1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, March 15, 2011

CHUA SOI LEK NI SEBENARNYA PARTI APA, HAH?

Tuesday, March 15, 2011
Presiden MCA yang satu ini, memang sangat terkenal. Bukan terkenal kerana sistem kerjanya yang menjanjikan urusan di kaunter-kaunter menunggu hospital hanya mengambil masa selama setengah jam beberapa tahun lalu tetapi hasilnya adalah tetap juga tiga empat jam kena tunggu ekoran kurangnya tenaga kerja tetapi kerana polemik dan kontroversi yang ditimbulkannya.

Selepas MENUTUH Normala Sudirman kerana enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim, Presiden MCA ini buat 'lawak' lagi. Kali ini dia mendesak kerajaan agar meletakkan tiga bahasa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dan ketika isu tersebut menimbulkan kehangatan, Soi Lek sekali lagi menarik perhatian dengan mendesak kerajaan agar membenarkan Bible berbahasa Melayu di negara ini.

Apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Presiden MCA ini? Adakah dia ingin membawa MCA menjadi sayap DAP di dalam Barisan Nasional atau dia sebenarnya cuba mempopularkan dirinya di kalangan ahli-ahli MCA yang akan membuat pemilihan jawatan-jawatan penting pada tahun hadapan?

Nampaknya UMNO terpaksa bekerja kuat, bukan sahaja terpaksa berlawan dengan PKR dan PAS tetapi juga mewakili Cina-Cina yang tidak sukakan DAP!

Maka memang benarlah UMNO itu Barisan Nasional dan Barisan Nasional itu UMNO... mungkin eloklah kerusi-kerusi Melayu yang diperuntukkan kepada MCA dikaji semula... mungkin sekarang tak berbunyi lagi... kalaumenang besar esok, tentu Suqiu dan Dong Zhong pun mengaku mereka adalah MCA.

3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya sejak akhir akhir ini...Mca macam Parti Atas Pagar aje...tidak menunjukkan semangat BN...tapi tonjolkan semangat Dap. Kalau tak selesa dengan Umno..,elok keluar BN dan join sekali Dap...ada pun tak guna...jadi duri dalam daging aje...

Ibnu Sulaiman said...

PM kena tegas dgn parti komponen. Jgn biarkan mereka naik minyak. Bab agama jgn tolak ansur. Kawan, kawan jugak. Hal2 agama jgn lebih2!

MelayuLabis said...

AWAS !!! Musang berbulu ayam. Jangan ayam dalam kepok digigitnya....Nanti menyesal anak cucu kita sepanjang zaman. Orang macam ini elok diserapkan dalam pasukan DAP aja. Suka melatah dan suka menyakiti hati orang......Dinegeri China pun tak tulisan 3 bahasa dimana-mana bandar besar mereka......Utamakan bahasa kebangsaan : "BahasaMelayu" disetiap papan iklan/papan tanda jalan.Saya sokong MCA bertading dikawasan majoriti Cina lawan DAP.....tenguk siapa hebat !!!!

Blog Archive

Labels