Saturday, March 5, 2011

BLOGGER MEMANG PUNCHING-BAG UNTUK SI BAHLOL DALAM UMNO!!!!

Dalam keseronokan berceramah, mangkuk yang bernama Adnan Seman yang menjadi pembesar Pemuda UMNO Bandar Tun Razak ini, telah menjadikan BLOGGER sebagai bahan ceramahnya dengan menggelarkan BLOGGER sebagai GOBLOK!!!

Ternyata Pemuda UMNO juga tidak kurang hebatnya menampilkan SI BODOH, SI BAHLOL dan SI BENGONG sebagai penceramah yang cuba menunjuk pandai dan memandai-mandai. Dia mungkin tidak sedar bahawa ceramah itu turut dihadiri oleh beberapa orang BLOGGER yang bertujuan memberi publisiti kepada parti yang disertainya.

Sebenarnya budaya menggelar BLOGGER sebagai GOBLOK bukan perkara baru. Seringkali BLOGGER dianggap sebagai musuh oleh pihak-pihak tertentu terutama apabila BLOGGER berjaya mendedahkan tembelang, tipu helah dan permainan kotor pemimpin tertentu dalam cubaan meraih kuasa. Memandangkan BLOGGER sukar dikawal memandangkan kebanyakan BLOGGER bukan POLONG BERTUAN, maka dia membuat pukul rata bahawa semua BLOGGER adalah GOBLOK.

Tidak kiralah sama ada BLOGGER berkenaan datangnya dari Pro-UMNO mahupun Pro-Pakatan Rakyat, apa perlu diGOBLOKKAN pasukan BLOGGER dari media baru? Mengapa tak berani menggelarkan WARTAWAN sebagai HAIWAN? Adakah kerana memikirkan BLOGGER tidak bermajikan, maka sewenang-wenangnya HAIWAN POLITIK YANG LAPAR KUASA ini menggelarkan pihak lain yang tidak sebulu dengannya?

Sakit hati sebab bossnya selalu kena sesah dengan BLOGGER maka dia menjadikan BLOGGER sebagai musuh utama?

Berceramah menghentam PAS tetapi sejarah UMNO-PAS pun gagal sama sekali. PAS memang ditubuhkan pada 1951 tetapi pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO antara Tunku Abdul Rahman dengan C.M Yusof dan Ahmad Fuad Hassan bukanlah punca utama penubuhan PAS. Pengaruh Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh Inggeris telah meresap di dalam UMNO dan keputusan UMNO untuk menjadikan loteri kebajikan sebagai salah satu punca pendapatan bagi mendapatkan kemerdekaan itulah yang menyebabkan berlakunya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO, Bagan yang menyaksikan wujudnya sebuah parti yang bernama PAS.

Amat malang, orang muda itu seorang yang gemar menipu dan cuba menipu. Sepatutnya tidak perlulah nak diperbesar-besarkan tentang kekalahan Haji Ahmad Fuad Hassan yang hanya mendapat 7 undi berbanding Tunku Abdul Rahman yang mendapat 57 undi. Tak perlulah dia menggunakan taktik dan helah Anwar Ibrahim yang akan menipu dalam apa juga isu. Perpecahan PAS dari UMNO sepatutnya dijadikan alasan dalam ceramah untuk menunjukkan bagaimana UMNO telah berubah dan peka kepada kehendak umat Islam.

Yang lebih penting, tak perlulah dinaikkan isu kekalahan Haji Ahmad Fuad Hassan dalam kes perpecahan ini kerana ia hanyalah buah untuk membunuh UMNO kembali.

Maka bayangkanlah seorang penceramah UMNO yang menggoblokkan BLOGGER sedangkan dia sendiri bukan sahaja GOBLOK, bahkan TOLOL DAN BAHLOL sehingga menjejaskann parti yang disertainya sendiri.

Itu belum lagi spinning yang dilakukan terhadap angka rasuah Nik Abdul Aziz. Dari RM65 ribu menjadi RM650 ribu... ia bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan mudah, sebaliknya ia jelas menunjukkan ketidakpekaan seorang penceramah yang diberikan tanggungjawab untuk menaikkan nama parti yang diwakili dan merendahkan parti lawan.

