RUJUK POSTING INI
Rupa-rupanya cerita ini menjadi isu yang sangat panjang dan konfrontasi dari pagi sampai malam menerusi TWITTER. Agak malang kerana Cucu Tok Wan bukanlah seorang yang savvy bab TWITTER bahkan CTW tidak mempunyai akaun TWITTER pun.
Masalah melibatkan blogger dengan Unit Media Baru (UMB), bukan masalah baru. Bukan juga masalah tersamping. Ia tidak melibatkan masalah duit kerana ada blogger yang ke tempat operasi yang sebenarnya bukan blogger pun sebaliknya bergaji tetap. Serangan terhadap UMB telah lama kedengaran, tetapi mungkin sebab tidak dipetik oleh SINAR HARIAN atau akhbar-akhbar dan tabloid-tabloid yang lain, maka ia tidaklah menjadi kudis kepada sesiapa pun yang berkenaan.
Memandangkan isu ini telah dibangkitkan oleh The Flying Kick menerusi blog, maka jawapannya juga harus dalam bentuk tulisan berposting walaupun pada mulanya CTW bercadang untuk menghubungi Tun Faisal sendiri menerusi telefon. Apatah lagi, pada transkrip berkenaan terdapat saranan agar posting dibalas posting.
Daripada transkrip yang diberikan kepada CTW, maka dapatlah disimpulkan terdapat terlalu banyak kepincangan yang 'meluluskan' lagi apa yang diketahui tentang UMB. Untuk tahu dari mana alkisahnya, anda boleh sahaja jengah ke mana-mana blog pro-UMNO yang banyak memperkatakan tentang UMB dari zaman sebelum The Flying Kick wujud lagi.
Cakap-cakap berkaitan dengan apa yang berlaku di Merlimau khususnya, bukan perkara luar biasa. Dan sebelum berlakunya kempen Merlimau-Kerdau secara rasmi pun, ini juga cerita yang terdengar sehingga akhirnya CTW memutuskan untuk ke Kerdau setelah empat hari kebosanan di Merlimau dengan menumpang sahabat Blogger, Parpukari yang ada kenderaan dan akses tempat tinggal yang kebetulan memang hendak ke sana. Dan tindakan tersebut menimbulkan satu masalah yang lain...
Apabila berada di Kerdau dan bersama-sama kumpulan blogger Pro-UMNO di Command Center Kerdau, lebih banyak cerita yang didengar tentang masalah Tun Faisal dan UMB daripada sekalian ramai orang, termasuklah beberapa orang pembesar yang bertugas di sana, juga daripada mereka yang berulang-alik antara Kerdau-Merlimau.
Dan seperti yang dikatakan tadi, ini bukan soal duit, atau peruntukan yang TURUN DENGAN LEBATNYA, tetapi kerana politiking dan protokol yang berlebih-lebihan dan yang tidak sepatutnya wujud sehingga menimbulkan kesukaran secara langsung kepada beberapa pihak yang 'diarahkan' untuk menjalankan tugas sebagai blogger.
Mungkin kerana itulah, apabila CTW kembali ke Merlimau dan dihadapkan dengan cerita yang selari dengan apa yang didengar di Kerdau dan beberapa hari sebelum itu di tengah-tengah Bandaraya Melaka Bersejarah, maka lahirlah posting berkenaan yang menyentuh secara langsung kepincangan kepimpinan UMB yang merupakan salah satu entiti dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Ianya menjadi lebih konflik apabila CTW bukannya berada di bawah UMB dan tidak juga di bawah PMM. Konfliknya kerana CTW ke sana dengan tugasan 'untuk melihat'. Dan hasil daripada penglihatan itu, adalah apa yang 'tertulis'.
Barangkali ada konflik fakta yang sampai ke telinga CTW dan menyebabkan cerita tentang 'bilik berkunci' yang lebih dinaikkan oleh Tun Faisal di dalam TWITTERnya diutamakan berbanding beberapa perkara yang memerlukan penjelasan secara langsung.
Agak malang kerana 'pemimpin UMNO' yang menguasai UMB sangat tidak matang untuk menjawab tuduhan liar berbanding SETPOL Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor yang lebih jantan untuk memberikan penjelasan tatkala isu pembalakan dan banjir besar yang melanda Kedah tidak lama dahulu, sekaligus 'membersihkan' nama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak daripada tohmahan.
Biarpun tiada sebarang dokumen bertulis, namun penjelasan yang diberikan oleh Muhammad Sanusi Mohd Nor memuaskan walaupun sebelum itu, MB Kedah teruk dihentam ekoran polisi pembalakan di Kedah.
