Friday, March 4, 2011

BUAT KALI PERTAMA ANWAR DIMALUKAN BERHADAP-HADAPAN

Bila Kak Midah, ADUN Gunung Rapat yang turut datang membantu kempen pilihanraya kecil Kerdau menyatakan, 'Anwar dah kecut... dah kecut atas bawah....' dan pada masa yang sama, di kem sebelah terletak lebih kurang 15 meter dari Bilik Gerakan Barisan Nasional Rumpun Makmur 'merungut' yang Anwar bukanlah calon yang bertanding, sekaligus memberi isyarat agar Anwar Ibrahim tidak diserang dan tembelangnya didedahkan di hadapannya sendiri, ia sebenarnya sudah cukup untuk memberi gambaran yang sebenar tentang situasi Anwar Ibrahim.

Siapa yang sangka, malam tadi menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya, Anwar Ibrahim berhadapan dengan musuh utamanya, Ummi Hafilda di suatu tempat, dan pada masa yang sama. Siapa sangka, kedatangan Kak Midah dan Ummi Hafilda di Rumpun Makmur, membawa satu pembaharuan terhadap kempen-kempen Anwar Ibrahim semenjak dia dipecat dari Kerajaan dan UMNO.

Bahang sememangnya sudah terasa semenjak dari awal lagi. Lebih kurang 3 ribu orang berkumpul di kedua-dua belah kem untuk mendengar hujah Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim yang berlaku serentak. Agak malang bagi Anwar Ibrahim, kebanyakan yang mendengar cerita Anwar Ibrahim adalah orang luar, bukannya orang Rumpun Makmur. Sedangkan yang mendengar hujah Ummi Hafilda pula kebanyakannya adalah orang tempatan.

Pelbagai hujah yang diperdengarkan oleh Ummi Hafilda. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, walaupun berjanji akan menjawab setiap hujah Ummi Hafilda yang dikatakannya sebagai fitnah, tidak melakukannya sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan, Anwar langsung tidak menyentuh walau satu isu pun yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda. Bak kata Blogger GAP, buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun, dia mendengar ceramah Anwar Ibrahim yang terus melaju dengan gear 5, tidak lagi bermukadimah seperti biasa.

Bagi mereka yang berada di tempat ceramah, anda pastinya akan dapat mendengar suara menggeletar Anwar Ibrahim. Pastinya juga Anwar seperti budak yang baru belajar nak berceramah, tidak sebagaimana kebiasaan. Hujah-hujah Anwar tidak lagi mantap. Dia bagaikan terganggu dengan ucapan Ummi Hafilda yang memperincikan kronologi peristiwa 1997.

Dan berbeza daripada janjinya sebelum itu, Anwar langsung tidak menjawab mahupun menyentuh apa yang dikatakannya sebagai fitnah. Sebaliknya Anwar lebih sibuk bercerita tentang gejolak di Mesir, di Libya dan Asia Tengah. Langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Kerdau!

Anwar cuba berceramah tentang rasuah dan penyalahgunaan. Cerita tentang pembaziran kerajaan yang membayar subsidi kepada syarikat pembekal tenaga IPP, namun apabila Ummi Hafilda menyatakan secara lantang bahawa Anwar Ibrahim adalah pembohong dan bapa rasuah malah sebagai pelakon yang kalau P.Ramlee masih hidup pun akan angkat kaki dan tangan, surrender kepada Anwar Ibrahim yang memiliki kebolehan dan bakat berlakon yang lebih besar.

Namun yang paling SADIS apabila Ummi Hafilda memberitahu para pendengar ceramah di kedua-dua belah kem bahawa Anwar Ibrahim berasal dari keluarga papa-kedana yang kemudian menjadi super kaya-raya apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Dan seperti sebelumnya, Anwar tetap tidak menjawab persoalan tersebut.

Begitu juga apabila Ummi Hafilda menceritakan tentang hubungan asmara dana Anwar dengan Shamsidar Taharin serta rasuah RM100k oleh abangnya, Azmin Ali agar menutup mulut, Anwar juga langsung tidak menjawab.

Sememangnya malam tadi, segala-galanya tidak menjadi buat Anwar Ibrahim. Segala-galanya majal dan mendajalkannya.

Dan seperti yang dikatakan oleh Blogger GAP yang bersama-sama penulis di tempat ceramah, buat kali pertama, Anwar Ibrahim hilang suara. Anwar Ibrahim yang datang, bukanlah Anwar Ibrahim yang biasa.

Provokasi yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, benar-benar merimaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memendekkan ceramahnya dan berlalu menuju ke Jengka 22 ketika Ummi Hafilda masih lagi seronok menceritakan tembelang Anwar Ibrahim dalam sejarah hidupnya.

