Di Rumpun Makmur, Kerdau dua malam lepas, Khalid Ibrahim dimalukan. Kisahnya apabila dia tergagap-gagap di hadapan para penyokong Pakatan Rakyat yang didatangkan khas dari negeri-negeri berhampiran untuk mendengar ceramah yang diadakan di pentas AMK Rumpun Makmur, bersebelahan dengan bilik gerakan Barisan Nasional Rumpun Makmur. Ketika dia berucap dan memberi ceramah, di sebelah UMNO-BN, yang berceramah pula adalah Ezam Mohd Noor. Paling menarik apabila dia disuruh DIAM oleh Ezam Mohd. Noor, Khalid akur bagaikan yang bercakap kepadanya itu adalah Ronnie Liu kalau tidak pun Teresa Kok. Ezam membidasnya dan Khalid hanya diam seribu bahasa.
Betul-betul diperbodohkan!!!
Malam tadi, ketika Pelancaran Buku Jingga yang hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja berbanding jangkaan antara 10,000 hingga 15,000 orang, Khalid Ibrahim tergagap dan tersasul lagi. Khalid Ibrahim berkata, "Adakah salah saya membayar tetamu saya dari Sabah dan Sarawak yang mahu melihat sendiri bagaimana kita mentadbir Selangor?"
Daripada pembiayaan RM80,500 untuk perwakilan PKR dari Sabah dan Sarawak ketika berlangsungnya Kongres Tahunan Tahun 2010 di Petaling Jaya, Khalid Samad mengubah cakap yang MBI membiayai NGO bukannya perwakilan PKR.
Betul-betul putar belit punya cakap!!!!
Tentu ramai yang masih ingat, pada 21 Februari 2011, Faekah Hussin, SETPOL tergedik-gedik dan terlebih sudu dari kuah Khalid Ibrahim menyatakan pembiayaan tersebut adalah perkara biasa. Nampaknya sudah ada pertentangan antara Faekah Hussin dan bossnya yang seringkali gagap dan seringkali tersalah cakap. Mungkin baru menyedari bahawa pembiayaan menggunakan wang negeri untuk parti politik mereka, merupakan satu kesalahan, maka Khalid Ibrahim terpaksa bercakap, konon-kononnya untuk menjelaskan keadaan. Paling menarik ialah apabila tarikh perwakilan dari Sabah dan Sarawak itu adalah sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung. Malahan lokasinya juga terletak berhampiran dengan tempat kongres tersebut diadakan.
Sudahlah majlis pelancaran Buku Jingga turut menelan duit kerajaan negeri, nampak gayanya Khalid Ibrahim terpaksa banyak menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan oleh SPRM selepas Gabungan Anti Penyelewengan Selangor membuat aduan dan menyerahkan bahan bukti kepada Suruhanjaya itu. Terlebih-lebih malang lagi ialah, Khalid Ibrahim cuba buat lawak dengan menyatakan SPRM cuba cari kalau-kalau ada orang Penan di Selangor....
Buat ajerlah lawak Khalid oiii... Kalaulah Faekah yang diberi tanggungjawab untuk mewakili Khalid Ibrahim dalam pelancaran tersebut, tentu pertentangan fakta ini tidak akan berlaku. Tentulah juga, pembohongan kerajaan DAP-PKR tidak akan terdedah dengan mudah!!!
Bala akibat liwat Anwar Ibrahim ke nih?


1 comments:
Pastikan anak negeri sendiri mendapat pembiayaan secukupnya sebelum membiayai anak-anak dari negeri lain.
Bayangkan kalau duit rakyat perak digunakan untuk membiayai lawatan anak-anak Penang bagi melihat lombong nijih timah di situ, apa nanti komen 'khalifah omaq Penang'?
Justeru, sebelum juak PR spin isu ini agar semua perbelanjaan menjadi halal, fikirkan impaknya kalau orang lain membuat perkara yang serupa.
Apapun kalau ditelusuri sejarah, sejak kes bukit lenjun dispin begitu rupa dan berjaya dibersihkan ada keyakinan bahawa kaedah seumpama ini mampu melepaskan parti apabila disepit pelbagai isu.
AntiHipokrit
Post a Comment