Thursday, March 10, 2011

KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN SYIAH, JAMIL KHIR?

Ancaman Syiah di negara ini tidaklah setara mana. Syiah di negara ini tidak muncul sebagai satu gerakan politik yang cuba merampas kuasa sekalipun Syiah sebenarnya terhasil daripada gerakan politik pada zaman Syaidina Ali r.a lagi. Bagaimanapun, Syiah yang ada sekarang ini, tidak lagi bersifat syiah yang menyokong Syaidina Ali r.a dan keluarganya semata-mata, sebaliknya sudah melarat-larat ke teras utama Islam iaitu akidah.

Secara umumnya Syiah berpegang kepada Imamah atau kepemimpinan dan Walayat atau keutamaan. Dan apabila memperkatakan tentang Syiah, pastinya Imamah dan Walayat akan berlegar-legar di sekeliling kumpulan yang menyokong Syiah sahaja walaupun pada dasarnya mereka meletakkan keutamaan itu kepada Syaidina Ali r.a, ahli keluarga dan keturunannya.

Kenyataan Jamil Khir Baharom bahawa ahli-ahli Syiah di negara ini bebas beramal dengan fahaman mereka di dalam kumpulan mereka sendiri, sebenarnya sangat bersifat umum dan tidak seharusnya mencetuskan perasaan tidak puas hati. Namun apabila ada desakan dari dalam kumpulan itu sendiri agar mereka dibenarkan 'BEBAS' untuk mendakwahkan rakyat Malaysia tentang Syiah, ia sebenarnya sesuatu yang memerlukan BIJI MATA DIBESARKAN.

Syiah bukan satu. Terdapat pelbagai Syiah 'yang tersedia' mengikut pilihan. Salah satu contoh terbaik ialah Imamiyyah adalah kelompok terbesar. Daripada Imamiyyah pula, terpecah kepada Ismailiyyah dan dari Ismailiyyah pula terpecah kepada Agakhaniyyah. Terlalu banyak mazhab di dalam mazhab Syiah sehingga Duruzi yang disesatkan oleh Syiah sendiri turut mengaku sebagai Syiah.

Dan dirian utama Syiah hanyalah berkisar tentang SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN.

Dan untuk mengukuhkan pandangan mereka, maka hujah-hujah agama diperkenalkan sehingga akhirnya wujudlah satu fahaman akidah yang sama sekali bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam Islam itu sendiri biarpun golongan Syiah mempunyai pandangan yang tersendiri dalam hal ini dan kalau mereka tidak mampu berdebat lagi, pertanyaan sebegini akan keluar dari mulut mereka.

"Salahkah kami mencintai keluarga Nabi s.a.w?"

Malaysia yang mazhab rasminya adalah Syafiiyyah yang merupakan salah satu mazhab di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermanhaj Assyaariyyah wal Maturidiyyah mengamalkan pendekatan yang sangat sederhana di dalam beragama, meskipun mazhab Syafiiyyah merupakan mazhab yang paling kuat disiplinnya dan paling banyak pantang-larangnya.

Tidak perlulah membicarakan secara lanjut tentang pendapat Imam As-Syafie r.a tentang Syiah, memadai untuk kita mengetahui bahawa terdapat pertentangan yang sangat besar antara mazhab Syafie dengan Syiah walau apa pun cabang mazhabnya yang lain membabitkan akidah kepada Allah Taala dan rasul-Nya.

Jamil Khir Baharom sewajarnya memberikan keutamaan untuk membuat penjelasan tentang perbezaan besar antara mazhab dalam semua bentuk media dan medium. Persoalan mengapa pihak berkuasa Islam di Malaysia menentang Syiah tidak pernah sampai ke akar umbi.

Apakah Jamil Khir dan pihak berkuasa Islam di Malaysia bimbang sekiranya pengaruh Syiah semakin kuat sehingga menimbulkan gelombang penentangan terhadap kerajaan kerana Syiah memang wujud kerana itu?

