Perlu diakui, PAS sememangnya seringkali mengambil langkah yang membunuh mereka sendiri. Sekalipun pelbagai retorik dan slogan yang dihamburkan kepada PAS malah Nik Abdul Aziz sendiri, nyata apa yang dinyatakan tidak berakar tunjang. Berkata Nik Abdul Aziz, kononnya PAS memilih calon yang tawadduk, tak ada masalah, tidak merokok dan tidak tinggal solat berjemaah... namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.Calon PAS di Kerdau, Hasanuddin Salim tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sikapnya yang gemar mengasingkan diri daripada jemaah dan hanya berkumpul sesama sendiri semata-mata jelas menunjukkan bahawa Hasanuddin bukanlah seorang pemimpin yang diperlukan.
Di dalam ajaran Islam sendiri, 'rukun' sahsiah bagi membolehkan seseorang pemimpin dilantik adalah pemimpin yang disenangi dan diterima majoriti. Kalau pemimpin macam Hasanuddin yang hanya berani beraksi bersama-sama kumpulan 'syok sendirinya' sahaja, jadah apa dia perlu dipilih untuk mewakili Kerdau?
Cerita bab Islam macam air liur tersembur waktu dapat anak dara... tetapi dari segi perlaksanaan, hampehh....
Tu belum lagi kira macam mana dia memperolehi tanah dengan cara putar belit dengan menggunakan nama isterinya...
Agak malang bagi PAS kerana PAS tidak begitu berhati-hati sebagaimana yang mereka sendiri lafazkan. Sekadar menggunakan alasan agama untuk membenarkan perlakuan, tidak cukup untuk menghalalkan slogan dan retorik dalih agama.
Apatah lagi, PAS di Kerdau seolah-olah tidak bertanding, sebaliknya yang bertanding adalah Anwar Ibrahim dan PKR. PAS cuba membawa beberapa bintang ceramah mereka, tetapi PKR lebih mendominasi dengan kepentingan untuk menyelewengkan fakta perbicaraan liwat Anwar Ibrahim...
Kesian PAS... PAS hanya dijadikan sebagai selipar dan seluar dalam PKR semata-mata. Dan sekalipun calon PAS yang bertanding, PKR menerusi AMK sekadar seronok untuk menutup punggung tua Anwar, bukannya membela dan mempengaruhi pengundi untuk memilih PAS.


2 comments:
hhmm.. hanya bersolek dengan sdikit jggut, serban dan jubah , yang nampak indah tapi didalam penuh dgn kotoran. Apa agaknya nik ajis kata kalau Guan Eng berserban.
kalau guan eng berserban??
SYUKUR!!! tarbiah PAS berhasil, x sesia doakan dalam kutbah jomaat!!
Post a Comment