UMNO dan BN menang 'besar' di Merlimau dan Kerdau. Namun sesuatu yang sangat jelas, ialah penolakan terhadap Khairy Jamaluddin juga sangat BESAR dan SANGAT JELAS. Malam kempen terakhir di Kerdau, Khairy meminta sendiri untuk berceramah di Rumpun Makmur. Barangkali dia telah terdengar tentang kemasyhuran tempat itu, terutama sekali faktor menarik pendengar dan penonton. Dia berucap selepas Rahimi Othman dan Rashid Rosdi. Malangnya, apa yang berlaku selepas itu, wajar direnung dan diperhalusi oleh Khairy Jamaluddin. Para pemimpin UMNO seharusnya bukan datang daripada kepala dan badan ELITIS atau anak bangsawan. Para pemimpin UMNO terutama sekali PEMUDA UMNO harus datang dari grassroot. Perlu datang daripada golongan yang mampu bekerja, bukannya beretorik dan bukannya jenis yang memikir bagaimana hendak meletakkan bidak-bidak catur.
Lebih tepat lagi, orang yang pandai bekerja dan menunjukkan hasil, bukannya orang yang pandai beretorik dan penuh dengan segala macam teori tapi satu kerja pun tak tahu... bahkan budaya dan suara hati rakyat Malaysia pun tidak faham.
Khairy di Rumpun Makmur sememangnya satu MALANG YANG DITEMPAH. Penonton yang begitu ramai untuk mendengar ceramah Rahimi Othman dan Rashid Rosdi akhirnya beransur-ansur pulang dan hanya beberapa kerat sahaja yang mencapangkan telinga untuk mendengar ENTAH APA-APA YANG DISEBUTKANNYA.... dan yang sohehnya, Khairy langsung tidak tahu apa sebenarnya tentang Rumpun Makmur, masyarakat Felcra, masyarakat Felda dan masyarakat kampung... Khairy tidak mampu hidup dengan denyut nadi rakyat marhein....
Bukan salah Khairy kerana dia tidak meminta untuk dilahirkan dari kalangan bangsawan, namun ketidaksungguhannya untuk mempelajari cara hidup Melayu dan rakyat Malaysia walaupun pada masa yang sama, terus menawarkan dirinya sebagai pemimpin muda, sememangnya cukup untuk menunjukkan dia masih belum layak untuk berada dalam kepimpinan.


5 comments:
saya amat setuju, KJ adalah liability kepada pemuda dan UMNO,
Assalam Bro
Kalau setakat Khairi ini payahlah orang kampung nak terima. Aku yang duduk kat bandar pun 200% tak sokong dia .Naik jadi Ketua Pemuda pun atas pertolongan bapak mentua dengan memaksa undi diberi kepada dia. Bila dia nak berhenti? Ada pun tak membawa makna pada perjuangan UMNO. Lebih baik tak ada senang TKP UMNO buat kerja. Liabiliti pada UMNO mamat Ni. Presiden UMNO bila nak sedar?
AWATLA HANGPA DOK BAGI LAHABAO SEKOR NI BERCERAMAH....BUAT ROSAK JA
LAIN KALI JANGAN BAGI DIA BERCAKAP LANGSUNG, DATANG PUN TAK PAYAH
PAK MENTUA DENGAN ANAK SERUPA JA...
artikel yang bernas, khairi jamaluddin perlu sedar bahawa untuk menjadi pemimpin ia tidak boleh dizahirkan dengan ijazah bagai dan penampilan menarik, dia hanya boleh disamakan dengan artis popular dalam majalah mangga,itu sahajalah capacity beliau dalam politik tanah air
KJ = liabiliti, liabiliti, liabiliti, liabiliti, dan liabiliti
Nasib baik dia kata nak berenti
Post a Comment