Kalau anda dengar betul-betul, ada dua perkataan yang menjadi sinonim dengan lidah Anwar Ibrahim iaitu KONSPIRASI dan DIBAYAR UPAH. Setiap kali ada hujah yang tidak mampu dijawab oleh Anwar Ibrahim, inilah perkataan yang akan keluar dari mulut Anwar. Itu sahajalah yang mampu Anwar ucapkan setiap kali dia mati akal.Dan dua malam sudah pun, sama jugalah... Anwar sekadar mampu berkata, Ummi Hafilda diupah dari RM500 dan naik RM600. Apa-apa sahaja yang tidak mampu dijawabnya, pasti akan dikatakan diupah dan konspirasi.
Anehnya, apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dihadam oleh para pendengarnya dengan laungan REFORMASI dan KETUANAN RAKYAT....
Pernahkah mereka terfikir tentang konspirasi dan upah yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim? Tidakkah mereka pernah terfikir, apakah mereka yang bersama-sama Anwar Ibrahim sekarang ini menerima upah atau sebaliknya untuk terus kekal bersama-samanya? Berapa dan apakah ganjaran yang telah diberikan kepada Saifuddin Nasution untuk kekal sebagai Setiausaha Agung PKR? Berapa pula yang diupah oleh Anwar Ibrahim kepada Kamaruddin Jaafar untuk menjadi ulat dan anai-anainya di dalam PAS?
Seperti kata Rahimi Othman, 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang cuba dipujuknya sebelum 16 September 2008 semuanya dijanjikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, sekaligus akan menjadikan Malaysia sebagai pemilik Menteri terbanyak di dunia jikalau Gempar 16 September benar-benar berlaku.
Dan sekarang, sesiapa sahaja yang menentang Anwar Ibrahim akan dikatakan sebagai pengambil upah dan berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Belang Anwar tidak dapat lagi disembunyikan dengan ramainya penonton yang datang mendengar ceramahnya, sebab kebanyakan daripada mereka bukanlah orang tempatan yang mengeluarkan undi!!!
Malang sungguh PAS kerana masih lagi dipermain-mainkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR...


3 comments:
layak tukang korek jubur.PAS aman2 saja kerana masuk surga
dari segi psikologi manusia yang tak mampu menjawab tuduhan ke atasnya itulah sahaja dalih yang mampu dibuat untuk mengalih perhatian orang dan ini membuktikan apa yang dikatakan umi adalah benar.
mengapa tak ada yg menjawab saja :
1. berapa banyak upah yg didapatnya utk jadi tali-barut kumpulan yahudi amerika utk menghuru-harakan Malaysia?
2. tidakkah dia berkonspirasi dgn yahudi amerika utk meletakkan Malaysia dalam cengkaman yahudi sedunia?
penyokong tegar PKR dgn penyokong tegar PAS sama saja, diorang pun tak tau apa yg keluar dari mulut sendiri, kumpulan ni "mulut lebih laju dari otak berfikir". hanya di Selangor ada pemimpin yg otak lambat berfungsi sampai suara tersangkut2 bila bercakap ...
Post a Comment