Mahfuz Omar adalah salah seorang daripada pemimpin kanan PAS. Dia adalah salah seorang daripada Naib Presiden PAS yang paling vokal walaupun vokalnya itu sebenarnya hanya boleh digelak-gelakkan.
Naib Presiden PAS ini cuba menimbulkan isu tentang Istana Negara baru yang katanya menghina raja-raja Melayu. Alasannya, rekabentuk dalaman istana tersebut telah ditukar menjadikan istana berkenaan menjadi istana raja-raja Eropah. Sebabnya, reka bentuk dalaman istana baru itu, telah ditukarkan dari berekabentuk Melayu kepada Eropah... kata Mahfuzlah!
Mungkin Mahfuz Omar boleh menunjukkan mana satu istana raja-raja Melayu dari zaman awal 1880-an sehingga sekarang, mengekalkan rekabentuk istana Melayu lama. Hanya ada beberapa buah istana Melayu lama yang masih mengekalkan rekabentuk dalaman yang bercirikan Melayu, sedangkan kebanyakan istana yang duk ada sekarang, semuanya menggunakan rekabentuk dalaman yang lebih universal atau lebih tepat lagi berekabentuk dalaman continental.
Begitu juga dengan istana-istana Thailand dan Jepun!
Barangkali Mahfuz tersangat Melayu mengatasi UMNO dan para pemimpinnya sehinggakan rekabentuk istana Negara yang baru pun dijadikan pertikaian.
Sungguhpun ada isu di situ, sebaliknya bukan taraf Mahfuz untuk menyatakannya kerana apabila ia keluar dari mulut seorang Ahli Parlimen dan seorang Naib Presiden, ia sebenarnya hanya memperlihatkan tarafnya yang tidak sama dengan apa yang dicapai sekarang.
Mahfuz sepatutnya menyalurkan perkara itu kepada para propaganda PAS yang lain, bukan dia sendiri yang menuturkannya!
Begitu juga dengan Dr. Hatta Ramli yang mempersoalkan tempoh masa berkempen oleh SPR yang dikatakan sangat singkat. Dr. Hatta Ramli berpendapat tempoh berkempen sepatutnya tiga minggu. Mungkin sesuatu yang melawakkan kerana tempoh 7 atau 8 hari yang diberikan oleh SPR sekarang tidak menggembirakan Hatta. Namun pada masa yang sama, Hatta juga patut menjelaskan, mengapa PAS begitu seronok berkempen sepanjang masa tanpa menghiraukan sebarang undang-undang.
Bukankah sepatutnya selepas pilihanraya kecil berlangsung, diharamkan terus sebarang kempen politik. Kalau itu yang berlaku, maka elok benarlah tempoh 3 minggu diberikan untuk berkempen pula seperti yang dituntut oleh Hatta Ramli.
Lawak sungguhlah pemimpin PAS ini... sama lawak macam sesetengah pemimpin UMNO jugak!!!


1 comments:
Mahfuz ni salah seorang ahli politik yang UMA minati. Sebab itu apabila dah lama dia tak update blog dia,UMA rasa kesunyian. Entri dia menceriakan hari hari UMA.
Yelah, Mahfuz mahu budaya Melayu di kekalkan. Agong adalah rank yang tertinggi dalam bangsa Melayu. Mungkin Mahfuz mahu bumbung Istana bercirikan tepak sireh dan tandas masih lagi mencangkung. Tak luntur lagi rupanya hati mahfuz walaupun dia menyokong falsafah "anak cina anak saya, anak india anak saya anak iban anak saya. anak shamsidar anak .....
Post a Comment