Ramai yang sedang memerhatikan 'kematangan' Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO menangani krisis sekalipun bagi mereka yang tidak bertwitter seperti CTW. Tun Faisal sebagai pemimpin seharusnya menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar tuduhan berkenaan untuk membersihkan dirinya dan membela UMB, bukannya menunjukkan sikap tidak matang dengan bersikap seperti kanak-kanak laparkan ais krim menerusi laman TWITTER.
CTW tidak ada masalah untuk meminta maaf sekiranya apa yang dilontarkan dalam posting kontroversi tersebut bersalahan daripada apa yang berlaku. Namun pada masa yang sama, Tun Faisal juga perlu menjelaskan secara terperinci tentang banyak perkara kerana itulah imbalannya menjadi seorang pemimpin.
PROTON Not Selling LOTUS
-
Confirms Dany Bahar’s suspension - SUBANG JAYA, 28 May: Following a number
of media queries, PROTON Holdings Berhad (PROTON) today confirmed that,
followin...
13 minutes ago


17 comments:
UMB jangan pilih bulu.
Kami menyertai blogger Kerajaan kerana keikhlasan.
Wang ringgit.... bukan ukuran bagi kepuasan !
Anda diperhatikan !
Saya mengikuti tindakbalas yang diberikan Tun Faisal terhadap tuduhan tuan terhadap UMB. Kita, sebagai orang luar tertanya-tanya mengapa Tun Faisal melenting seolah-olah ada sesuatu serious yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.
Saya telah meneliti artikel tuan yang terdahulu dan saya juga terperanjat apabila seorang Dato menyerang UMB dan cadangkan dibubarkan.
Lebih terperanjat apabila Tun Faisal di dalam Twitternya secara terang cuba lari dari persoalan ini.
Cerita kepincangan UMB telah timbul pada setiap PRK dan seolah-olah menjadi satu virus kepada Pemuda UMNO. Rata-rata respon yg didapati, UMB gagal lakukan tugas sebenar dalam perang cyber dengan berkesan.
Amat sedih, apabila pada hakikatnya UMB telah gagal sebagai unit dlm Pemuda UMNO.
Seandainya apa yang telah berlaku di Merlimau adalah benar dan mungkin telah berlaku di PRK2 lain, maka wajar UMB dibubarkan terus atau diganti pemimpinnya terus.
bubarkan saja UMB...
tubuhkan UBP (unit blogger penyayang)
blogger yg suka masukkan
gamba pemimpin tengah dukung
budak2 kecil dalam blog
dan namakan pemimpin tersebut
pemimpin penyayang.
baru masyukkkkkk sket!
Salam shbat semua,
Saya percaya semua yang berjuang di Kerdau dan Merlimau di atas dasar perjuangan.
Bukan hanya kamu, tetapi ramai yang pergi kesana atas dasar ikhlas dan mahu melihat umno terus kekal.
Tuduhan demi tuduhan,perkara ini saya percaya adalah kerana keperluan asas tidak di sediakan untuk blogger. Ada diantara blogger yang merempat mencari duit minyak dan duit tol serta mungkin penginapan juga sukar diperolehi.
Bila masanya UMNO menyediakan segala ini untuk bloggers? Kemudsahan ini semua diusahakan oleh UMB, dan kemungkinan ada yang tertinggal, dan perkara ini perlu di kemaskan.
Dan untuk pengetahuan saudara, UMB tidak mendapat peruntukan khas dari mana-mana pemimpin, cuma ada peruntukan semasa prk, itu pun hasil dari ehsan dari mereka yang memahami peranan Bloggers !
Dan disini bukan ruang untuk kita berbicara ...
masih ramai taikun kecik dalam umno yg lebihkan imej dan poket sendiri berbanding survival parti & bangsa. Jom org muda yg sayangkan Islam dan Melayu, pakat masuk umno reramai, pemilihan taun depan pilih orang yg betul2 ikhlas & bijak berjuang. sama2 kita bersihkan daki kat batang tubuh UMNO nih.
salam CTW...
peruntukan untuk PRK K&M kpd UMB boleh dikatakan sama banyak (setahu saya x sampai pun 10K)
masalahnya bloggers yg dtg ke kerdau 3 kali ganda lebih ramai dari yg dtg ke merlimau. sebab itu kebanyakan yg tak puas hati ttg pulangan hasil kerja & penat lelah di kalangan bloggers yg berada di kerdau.
persoalan 'kunci' tu satu mukaddimah unt tunjukkan bukti paling mudah berita yg sampai ke telinga CTW tu berbentuk fitnah & tuduhan xberasas.
yg lain2 sy percaya TF boleh selesaikan internally secara dewasa dgan dato akbar & sesiapa yg berkaitan.