Atau sebenarnya, perkara tentang Syiah tidak dipandang berat kerana hubungan diplomatik Malaysia dengan Iran yang merupakan lubuk besar dan kiblat agung puak-puak Syiah?

Apa perlu Jamil Khir Baharom takut kepada puak-puak Syiah hanya kerana kebebasan bersuara sedangkan Islam pun mengajar umatnya, kebebasan dalam segala bentuk tindakan mempunyai had dan sempadan yang tidak boleh dilanggar?

Masakan Jamil Khir Baharom akan berkata lagi, 'Who Are You?' kalau persoalan ini dilontarkan....

5 comments:

Anonymous said...

Dari Singapura,
Tuan izin kan saya berikan komen tentang perkara membabitkan syiah ini.Pernah saya di dakwah oleh teman baik saya tentang fahaman ini sewaktu Komini menjadi pemimpin ulong iran.mula nya semua baik.bilamana kita dah mula tertarek maka racun2 mula di tuangkan utk kita minum.memutar belitkan ayat2 suci memang permainan mereka dan sekira nya anak2 muda kita yg tak reti ugama sudah tentu akan mudah terpengaruh.kita tau akan kebohongan Ahmadiah tapi utk melawan ajaran syiah dan kebohongan nya memerlukan satu badan yg benar2 dapat menyaingi mereka.ini memerlukan masa dan wang,jadi sebaik nya haramkan saja supaya tidak jadi seperti di tempat kami yg mana anak2 muda sudah mula di gangui oleh puak syiah ini.Berjaga jaga lebih baik dari merawat.Terima kaseh

Anonymous said...

1. Kekhuatiran terhadap syiah bukan kerana kekuatan mereka untuk merampas kuasa, akan tetapi, persoalan yang timbul adalah, teras pemahaman yang dipegang oleh golongan tersebut berbanding dengan pemahaman Mazhab Syafie.

2. Mempunyai 2 pemahaman juga akan menyebabkan banyak permasalahan yang akan berlaku di masa hadapan, terutama kepada golongan muda yang cetek ilmu tentang pengajian Islam. Gejala seperti ini harus dibendung diperingkat akar umbi.

3. Seperti yang kita lihat di malaysia sekarang, walaupun berada dalam satu mazhab, tetapi masih nampak perpecahan diantara orang-orang Islam.

4. Cukuplah kita berpaksikan kepada 2 kalimah syahadah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah.", yang bukan ditokok tambah dengan meletakkan Ali r.a untuk kalimah yang ketiga.
Dan Cukuplah juga kita berteraskan AlQuran serta hadis sahih.

Salam dari Middle East.

r0 said...

Bro,

tolong nasihat faisaltehrani tu. cakap pandai. bila pasal syiah, semua betul, bila syiah kene hentam sikit punya marah. tapi tak ngaku dia syiah.

zamsalam said...

Bro...
Jika kita lihat Syiah ini dari sudut Keutamaan Ancaman, banyak persoalan boleh diselesaikan:

Ancaman Utama
1. Atheis;
2. Sciencetology;
3. Zionis;
4. Kristian;
5. Budhha;
.
.
.
98. Ajaran Islam Sesat
99. Syiah

Sungguhpun, Syiah ini ancaman, namun bahayanya sangat kecil berbanding dengan puak2 Yahudi Sesat.

Ada kebenaran juga saudara Faisal Tehrani komen. Konsep 1Malaysia, kristian (90% kafir, 10% yg betul) boleh dibenarkan dianuti bahkan memurtadkan orang islam. Sebaliknya, Syiah? dibesar2kan isu. Orang kafir ketawakan saja tengok islam sama islam bergaduh.....

p/s: Kalau ia pun ada terpesong sana sini, beradatlah nak tegur Syiah ni. Kan kita adalah saudara sesama islam.

Anonymous said...

syiah tu islam ke??
kalau jumhur ulama sepakat kata syiah sesat.. akibat akidah mereka.. macam mana kita yg berteraskan mazhab ASWJ boleh kata mereka itu islam??

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template