Empat kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN, itu yang diperuntukkan kepada GERAKAN di Pulau Pinang. Dan sehubungan dengan itu, Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang yang hampir dihambat turun dari kerusinya, telah mengisytiharkan bahawa parti tersebut telah menyenaraikan calon-calon yang berwibawa dan berkelayakan untuk dipertaruhkan dalam PRU13 nanti.Lebih menarik ialah apabila Teng Hock Nan berkata, parti tersebut telah bersedia dan tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan calon-calon terbabit sekiranya tidak menunjukkan prestasi sebenar.
GERAKAN kehilangan Pulau Pinang dan mengalami kekalahan besar di tangan DAP ketika Tsunami 2008. Sekalipun Presiden GERAKAN Koh Tsu Koon dibawa ke Pusat dan menjadi Menteri KPI, GERAKAN di Pulau Pinang sentiasa mati akal, tidak berinovatif dan tidak kreatif untuk memalingkan sokongan para pengundi dari DAP kepada GERAKAN dan Barisan Nasional.
Malah sudah wujud teori yang menghubungkan GERAKAN dengan DAP di mana kebanyakan daripada 'pakar teori' mengatakan GERAKAN sebenarnya tidak berminat untuk merampas semula Pulau Pinang daripada DAP. Sebaliknya sekadar menjadi penonton kepada pertembungan antara UMNO dengan DAP.
Lebih malang lagi apabila Teh Hock Nan sendiri dalam kekeliruan untuk mengangkat isu, memberikan buah tanggung kepada DAP untuk menghilangkan kredibiliti GERAKAN dan dirinya sendiri. Teh Hock Nan pernah menyentuh perkara yang sangat sensitif kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia iaitu Ong Boon Hwa atau lebih dikenali sebagai Chin Peng, bapa segala bapak Komunis di Tanah Melayu, Malaya dan sekarang ini Semenanjung Malaysia.
Apa gerak kerja yang telah diatur oleh GERAKAN untuk merealisasikan apa yang mereka ikrarkan? Atau adakah pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang sebenarnya untuk memastikan UMNO atau MCA atau MIC mahupun PPP tidak akan dapat lebih kerusi daripada apa yang telah diperuntukkan dalam sistem perkongsian yang telah dipersetujui memandangkan GERAKAN tidak berfungsi langsung?
Ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan. Ada banyak perkara yang perlu direnung. Namun persoalan yang paling utama, adakah benar GERAKAN sudah benar-benar bersedia untuk bertarung dalam PRU13 atau mereka sekadar ingin memastikan Pulau Pinang akan terus dipegang oleh DAP?


1 comments:
bersedia untuk menjahanamkan umno...
tengok saja lah nanti....
permainan puak2 ini,..kali ini mereka akan terang2 menyerang umno dari dalam...
memang benar gerakan lebih senang jika dap menguasai p.pinang.
mereka tak rugi apa2 pun.
sama2 makan guna penyepit...dan berak sapu dengan kertas.
yang bodohnya orang pas...yang tak sedar diri orang umno dan yang bengong orang melayu p.pinang..
marahkan nyamok punggung sendiri bagi cina tutoh.
Post a Comment