Suka atau tidak, anda perlu mengakui, Chua Soi Lek adalah makluk halus politik yang sangat bijak. Serangannya bukanlah kepada pihak lawan BN sebaliknya serangan yang dilakukan adalah ke atas UMNO. Orang putih kata, downgraded attacking terhadap UMNO (maaflah kalau salah, almaklumlah kita blogger tak intelek)Apabila Chua Soi Lek menyerang kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS kerana mengharamkan premis judi, serangannya lebih terarah kepada UMNO yang dilihat agak sambil lewa dalam mempertahankan premis-premis judi, bahkan terpaksa mengikut desakan PAS agar judi bolasepak tidak dipraktikkan di negara ini ketika musim Piala Dunia dahulu.
Umat Islam - tak kiralah yang berada di dalam UMNO, PAS, PKR atau apa-apa sahaja parti politik yang lain - diharamkan daripada terlibat dalam perjudian walau dalam apa bentuk judi sekalipun, termasuklah menyediakan sebatang pensel untuk menulis nombor pertaruhan. Hukumnya adalah sama seperti arak.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dan Kedah untuk mengharamkan premis perjudian atau tidak memperbaharui permit atau lesen premis perjudian, adalah sesuatu yang sangat baik dan wajar disokong. Walaupun pada suatu peringkat, ia akan menimbulkan suasana yang tidak enak di kalangan penggemar-penggemar atau simpatisan judi, namun secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu penolakan jelas terhadap elemen berkenaan.
Zaman judi dalam bentuk loteri sepatutnya telah pun berakhir. Sepatutnya juga tiada lagi lesen-lesen baru diberikan kepada mana-mana pihak untuk mewujudkan premis perjudian.
Namun apabila Chua Soi Lek menyentuh perkara tersebut dan menghentam kerajaan Nik Abdul Aziz kerana tidak membenarkan judi diamalkan di Kelantan atas dasar, judi tidak haram kepada golongan bukan Islam, ia sebenarnya merupakan perangkap maut buat UMNO. Pemimpin UMNO yang menyahut perangkap tersebut dan kemudian menyebelahi Chua Soi Lek, hanya akan memperlihatkan UMNO sebagai penyokong judi tegar.
Chua Soi Lek sebenarnya hanya mencari populariti untuk dirinya dan kumpulannya. Sekarang adalah zaman di mana UMNO menerima asakan yang berterusan daripada pelbagai pihak kerana desakan untuk menang pada PRU13. UMNO dilihat sebagai tidak berkeupayaan untuk keluar dari kemelut itu dan akhirnya terpaksa menuruti sahaja kemahuan mereka atas alasan SETIAKAWAN dalam BARISAN NASIONAL walaupun pada masa yang sama, ia sebenarnya mendatangkan kerugian yang lebih besar kepada para pengikut UMNO sendiri.


2 comments:
bijak berpolitik??
bijak main atas katil bleh la..
buat aksi panjat gunung sambil mengerang mata stim
Pelakon porno sepatutnya ditolak oleh DSNR daripada jadi menteri.Kalau nak bagi pun bagi jadi menteri lorong haji taib ok la.
Post a Comment