Dan kalaupun nak merendahkan parti lawan, tidak perlulah menggunakan fakta-fakta pembohong seperti itu! Cakap sajalah yang benar dan tidak perlulah membesar-besarkan angka yang semua orang sudah tahu menerusi PEMBACAAN DI BLOG!!!

Untuk pengetahuan Adnan Seman lagi, gambar Nik Abdul Aziz yang menghulurkan rasuah kepada tiga Orang Asli di Galas itu sebenarnya adalah gambar yang berjaya dirakamkan oleh BLOGGER bukannya wartawan akhbar yang dibangga-banggakan! Bukan juga datangnya daripada wartawan media elektronik... gambar berkenaan datangnya daripada seorang BLOGGER!!!!

Mengapa agaknya Ketua Pemuda UMNO menyimpan dan membela orang-orang tongong seperti ini? Adakah Ketua Pemuda UMNO ingin menunjukkan dia lebih pandai dan lebih futuristik berbanding orang lain, dengan berpandukan kepada orang-orang bawahannya yang TONGONG-TONGONG dan BERAKAL LEMBIK seperti Adnan Seman yang berceramah di FELDA JENGKA 22 malam tadi?

Rasa-rasanya ramai yang boleh menjawab persoalan tersebut.

11 comments:

Anonymous said...

Tu la pasal kalau dah anggap diri ni serba tau ..... kalau setakat hari-hari sembang kedai kopi mengadap surat khabar tu la jadinya ..... orang lain dah jauh ke hadapan dengan berita-berita terkini yan g dia masih cerita pasal hal yang berlaku semalam .... atau mungkin dia ni tak tau pengaruh blog sekarang ni jauh lebih ke hadapan berbanding media arus perdana .....

Anonymous said...

Ko jangan la marah sangat kat dia.

dia kan di lantik oleh kj.

KJ memang suka lantik orang yang bahlol.

supaya kunun orang luar nampak dia yang paling bijak......menipu.

Anonymous said...

..kalau tak di beri peringatan

..dia ingat dia dah pandai lebih2 dari orang lain.

dua takde blog ke?

Ular Menyusur Akar on March 5, 2011 12:08 PM said...

Itu aje penceramah yang pemuda ada. Nak buat macam mana? Menyusahkan betul!!!

Anonymous said...

Orang macam Adnan Seman ni sepatutnya di lucutkan jawatanya.

orang seperti ini, umpama orang yg bodoh sombong. beliau sepatutnya menyedari bahawa didalam arus IT sekarang ini, pejuang-pejuang umno harus terlibat didalam media maya (IT).

ataupun orang seperti ini ada ajenda tersembunyi, kerana sorang seperti ini biasanya mereka tidak mampu menyumbang untuk parti dengan idea-idea baru.

jadi mereka mencari golongan lain yg mereka rasa boleh di jadikan mangsa untuk mempopularkan diri mereka pada pemimpin atasan yg menunjukan meraka juga peka tentang apa yg berlaku terkini.

atau pun mereka ini hanya seperti kudis yg boleh menbahayakan kesejahteraan dalam parti.

masih ingat kah lagi dengan budaya cantas menyantas yg Tun M tegur dulu?...

orang-orang seperti ini harus disingkirkan dalam pari.

biasanya orang seperti ii tidak mampu berfikir utk menyumbang idea baru dlm parti, tetapi hanya mampu mengondem je!

jika itu Adnan Seman harus bertaubat!

jangan pulak nanti menjadi Adnan Sempit!

pada bloger-bloger teruskan perjuangan anda!

kerana rakyat malaysia seperti saya ini memerlukan anda terus berjuang utk mencelikan kami!

terima kasih.

Anonymous said...

