Wednesday, March 9, 2011

IDRIS AHMAD BERSILAT LAGI...


Apa maksud Idris Ahmad jika kempen lama, Barisan Nasional akan kalah teruk? Apa motif Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS yang mengatakan kempen yang singkat membantu Barisan Nasional mengelakkan kekalahan yang lebih besar? (HARAKAH DAILY)

Sepanjang masa, setiap saat dan setiap detik, kempen politik tidak pernah berkesudahan. Matlamat Zionis untuk memastikan umat Islam dilekakan dengan berpolitik dan berebut kuasa selain menghalalkan pelbagai cara untuk mencapai matlamat terus berleluasa di negara ini. Kenyataan Idris Ahmad seolah-olah membayangkan dia juga adalah PENGANUT ZIONIS TEGAR yang tidak mahu terlepas peluang untuk berkempen politik.

Bila masanya tiada langsung kempen politik di negara ini? Cuba terangkan...

Setiap media massa, tak kiralah sama ada media massa tersebut berpihak, berkecuali yang sebenarnya tidaklah berkecuali mana pun melainkan bergantung kepada jumlah 'penajaan' pihak-pihak tertentu atau media bebas, saban masa memainkan dan memutarkan cerita politik dalam segala bentuk, baik penceritaan langsung atau tidak langsung.

Apa lagi yang tidak cukup dengan kempen? Apa, Idris Ahmad takut jawatannya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak menepati piawaian KPI kalau tak keluar kenyataan-kenyataan seperti ini?

Sepatutnya para pemimpin Melayu mula berfikir tentang apa yang Allah Taala firmankan... penekanan terhadap ekonomi merupakan bahagian terbanyak di dalam al Quran selain akidah. Malah al Quran juga turut menekankan tentang kepentingan media sekalipun dalam bentuk cerita Nabi Sulaiman a.s yang menghantar utusannya si burung hud-hud menemui Balqis. Penekanan yang sepatutnya ditekan, diabaikan tetapi yang disibukkan ialah siapa nak jadi pemerintah, siapa yang nak jadi wakil rakyat.

Perhatikan sahaja apa yang para pemimpin Melayu buat... sama ada yang berkopiah putih, berserban berjubah apatah lagi yang bersongkok tinggi... memang ada yang bercerita tentang ekonomi dan cuba menekankan kepentingannya dalam masyarakat Melayu, tetapi ia tetap juga berlandaskan kepada kepentingan politik bukan sebaliknya.

Masyarakat Melayu sangat mudah. Asal ada duit dalam kocek sedikit untuk makanan esok, asal ada kenderaan untuk bergerak sekalipun tarafnya adalah keranda maut, asal ada rumah dan pakai, asal ada pakaian dan sedikit keperluan serta kemudahan, orang Melayu tidak akan bising. Dan kerana itulah, apabila masyarakat imigran mengambilalih aktiviti perekonomian di negara ini semenjak dari zaman penjajah lagi, orang Melayu buat tak kisah sahaja.

Sebabnya sangat mudah, orang Melayu sangat pentingkan politik. Dan Idris Ahmad adalah spesies Melayu yang berfikiran sama, tidak pernah berubah semenjak dari awal kewujudan Langkasuka dan Kembayat Negara lebih 2000 tahun lampau sampailah wujud Putrajaya dan Cyberjaya.

Dari zaman animisme, kemudian menganuti akidah hanif, kemudian dikatakan menjadi Hindu dan sebahagian pula menganut fahaman Buddhisme, sehinggalah akhirnya menganuti Islam, Melayu tidak pernah lari daripada berpolitik dengan menggunakan agama sebagai landasannya. Dek kerana itulah, apabila tokoh politik mereka yang kalau zaman feudalnya adalah raja, tatkala raja tersebut memeluk Islam, berbondong-bondonglah rakyatnya memeluk Islam, sekalipun amalan Islam masing-masing berterabur dengan fahaman bahawa politik adalah segala-galanya, orang Melayu tidak pernah bising dan mengeluh. Paling malang apabila orang Melayu sekadar menerima keadaan itu tanpa banyak bertanya, tanpa banyak songel. Mereka menjalankan polisi POLITIK ADALAH SEGALA-GALANYA dengan tekun dan penuh istiqomah.

Justeru apabila Idris Ahmad menyatakan Barisan Nasional takut kalah kerana tempoh berkempen yang singkat, seolah-olah ada vakum masa yang menghadirkan tempoh tiada langsung kempen politik dalam sebarang bentuk termasuklah ceramah agama dan tazkirah, Ketua Penerangan PAS Pusat itulah sebenarnya yang kecut perut sebab kempen panjang tidak dibenarkan.

Dan kalau tiada langsung tempoh berkempen kerana SPR bersandarkan, sepanjang masa parti-parti politik di Malaysia berkempen dengan pelbagai cara, harus ada yang akan berubah menjadi beruk dan babi kerana terlanggar pantang mereka sendiri!

4 comments:

Anonymous said...

Apa yang Pas tak boleh putuskan? Halal/haram? Dosa/pahala? Kalah/menang? Pecah perut/pecah kepala? Kalau boleh ajal maut parti isle sekali pun mereka kata mereka boleh putuskan. Habis nak kata apa?

keh keh

Ular Menyusur Akar on March 9, 2011 6:58 PM said...

alah, asal pemimpin pas memang bigai.

vulcan933 on March 9, 2011 7:20 PM said...

sudah lah pas.kalau kalah, terima dgn hati terbuka.kesimpulannya org tdk mahu masuk surga(baca surga pas)

Anonymous said...

diandaikan kempen lama dan kalah jugak, ini alasan yang dibagi: 'tu lah kempen lama sangat, kalau sekejap dah tentu pas menang.' sebenarnya pas masih dalam denial, tak mahu dan tak mampu menerima kenyataan yang ia makin ditolak melayu kerana bersedudukan dengan dap dan pkr.

keegoan pas dari dulu hingga sekarang tak pernah luntur. inilah satu2nya parti berteraskan agama (kononnya) yang tiada an iota of humility. pantang pas mengaku dia salah walaupun terbukti kesalahannya. instead, pas akan guna ayat quran dan hadith untuk justify perlakuannya.

itulah pas - dulu, kini, selamanya - holier than thou. lebih islam, lebih alim dari orang lain.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template