Monday, March 7, 2011

KETUA PEMUDA JASIN SEPATUTNYA JADI KETUA PEMUDA UMNO MELAKA!!!

Zaidi Attan tidaklah setinggi mana. Tetapi pergerakannya pantas. Kerjanya juga kemas. Dan yang paling menariknya, dia juga bukanlah dari kaum bangsawan yang bergerak dengan kenderaan yang berharga ratusan ribu ringgit. Sepanjang mengenalinya di Merlimau, Zaidi Attan adalah seorang yang biasa-biasa dengan motosikal kapcai merahnya.

Namun kerjanya sangat tersusun. Pemuda UMNO Jasin dikoordinasikan dengan baik, terutama sekali membabitkan ketegangan yang hampir mencetuskan pergaduhan di beberapa lokasi panas di sekitar Merlimau.

Dengan sokongan jentera serangan siber yang dilihat masih muda tetapi sangat progresif, ternyata lelaki yang berusia 41 tahun ini, sebenarnya mempunyai rangka kerja yang sangat baik dan sangat kemas.

Syabas buat anda wahai KP Jasin, sekalipun makan ikan bakar di kedai anda di Umbai, harganya tetap tidak berdiskaun!

Cuma satu sahaja yang perlu dijadikan ingatan dan direnung baik-baik, Zaidi Attan pasti akan dicantas dan 'dibunuh' oleh pihak-pihak tertentu dalam Pemuda UMNO selepas ini kerana kerjanya yang cemerlang!!! Nama Zaidi Attan mungkin hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah kecemerlangan Pemuda UMNO Jasin selepas ini.

3 comments:

Anonymous said...

SETUJU SANGAT

ORANG MACAM NI TAK KAN LAMA PUN

MINTA KM MELAKA JANGAN MEMBUTAKAN MATA.

Anonymous said...

sokong!

Anonymous said...

Rakan aku semasa menuntut di UTM dulu. Orgnya lincah, kalau bercakap memang ada kelas tersendiri. Rajin dan boleh dibawa berbincang.

Semoga beliau diberi sokongan padu dan peluang utk memimpin.

Azmi- Rawang

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template