Sunday, March 6, 2011

MACAM HARAMJADAH TAK? AGAK-AGAKLAH KALAU NAK MENIPU PUN!!!

Ceritanya ialah media dan UMNO adalah penfitnah. Dan untuk membuktikan ianya adalah fitnah, maka orangnya pun keluarlah bersama-sama buktinya. Malangnya bukti yang dipaparkan, sangat tidak menarik dan sangat menimbulkan pelbagai tanggapan lain.

Dia tidak ada duit dan melihat iklan peserta FELDA yang ingin menjual tanahnya di merata-rata tempat. Dan kemudian, dia dihubungi dan ditemui oleh peserta FELDA tersebut, kemudian memujuknya untuk membeli tanah tersebut.... ingat yer, dia telah melihat iklan dan kemudian ditemui serta dipujuk untuk membeli tanah terbabit... dengan kata lain, siapa sebenarnya yang iklan siapa? Kalau peserta FELDA tersebut mengiklankan tanahnya untuk jualan, bagaimana pulak si dia yang keluar untuk memberikan penjelasan, pula yang ditemui dan dipujuk? Adakah kerana bekas guru itu seorang yang sangat terkenal dan satu-satunya manusia yang ada di FELDA berkenaan? (BACA HARAKAH DAILY)

Tinggalkan dahulu hujah berkenaan yang sudah cukup untuk meragukan...

Guru berkenaan tidak cukup duit... lantas membawanya bertemu dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Punyalah baik Tuan Ibrahim Tuan Man, maka pinjaman diberikan dan sebagai jaminan, tanah itu diletakkan atas nama isteri Tuan Ibrahim Tuan Man terlebih dahulu. Dengan kata lain, ia sebenarnya mengutamakan keselamatan duit yang dipinjam oleh guru terbabit dan kata guru tersebut, pinjamannya telah habis dibayar, dan tanah tersebut kini telah pun menjadi milik syarikatnya... ingat, dia adalah seorang guru... dan sekarang, dia mempunyai sebuah syarikat pula!

Adakah pembelian tanah tersebut membantu peserta FELDA? Mengapa kalau benar hendak membantu, tanah yang DIHADIAHKAN oleh kerajaan dan rakyat Malaysia kepada peserta FELDA itu pula yang dibeli?

Membantukah memandangkan peserta FELDA berkenaan masuk ke tanah rancangan tersebut kerana mereka tidak mempunyai tanah dan sekarang, tanah yang diberikan itu pula dijual, sekaligus menjadikan peserta FELDA berkenaan kembali tidak bertanah? Membantukah namanya?

Atau ia sekadar satu urusniaga yang sangat menguntungkan dengan menggunakan guru yang bernama Ibrahim itu sebagai proksi Tuan Ibrahim Tuan Man yang memproksikan isterinya bagi mengelakkan dia menerima kecaman kerana membeli tanah peserta FELDA yang kesangapan dan terlupa bahawa suatu ketika dahulu mereka adalah kaum yang sangat bertuah kerana dihadiahkan 12 ekar tanah oleh kerajaan dan rakyat Malaysia berbanding rakyat Malaysia lain yang lebih memerlukan tanah dan peluang untuk hidup?

Dalam ceramah PAS, kononnya mereka memperjuangkan kebajikan para peserta FELDA... adakah dengan membeli tanah peserta FELDA, PAS sebenarnya membantu atau memusnahkan kebajikan peserta FELDA? Atau sekali lagi, ia merupakan urusniaga yang sangat menguntungkan dan HALAL pada undang-undang negara, biarpun hanya menggunakan proksi seperti guru yang bernama Ibrahim itu.

Dan tidak menghairankan bagaimana PAS begitu bersungguh-sungguh untuk 'membela' para peneroka dengan ANAK dan BAPA yang diketuai oleh Mazlan Aliman... sebab pada pengakhirannya, apa yang dilakukan oleh guru bernama Ibrahim itu jugalah yang akan dilakukan sekiranya ANAK dan BAPA berjaya dalam misi mereka. Cuma kali ini, pembelinya bukan lagi proksi Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaliknya Ah Chong, Ah Meng sama ada tempatan mahupun dari Singapura yang akan menggunakan proksi bernama Ahmad, Che Hamid, Tuan Ibrahim Tuan Man, mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Mustahil tak?

5 comments:

sgray on March 6, 2011 10:45 AM said...

Apa agaknya yang BOLEH , DAPAT dan AKAN dilakukan oleh kerajaan dalam ISU ihi.Persoalannya?

sejahtera39 on March 6, 2011 10:54 AM said...

PPD kena siasat guru yang bernama Ibrahim Bin Osman tentang aktivi2 beliau... adakah aktivitinya menggangu tugas sebagai seorang pendidik anak bangsa... jangan kes suami calon Pas Dun Tenang berulang lagi... nampak gaya cikgu ini aktif dalam aktiviti perniagaan dan juga aktiviti kepartian yang pro pas.. jangan kerana aktivi2 tersebut mengganggu tugas asasi beliau...

kita tak mau anak bangsa kita yang maseh mentah dan hingusan dibangku sekolah terdedah dengan cerita fitnah dan hasutan dari guru2 yang pro pambangkang ni.. mereka kena ingat mereka dibayar gaji oleh kerajaan BN yang mentadbir negara ini.. jangan jadi ibarat melepas "anjing tersepit"...

hangkedee on March 6, 2011 11:58 AM said...

Sher saham Ladang Rakyat di Kelate dah masuk busrsa saham New YORK.teriam kasih PORK NIKY

Ular Menyusur Akar on March 6, 2011 12:06 PM said...

Huh.....malam tadi UMA dah terkedu.

lojik, lojik. Ibarat pepatah Tun M, "Tak salah di segi undang undang, tapi salah di segi moral".

Tak menolong langsung. Ibrahim... Tuan Ibrahim. Cepat cepatlah bersihkan poster poster kat kerdau tu. Buat menyemak dan menyakitkan mata.

Anonymous said...

sungguh PINTAR tuan punya Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd itu ya? sepintar lebai semutar pas jugak...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template