Salam Perjuangan,
Maaf saya masuk campur, saya melihat diblog bukan tempat yang sesuai untuk bersengketa sebegini, musuh kita akan memandang rendah keupayaan kita, ada baiknya buat satu perjumpaan dan selesaikan. Wallahualam
layarilah www.freemalaysiakini.com , percuma....
salam sdr leman decaprio.
tiga kali atau tujuh ratus kali ganda pun yang datang ke kerdau, tidak jadi masalah sebab yang datang semuanya ada 'tuan' masing-masing dan tidak bernaung langsung di bawah UMB.
Ini bukan soal duit. Jangan naikkan duit sebagai isu. Ini bukan cerita Anwar Ibrahim laungkan reformasi untuk tutup cerita penetrasi!
Sdr. Sungai Rapat Online
Selagi boleh saya tak mahu ambik kisah dengan orang lain yang kerja mereka mencari kuasa dan gilakan wang... saya tahu kerja saya dan saya tidak bercita-cita menjadi orang politik. Tapi saya sangat tidak suka orang yang suka gunakan orang lain macam tahun 1998 dulu berulang lagi. Terlalu banyak pembohongan di celah kangkang sendiri!
kite bako... kite bako..
GT back up... hehehehehe...
soley.. soleyyyyyy...
soleyyy... leyyyyy...
Anon dan leman di caprio, ce cite bloggers mana di naungan UMB yang dapat peruntukan tersebut? Sebut la nama, kita nak tau jugak siapa yang dapat. Kalau tak sebut nanti kami sebagai pengundi atas pagar ni akan anggap yang kamu semua memang sudah makan peruntukan bloggers semua.
Insan Kerdil atas pagar
apa2 pun,aku tetap sokong blogger2 yg ikhlas berjuang..
teruskan usaha flyingkick!
Salam perjuangan,
Saya dah 'round' baca komen dan posting mengenai ini so saya respek pendapat Flying Kick. Inilah masalahnya orang politik bila dah rasa selesa mereka lupa 'senjata' yang telah digunakan untuk menselesakan mereka. Saya respek blogger yang sanggup turun kemana sahaja prk diadakan.Penyelesaiannya adalah semua blogger wajib jumpa PM sendiri.Kadang-kadang pemimpin umno sebeginilah yang boleh memusnahkan umno.
malas cakap bro...
puak2 ni jenis jerung...
kita tak kisah hal duit ringgit ni..tp kalau kacau sikit melompat depa ni..Ada yang BANGAP pasal media baru ni harap tak aktif blog pun tp dok balun duit macam gaji tetap...
Apa pun kita tak kisah asal jangan kacau kawan2 kita buat kerja untuk UMNO/BN....
Pukimak la depa ni...macam Lelaki Y, dan menteri Y jugak punya perangai...
MUHAHAHAHHA DAN HE HE HE
AKU BERTARUH TUN FAISAL YG AKAN MENANG 3 GOL BEBRBALAS KOSONG. SIAPA YG MENJADI RAKAN SEANGKATAN PAPUKARIS JAMBAN BAKALU MENGHADAPI KEKECEWAAN
cek punya org tgh.. tidak bernaung under sapa2.. baikpun begitu mmg betul UMB nmpak mcm geng elit sama mcm geng KMUNET.. para blogger xnak wang ringgit cuba penghargaan & sedikit ihsan tmpt tinggal etc2..
Jgn dilupa kuatnya BN kembali adalah kerana pendedahan demi pendedahan blogger.. baik dr mana sumber mereka..
Istigamah dalam perjuangan & jumpa la utk selesaikan kemelut..
Mungkin kita boleh tengok juga PRK-PRK sebelum ini seperti di Permatang Pasir. Bagan Pinang, Hulu Selangor, Gasal dan Tenang sebelum pergi ke Kerdau dan Merlimau...
Mungkin masoh ada cerita yang tersembunyi seperti blogger-blogger tidur dirumah sewaan beralaskan tikar jerami dari bangladesh, tetapi taiko UMB tido di hotel 4 bintang.
Benarkah peruntukan hanya setakat 10k bagi setiap PRK? Atau itu setakat yang di umum dan bagaimana yang tidak di umumkan? Takkanlah di Manek Urai 10k dan di Tenang juga 10k, padahal harga minyak telah naik, harga gula dan tepung juga telah meningkat, takkanlah peruntukan kepada UMB masih statik gitu? errr...tapi seperti yg CTW katalah, ianya bukan kerana duit, tetapi kerana perut juga perlu di isi....
Post a Comment