Orang macam Adnan Seman ni sepatutnya di lucutkan jawatanya.

orang seperti ini, umpama orang yg bodoh sombong. beliau sepatutnya menyedari bahawa didalam arus IT sekarang ini, pejuang-pejuang umno harus terlibat didalam media maya (IT).

ataupun orang seperti ini ada ajenda tersembunyi, kerana sorang seperti ini biasanya mereka tidak mampu menyumbang untuk parti dengan idea-idea baru.

jadi mereka mencari golongan lain yg mereka rasa boleh di jadikan mangsa untuk mempopularkan diri mereka pada pemimpin atasan yg menunjukan meraka juga peka tentang apa yg berlaku terkini.

atau pun mereka ini hanya seperti kudis yg boleh menbahayakan kesejahteraan dalam parti.

masih ingat kah lagi dengan budaya cantas menyantas yg Tun M tegur dulu?...

orang-orang seperti ini harus disingkirkan dalam pari.

biasanya orang seperti ii tidak mampu berfikir utk menyumbang idea baru dlm parti, tetapi hanya mampu mengondem je!

jika itu Adnan Seman harus bertaubat!

jangan pulak nanti menjadi Adnan Sempit!

pada bloger-bloger teruskan perjuangan anda!

kerana rakyat malaysia seperti saya ini memerlukan anda terus berjuang utk mencelikan kami!

terima kasih.

Anonymous said...

Nie la antara sebab UMNO BTR tak leh bantu BN menang BTR... sebab pemimpin yer bongkak...

Satu ptg makan nasi lemak kat dpn opis UMNO BTR... tiba2 satu mamat tua bangka yang mengaku pimpinan bahagian duk menjerit tak tentu pasal... alasan nk suruh siapkan makanan die dulu... org lain kemudian... kalau tak nk dirobohkan kedai tu... ape la punya banggang... dah tua bangka tak de adab langsung.. patut si gagap menang kat BTR... malu aku sebagai ahli UMNO... tak sakit ati budak2 muda keje situ kena maki tak tentu pasal...

aku harap UMNO BTR buang la jenis bodoh sombong nie... rasa aku PRU akn dtg nie kalah lagi .. bukan ape.. ketua bahagian leh dpt peruntukan... terus masuk poket... and kaki2 bodek yang bodoh sombong nie jugak yg untung.. rakyat BTR.. mampuih pi hangpa la...

zethro said...

Saya rasa ada tujuan tertentu dia berbuat demikian. Nak tunjukkan Pemuda adalah liabiliti kpd UMNO. Kire nanti dah elok2 Najib pulihkan imej UMNO/BN, Pemuda lak buat spoil dan akan dijadikan lubuk buat Pakatan Rakus utk attack BN. Bila berlaku situasi tu nanti, KJ n the gang pon akan muncul menjadi hero nak selamatkan balik Pemuda UMNO. Ala, dia ni kan apprentice ANUwar, bole bace la lenggok2 dia ni.

Anonymous said...

Aisey apa korang melalut nie...aku tgk ceramah dier ok ajer...yg aku paham si mamat nie (adnan seman) tujukan goblok pada blogger yg pro-pembangkang tu...bukan pada blogger UMNO..awat korang nie terasa sgt' ish3x...

p/s: klu ler yg dimaksudkan siMamat ni blogger tu sumer goblog dah lama aku flying kick dier selepas dier ceramah tu...

-Sec9-

Anonymous said...

hahahahahha.... itu adnan kalau mau cakap musti pandang pandang... jangan main hentam suka suka hati...u di penmuda pun takda orang kenai.. sekarang cari pasal sama blogger..



penang nasi kandar-

Anonymous said...

masing2 pernah buat silap, tak salah sebenarnya kalau kita nak menegur... tapi kena la bertempat. takut2 kena kat puak juak sendiri... yang penting la ni, jgn kita nak salahkan sesama kita.. marilah kita bersama2 mendoakan kesejahteraan sesama kita agar kita semua diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt dlm perjuangan..tak kira dalam media maya ker...berceramah ker...dan sebagainya. Bukan masanya kita nak menghentam dan membuka pekung di dada...

mnk..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template