Monday, March 7, 2011

MAHU KE NIK AZIZ BERSEMUKA DENGAN HARUSSANI?

Pemuda PAS Perak sedang mengatur pertemuan antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi 'menjernihkan' keadaan. Perbalahan antara Harussani Zakaria yang diberikan imej buruk oleh para juak PAS dengan Mursyidul Am PAS yang digambarkan sebagai orang yang sangat berilmu, seringkali berlaku di media-media massa.


Sebenarnya apabila berlaku pertentangan pendapat antara Nik Abdul Aziz dengan Harussani, ramai yang dapat melihat bagaimana Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak faham banyak isu-isu agama. Sekalipun dia kerap tampil sebagai ulama yang mengeluarkan pelbagai dalih agama kontroversi, hakikatnya setiap kali disanggah oleh Harussani, Nik Abdul Aziz seperti tenggelam punca dan terpaksa 'menggunakan' juak-juak PAS dalam semua bidang media untuk menjahanamkan kredibiliti dan personaliti Harussani.

Dalam bahasa yang lebih mudah, setiap kali Nik Abdul Aziz disanggah oleh Harussani, tampak benarlah Nik Abdul Aziz sebagai orang tua yang sebenarnya tidaklah begitu fasih dan faqih tetapi pandai menyamarkan diri dengan pakaian dan penampilannya dalam bab agama.

Sebenarnya pertemuan tertutup dan adab menegur ulama, langsung tidak diamalkan oleh PAS. PAS seringkali mewar-warkan para pemimpin tertinggi mereka sebagai ulama, kerana dengan cara itu sahaja, PAS akan dilihat cerdik dan disangka bijak dalam maslahat agama. Seandainya ulama berkenaan tidak berada dalam kem PAS atau lebih tepat lagi, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan sesekali menyetujui dasar kerajaan, maka ulama berkenaan akan diperdajalkan, diburukkan dan diperbodoh-bodohkan.

Seorang alim atau jamaknya, ulama itu perlu kita terima dirinya sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada sebarang kesalahan dan kesilapan, baik lisan mahupun perbuatan. Sepatutnya bagi mereka yang menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ulama, tidak boleh langsung bersikap terlalu taksub kepadanya sehinggakan tidak mempercayai sebarang kritikan atau teguran yang dilontarkan kepadanya, bahkan sehingga sanggup memutarbelitkan dalil-dalil agama pujaan mereka itu agar tetap bebas daripada sebarang kesilapan.

Apatah lagi dengan seorang 'ulama' seperti Nik Abdul Aziz yang terlibat dalam politik kepartian sepenuh masa, yang sudah tentu setiap kata-katanya mencerminkan kepentingan parti yang diwakili dan bukannya atas sifat yang benar.

Mungkin ada baiknya juga Nik Abdul Aziz tidak dimalukan apabila berlaku pertemuan matanya dengan Harussani dalam pertemuan tertutup yang ingin dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Apatah lagi, pertemuan tersebut berlangsung selepas tiga tahun Nik Abdul Aziz menjadi punca PAS tidak dapat menjadi pentadbir sebenar di Perak dengan sokongan UMNO apabila Nik Abdul Aziz lebih mempercayai Nga-Ngeh berbanding Tajol Rosli sehingga akhirnya Nizar Jamaluddin menjadi sasau dan tidak keruan akal fikirannya.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah, mahukah Nik Abdul Aziz bersemuka dengan orang yang boleh menyanggah kata-kata dan dalih-dalih agamanya sekaligus memperlihatkan dia hanyalah seorang tua politik yang hanya menggunakan agama sebagai tiket untuk menang dalam pilihanraya? Tidak malukah Nik Abdul Aziz nanti sekalipun ianya hanya sebuah pertemuan tertutup, sedangkan Nik Abdul Aziz diangkat kerana populariti dan penyamaran agamanya, manakala Harussani pula diangkat kerana alim dan ilmunya dalam agama?



2 comments:

Anonymous said...

Woi, Shahnor Jasin budak Razali yang balun duit UMB, bukan tun Faizal

Anonymous said...

AKU PERCAYA NICKY AZIZ TAK AKAN BERANINYER..........

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template