Kalau PAS masih tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku berdasarkan keputusan di dua DUN berkenaan, PAS sebenarnya memang DICIPTAKAN ALLAH TAALA dalam keadaan mata buta, telinga yang tuli dan hati yang terhijab.
Tiada yang lebih penting melainkan kerjasama antara PAS dengan Pakatan DAP-PKR yang menjadi punca mengapa PAS mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara meskipun kesedaran beragama Islam di kalangan orang Melayu semakin ketara peningkatannya. Corak berkempen dan berdakyah sebagaimana yang dilakukan oleh PAS sekarang ini, ternyata sangat ketinggalan zaman.
Melabelkan kumpulan yang tidak menyukai PAS dengan label-label yang menghina, ternyata memakan diri PAS sendiri. Biarpun pelbagai alasan yang diberikan oleh para pemimpin dan juak-juak PAS tentang perbuatan tersebut, ternyata, ianya lebih mendatangkan keburukan kepada PAS sebagai sebuah parti siasah.
PAS mengaku mereka sebagai parti dakwah. Namun dakwah apanya kalau asyik ditolak dan diterajang serta diperbodoh-bodohkan oleh sekutu. Dan kalau itulah yang dimaksudkan oleh PAS sebagai dakwah, maka PAS telah meletakkan dakwah sebagai satu kejijikan dan satu penghinaan terutama apabila umat Islam di Malaysia adalah majoriti.
Tidakkah itu juga memberi erti kepada PAS bahawa kaedah dakwah yang digunakan sepanjang PAS ditubuhkan dari tahun 1951 sehingga kini sebenarnya tidak efektif langsung. Kaedah dakwah yang konon-kononnya, bil-hikmah, sebenarnya hanyalah satu waham yang perlu diperhatikan dan diperhalusi.
Dari tahun 1951 sehingga sekarang, mengapa PAS terlalu banyak perasan dan syok sendiri? Tidakkah PAS mempelajari kesilapan mereka dan meletakkan diri sebagai sebuah parti siasah dan pada masa yang sama sebagai sebuah parti dakwah.
Selit: Merlimau - BN - 6121 undi - PAS 2356 undi - majoriti 3811 undi termasuk undi pos.
PAS sudah beberapa kali diberikan peluang oleh Allah Taala untuk menang dan menawan hati umat Islam. Namun para pemimpin PAS terus melakukan kesilapan demi kesilapan... dan kesilapan terbesar adalah BERBAIK-BAIK DAN BERSEKUTU DENGAN DAP-PKR.
Dan PAS kalau masih mahu melihat parti 'keramat' itu terus duduk dalam liang lahad tanpa dikafankan, teruskanlah berkawan dengan DAP dan PKR seperti sekarang....


7 comments:
PAS mesti bertaubat.
DAP mesti bertaubat.
PKR mesti bertaubat!
Rakyat dah benci mereka semua !
Salam Bro,Sekarang PAS hanya tinggal seluar dalam aje utk BN telanjangkannya.Tak faham lagi ke puak melayu PAS ,apa lagi tunggu larilah jangan malu2 ya.
Kesedaran patutnya mesti ada didlm kepala otak orang2 PAS.Gelilah......
kesilapan terbesar PAS ialah setuju bersekutu dgn DAP-PKR. orang bukan pekak dan tak dgr/baca. perjuangan DAP/PKR dan PAS tak sama. Org blh nampak DAP terlalu dominan, agresif dan berani persoalkan kedaulatan melayu. ibarat minyak dan air, dlm gelas pun tak bercampur.
anwar dlm genggaman DAP (rahsia anwar dlm tgn karpal singh)
PAS dianak tiri dan takboleh bersuara
kalu menang DAP akan menguasai segalanya..
bukan kato org melayu, org cino pun dah tolok syurgo nik aziz...
Bahana pas bawak seorang artis yg menghina keturunan syed...inilah akibatnya kalau merasa diri tu lebih baik dari segalanya
cukup2 lah jadi keldai dap/pkr.. :-(
Sebenarnye kesian nak tangankan cukup-cukup PAS ni...sedara seagama kita jugak.
Tapi kalau tak disental pale otak diorang ni x sedar sampai hari kaimat.
sedih kalau sedara sendiri tergelincir akidah..
Post a Comment