Kali pertama Bible diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah oleh Munsyi Abdullah, seorang peranakan Tamil-Arab yang bekerja sebagai jurutulis untuk Stamford Raffles pada awal 1815 bersama-sama Rev. William Milne selepas diberikan tugas oleh pasukan Missionaries Kristian yang beranggapan, tugas memurtadkan Melayu lebih mudah dengan Kitab Bible berbahasa Melayu. Apatah lagi Bahasa Melayu adalah lingua-franca pada zaman tersebut.Sesuatu yang menjadi kemujuran pada waktu itu ialah, Allah Taala mengurniakan sifat malas membaca dan belajar kepada orang Melayu! Atau dengan kata lain, ada hikmah mengapa Melayu dijadikan sebagai bangsa yang malas membaca pada zaman Munsyi Abdullah siap menterjemahkan Kitab Injil Al-Kudus Dari Tuhan Esa Al-Masihi.
Penahanan 5000 naskhah Al-Kitab yang diimport dari Indonesia telah menimbulkan kemarahan di kalangan penguasa-penguasa Kristian di negara ini. Bible Society of Malaysia dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap Kementerian Dalam Negeri kerana enggan melepaskan 5000 naskhah berkenaan kerana kononnya ia bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri Malaysia untuk mewujudkan sebuah masyarakat negara ini yang bergelar 1Malaysia.
Sebenarnya, kaum Kristian di Malaysia sangat BERUNTUNG kerana Malaysia sebenarnya bukan sahaja tidak membenarkan agama lain didakwahkan kepada umat Islam seperti mana yang tertera dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA tetapi juga tidak membenarkan sebarang perdebatan antara Islam dengan bukan Islam secara terbuka.
Allahyarham Ahmad Deedad pernah dihalang berucap dan menterjah Kristian di negara ini kerana kepimpinan negara tidak mahu berlaku konflik antara rakyat negara ini yang berbilang kaum. Kebanyakan buku, risalah dan makalah tentang perbezaan antara Islam dan bukan Islam juga tidak digalakkan disebar luas. Dan sekalipun Islam adalah agama rasmi negara ini di mana penganutnya menikmati keistimewaan, hakikatnya apa yang berlaku sekarang ialah sebaliknya.
Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Tidakkah keberanian yang ditunjukkan oleh Bible Society dengan bantuan dan sokongan DAP menjadi petanda jelas, wujudnya satu anasir dan subversif yang cuba mengganggu gugat kestabilan di negara ini dalam semua bentuk...
Selepas ini apa pula, apakah Bible Society atau apa-apa sahaja pertubuhan dan entiti yang berselindung di belakang mereka akan menggunakan sekatan EKONOMI dengan menggunakan KEKUATAN MEDIA pula untuk menghancurkan Melayu, Islam dan Malaysia?


3 comments:
Kerajaan pempinan UMNO telah satu langkah memelihara keislaman org2 Melayu..PAS, dimana kah kamu?
Mana PAS yg memperjuangkan Islam ? Tak nak ker buat demonstrasi besar2an membantah bible dlm bahasa melayu ?
HATI2 DGN DEPA SEMUA TU
DLM KES BIBLE, NAK SGT BAHASA MELAYU
TP DLM KES LAIN, PPSMI MISALNYA, DEPA YG TAK NAK BAHASA MELAYU, MEREKA NAK BAHASA INGGERIS
KALAU NAK CARI KERJA, MESTI FASIH BERBAHASA MANDARIN ATAU INGGERIS, BAHASA MELAYU DI MANA?
BERTUTUR SEHARIAN DI SEKOLAH ATAU TEMPAT KERJA, GUNAKAN DIALEK MSG2, ORG MELAYU JE YG GUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN
TGK SALURAN TV ASTRO, ADA KE DEPA NAK TGK BERITA MELAYU, SEMUA PAKAT2 TGK CHANNEL KAUM MSG2
JADI APA KE JADAHNYA BIBILE DI BAHASA MELAYUKAN? HAK ASASI APA KE JADAHNYA?
Post a Comment