Tuesday, March 8, 2011

BUKU JINGGA IBARAT KITAB SIHIR UNTUK KHALID IBRAHIM!!!!

Dalam usaha Khalid Ibrahim ingin menobatkan dirinya sebagai pemimpin ulung Selangor selepas tiga tahun menawan Selangor menerusi Pakatan DAP-PKR, pelancaran Buku Jingga yang menjadi 'kitab suci' terbaru Pakatan Rakyat dilancarkan di Stadium Melawati pada malam Sabtu lepas. Program tersebut termasuk sekali dalam sambutan ulangtahun ketiga Pakatan Rakyat menguasai Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2010 di tempat yang sama.

Bagaimanapun kehadiran hadirin amat mengecewakan. Berdasarkan laporan daripada media pro-Pakatan Rakyat, jumlah yang hadir adalah antara 1000 sehingga 1500 orang sahaja, manakala laporan media pro-UMNO-BN pula, jumlah yang hadir tidak lebih dari 1000 orang termasuklah Penghulu-Penghulu Mukim lantikan Pakatan Rakyat, kakitangan agensi kerajaan negeri dan sebahagian besar daripada mereka adalah ahli PAS Sungai Burong yang diketuai oleh Hasan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sendiri.

Alasan yang diberikan oleh Hasan Ali tentang kurangnya sambutan daripada jangkaan 10,000 orang yang akan hadir ialah, ramai petugas telah dihantar ke Merlimau dan Kerdau untuk sesi pilihanraya kecil.... satu alasan yang sangat dangkal dan kurang memberangsangkan.

Majlis penerangan tentang Buku Jingga telah bertukar menjadi majlis memuja-muji kepimpinan Khalid Ibrahim sekaligus tidak menepati janji yang diberikan oleh mereka sendiri. Kejayaan demi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor diuar-uarkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran Ibrahim Khalid. Semua ucapan hanya bersifat masuk bakul angkat sendiri!

Sesuatu yang sangat menarik dan perlu diberikan perhatian ialah, karnival selama dua hari itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jika perbelanjaan untuk menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,00, maka bayangkan pula berapa jumlah yang telah Khalid Ibrahim gunakan untuk karnival selama dua hari itu, semata-mata untuk memberikan publisiti kepada Pakatan Rakyat, tanpa sedikit pun faedah kepada rakyat? Berapa juta ringgitkah duit rakyat yang telah dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim?

Dalam majlis yang sama juga, Khalid Ibrahim bersilat lidah dengan memberikan penjelasan stentang isu kerajaan Negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa berlangsungnya Kongres Kebangsaan PKR yang lepas. Kata Khalid, pembayaran tersebut adalah sumbangan Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil berkenaan kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan.

Bunyinya menarik tetapi hakikatnya Khalid Ibrahim menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu bentuk rasuah.

Anwar Ibrahim yang sepatutnya berucap menarik diri pada saat-saat akhir apabila mengetahui Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang menolak jemputan ke majlis berkenaan. PKR diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP. Boleh jadi pada saat itu, Anwar Ibrahim sebenarnya masih lagi terketar-ketar menahan kemarahan akibat kalah 'berdebat' dengan Ummi Hafilda Mohd Ali di Rumpun Makmur dan Jengka 22 selain BADI akibat dibaling buntut ayam oleh 'penyambut-penyambutnya' di jalan masuk ke tempat ceramah.

Pelancaran Buku Jingga sepatutnya memberi peluang kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk menerangkan apa sebenarnya isi kandungan buku tersebut. Namun, memandangkan majlis itu hanyalah untuk menghabiskan bajet daripada peruntukan negeri, maka ia dibuat untuk mendewa-dewakan Khalid Ibrahim.

Mujurlah UMNO masih tidak mampu mengatasi masalah BUKU JINGGA kerana selain Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, tidak berapa kerat pemimpin UMNO yang berahi untuk mengulas dan menggelak-gelakkan polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga itu.

Difahamkan, ada entiti tertentu UMNO yang sepatutnya menangani permasalahan Buku Jingga tetapi khabarnya, segala 'barang' hanya tersimpan di dalam almari dan stor!

2 comments:

ajai62 on March 8, 2011 10:22 AM said...

Assalam Bro

Rakyat Selangor tak hadir ke? Kalau penyokong dia aje yang hadir Buku Jingga tu khas untuk puak mereka sahaja. Baguslah Rakyat Selangor tak payah nak fikirkan buku tu. Buku tak membawa erti apa-apa pada kemajuan Negeri Selangor. Janji dulu tak ditepati dah buat janji baru...?

zxc on March 8, 2011 4:31 PM said...

buku jingga inilah "Ubat Ajaib" yang mampu memulihkan "tenaga jantan" mana-mana negeri yang berani mengambilnya 3 kali sehari lepas makan. sayang kelate x berani "makan" ubat kuat nih..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template