai la...puak kristian..apa nak kesah..kan ke audiance boleh jadi beribu orang..lagi senang hangpa nak sebar ajaran kristian tak payah nak baling batu sembunyi tangan lagi...
kita buat majlis macam mana Ahmeed Deedad atau Dr zakir nair berbahas
pilih aja lah tajuk spt ADAKAH BIBLE BENAR-BENAR FIRMAN DARI ALLAH Atau BENARKAH ISA DISALIB..
MARI LE...
Aku rasa pihak jab islam boleh anjurkan.."jika puak kristian ingin kan padang yg luas kita bagi"
AKU ISLAM
Saya amat setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh penulis di atas. Minta Ilmuan2 Islam anjurkan satu majlis forum membahaskan perbedaan yang terdapat dalam agama dan keristian. Kalau ulama kita tak berapa cukup ilmu tentang Kristian, ambil buku2 yang ditulis oleh Allahyarham AHMAD DEEDAT, Kalau dalam internet pula boleh layari sesaawang YUSUF ESTES, JEFRI LANG DLL, malah sesawang2 Indonesia pun banyak.
Puta kulim.
Hmm...dah hingaq nak bible dalam Bahasa Melayu pulak. Cakap Melaytu tak mau! Ajak Sains dan Matematik dalam Bahsa Melayu tak mau!
Mengaku negeri ni Tanah Melayu tak mau!
Apa yang depa mau pun tak tau lah...
Awat Lagu Tu..
biar mereka edarkan bible tu . kalau boleh tiap org melayu mintak seorg sepuluh naskah. lepas tu buang ke sg kelang.
Post a Comment