Anwar terburu-buru ke Jengka 22. Ternyata, nasib majalnya masih berterusan. Di Jengka 22, Anwar bukan sahaja disambut oleh anak muda Jengka 22 dengan demonstrasi yang menghalaunya, bahkan Anwar Ibrahim turut dibaling dengan tongkeng ayam. Tidak cukup setakat itu, Anwar juga disambut dengan laungan "Anwar Peliwat! Anwar Peliwat!"

Ummi Hafilda bersumpah lagi, Anwar pula sekadar berceramah yang entah apa-apa. Ummi Hafilda begitu bersemangat, sedangkan Anwar pula cuba buat-buat bersemangat, meskipun nadanya kedengaran longlai dan hujahnya pula tidak langsung menggambarkan kualiti manusia yang memprojekkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin Anwar Ibrahim langsung tidak menyangka, nasibnya malam tadi, semalang itu. Sudahlah KALAH APABILA BERHADAPAN DENGAN UMMI HAFILDA, bahkan disambut dengan cara yang paling menghinakan di Jengka 22. Apa yang mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim hanyalah perkataan 'REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!' ungkapan yang suatu ketika dahulu sangat keramat, tetapi sekarang dianggap sebagai ungkapan paling malang bagi sesiapa yang mengucapkannya.

Barangkali kalau Wan Azizah dan Nurul Izzah ada semalam, mereka juga pasti akan merah muka dan merah biji mata seperti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang sangat sensitif apabila diprovokasi dan menjadi gabra beruk, sepanjang masa kelihatan cuba menahan kemarahan dan nada suaranya tidak lantang, tidak berkeyakinan dan tidak bersemangat. Nadanya terkeleweh bagaikan punggung pompuan tua.

Kesian Anwar Ibrahim!

7 comments:

Anonymous said...

bagi la tengok kalau ada video baru siiiook

Anonymous said...

Lelaki Y
Peliwat Tegar
ANUgerah Tuhan
Mat King Leather
Drama King
Penyontot anak jantan
Penyondol bini orang nih
TAU MALU ke???

Anonymous said...

Kalau nak memalukan org janganlah lebih lebih sangat dia dah sedar cukuplah.Memang nampaknya UMNO dah menang tapi berkempen tapi awas pengundi belum memilih.

Anonymous said...

Korang ni, jangan le dimalukan bakal PM kita sampai mcm tu skali!!!... Mane dia nk letak muka nnt, nak sorok dlm bontot Kak Jijah pun tak muat punye. Bg le dia can utk menguatkan hujah dia, tu tgh nk berlatih berdebat ngan Najib nnt. Ni korang dh buat dia malu nk jejakkan kaki ke bumi Pahang dah, nnt tak boleh dpt peruntukan khas dari Israel/IMF, korang juga yg susah. Rakan2 bakal PM kita tu mesti tak mahu beri duit juta2 pd Pahang akan datang, jd la mcm negeri Kelantan, negeri 'maju' yg paling mundur kat Malaysia ni....

Tolong ye, jgn buat begitu pada bakal PM kita ni, tak lama lagi dia nk check-in hotel kat Sungai Bamboo.. Kalu korang buat cmni lagi, mesti bakal PM tu tak mau bwk korang skaliiii, nasib korang la....

Keh keh keh

Anonymous said...

POLITIKAL ANIMALIS

Politikawan adalah ibarat 'pokok' yang memberikan teduhan dan pautan bukan saja pada marhaen tetapi pada rakan dan taulan baik dalam atau luar negara.

Masa Tuan Presiden Meris masih tegak berjawatan bukan sedikit moslem brother (MB) yang berpaut padanya. Juga tidak sepatah haram ayat-ayat perli dan kutukan yang dilontarkan kepada mantan Presiden Meris itu.

Tetapi apabila presiden Mesir tumbang, bukan saja MB malah kura-kura (mantan Tpm) telah tidak sabar-sabar memanjatnya bagi tujuan gimik dan membantu mengekalkan kelangsungan karier politik sendiri.

Justeru jadikanlah insiden Mesir sebagai iktibar tetapi bukan peluang meraih keuntungan. Ia menunjukkan sekali lagi bahawa pokok bukan selamanya tegak berdiri. Kalau sekarang pokok tumbang kita panjat; mungkin satu masa nanti apabila kita tumbang, kita juga akan dipanjat.

AntiHipokrit

Peristiwa Review on March 4, 2011 1:17 PM said...

tolong link kan blog ni dalam blog anda, thanks~

http://perkarareview.blogspot.com/

zxc on March 8, 2011 1:06 PM said...

atas pentas, depan orang ramai..
REFOMASI!!!REFOMASI!!!REFOMASI!!!

dalam bilik berdua dgn tut..tut..
PENETRASI!!PENETRASI!!PENETRASI!!

dalam penjara, sorang-sorang..
KONSPIRASI!!KONSPIRASI!!KONSPIRASI!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template