Mungkin ramai terutama di dalam UMNO yang tidak tahu pun, PAS sedang mengadakan mesyuarat cawangan dan akan berakhir pada 30 Mac ini. Selepas mesyuarat atau Muktamar Cawangan, akan berlangsung pula Muktamar Kawasan selama sebulan dan berakhir pada awal Mei. Dan selepas berakhirnya Muktamar Kawasan, maka akan berlangsunglah Muktamar Agung.Muktamar Agung kali ini akan dituruti dengan pemilihan kepimpinan. Agak sedikit berbeza berbanding pemilihan terdahulu, kali ini suasana senyap sunyi. Mungkin kesibukan dengan siri pilihanraya kecil, Buku Jingga dan kerenah anggota sekutu dalam Pakatan Rakyat, membuatkan para pemimpin PAS kurang 'berminat' untuk memprojek diri sendiri.
Namun kalau kita perhatikan, budaya memperkenalkan dan mengangkat diri sebagai pemimpin tersohor, bukan sahaja berlaku dalam UMNO, bahkan ia juga adalah RUKUN WAJIB di dalam PAS.
Nasharuddin Mat Isa merupakan Timbalan Presiden PAS yang paling banyak menerima kritikan. Berbeza dengan Abdul Hadi Awang yang kedudukannya dalam ranking kepimpinan terjamin, Nasharuddin Mat Isa pastinya akan dicabar buat kali ketiga sepanjang dia bergelar Timbalan Presiden PAS.
Daripada tiga orang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz Omar, tiada sesiapa pun yang boleh melawan Mahfuz Omar. Mahfuz Omar sangat aktif untuk bersuara dan memperkenalkan dirinya sebagai 'pemimpin masa hadapan' PAS. Memandangkan Mat Sabu sudah pun terkeluar daripada senarai pencabar, Mahfuz Omar berada dalam kedudukan terbaik untuk melonjakkan dirinya sebagai Timbalan Presiden PAS. Mahfuz sentiasa wujud dalam mana-mana situasi, menjawab dalam mana-mana permasalahan sekalipun jawapan dan isu yang ditimbulkan, lebih banyak menimbulkan gelak tawa berbanding bersusah payah berkerut dahi mencari jawapan.
Bagaimanapun, perlu juga diingat, ada tiga lagi nama yang boleh mencuri peluang untuk mencabar Nasharuddin Mat Isa iaitu Nizar Jamaluddin, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Ketiga-tiga mereka ini mendapat sisi yang jauh lebih baik berbanding Mahfuz Omar. Isu-isu yang ditimbulkan dan kewujudan mereka dalam isu-isu berkenaan, jauh lebih 'matang' dan jauh lebih bergaya berbanding Mahfuz Omar.
Seorang lagi yang bakal mencuba nasib sekali lagi adalah Husam Musa!
Agak mujur, pergolakan PAS untuk berebut jawatan, tidaklah seperti UMNO yang mampu menggoncangkan Malaysia. Mungkin kerana PAS bukanlah sebuah parti yang dominan dalam arus politik negara, maka pergolakan berkenaan tidak memberikan kesan besar.
Kekalahan demi kekalahan PAS dalam beberapa pilihanraya kecil yang lalu mungkin mewujudkan satu 'force' untuk mengalihkan kepimpinan sedia ada, terutama sekali kedudukan Nasharuddin Mat Isa yang sekali lagi dilihat goyah.
Apa pun, tahniah kepada Mahfuz Omar kerana sepanjang dua tahun bergelar Naib Presiden, dia memang hebat untuk mencuri pandangan dan perhatian, sekalipun dia lebih banyak tongong daripada pandai!


3 comments:
SALAH SE EKOR DPD BABI DAP YANG AKAN MENJADI KAN MELAYU BANGSAT DAN MENDEWAKAN CINA>>>>ANTARA GOLONGAN PAS CELAKA YG MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA
kalau mahfuz omar jd timbalan presiden alamat lg sedap la umno ratah pas dlm PRU akan datang..
bila la kita umat islam malaysia nk dpt pemimpin islam yg berkualiti..
Kepada Anon 5.25pm
Saya bersependapat dgn anda ttg :
"bila la kita umat islam malaysia nk dpt pemimpin islam yg berkualiti"
Nak buat camana, tanya la orang yang memilih nya.
Post a Comment