Wednesday, March 9, 2011

NAK NAIK HARGA MINYAK? DAH NAK JADI MANTAN PERDANA MENTERI KER NAJIB ABDUL RAZAK NIH?

Nasib Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri memang agak malang. Malangnya adalah kerana ketika dia menjadi Perdana Menteri, harga minyak dunia berada pada paras tertinggi sepanjang sejarah kewujudan bahan bakar itu di dunia ini. Walaupun kenaikan harga komoditi itu turut memberikan kesan peningkatan harga untuk olein sawit dan getah asli, namun keadaan pasti akan terjejas teruk sekiranya Najib Abdul Razak gagal menangani masalah ini mengikut kaedah ekonomi yang terbaik, sama ada mengikut teori pasaran atau teori keterbalikan seperti yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir ketika menangani krisis matawang, pasaran saham dan sistem perbankan pada tahun 1997.

Membaca kata-katanya yang dilaporkan oleh MStar Online, membayangkan kenaikan harga minyak dan bahan bakar tidak mustahil terpaksa dilakukan oleh kerajaan memandangkan harga tinggi komoditi itu di pasaran dunia. Ditambah pula dengan pengecutan pengeluaran di lubuk petroleum dunia iaitu di Timur Tengah kesan daripada KEBONGOKAN RAKYAT yang konon-kononnya berjuang untuk rakyat, rakyat Malaysia dan segala industri yang bergantung dan berkaitan dengan petroleum serta bahan bakar akan menerima kesan yang sangat besar.

Kesempatan ini pasti akan digunakan oleh pihak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim untuk menjual temberang dan menggoreng tipu pedaya kononnya dengan menaikkan mereka ke persada kuasa, harga minyak akan diturunkan.

Kenaikan harga bahan bakar akan menyeret sama kenaikan semua harga barang dan perkhidmatan termasuklah harga kondom dan KY Jelly. Bahkan sewa bilik hotel dan sewa katil untuk memunggung pun, akan naik juga kerana kenaikan harga minyak... itu adalah fakta!

Sanggupkan Najib Abdul Razak kehilangan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang yang akan memanipulasi kenaikan harga minyak semahu-mahunya walaupun mereka sedar, kenaikan itu tidak boleh ditolak sama sekali.

Najib sebenarnya tidak ada pilihan lain, melainkan mengekalkan harga minyak sekarang atau menurunkannya di samping menghentikan program besar lain yang memakan belanja berbilion-bilion ringgit dan perbelanjaan yang berjaya dijimatkan itu dimasukkan ke dalam harga petrol, diesel dan gas yang telah diturunkan bagi menjana ekonomi domestik membabitkan rakyat yang lebih tinggi.

Tidak guna ada sebuah syarikat yang kelihatan gah dan sangat masyhur, sedangkan para pekerjanya pemalas, tidur berdengkur dan tidak tahu apa-apa, kecuali bersembang deras tentang kehebatan dan budi mereka kepada orang lain, sambil sesekali berlakon konon-kononnya mereka bekerja.

Tidak ada retreat untuk Najib! Dan di sebalik gelombang sokongan yang Najib dapat sekarang, jangan mustahil peristiwa 2004 di mana Abdullah Badawi menang besar, akhirnya menyungkurkannya pada 2008...

Dan dengan PRU yang tinggal tidak beberapa 'hari' sahaja lagi, Najib tidak perlukan sebarang imej buruk dan persepsi negatif terhadap pentadbirannya.

Apa pilihan Najib Abdul Razak sekarang, sekurang-kurangnya untuk menunjukkan dia lebih berotak daripada Anwar Ibrahim yang mulut sahaja lebar, suara saja kuat, tetapi otaknya beku dan kecut!

5 comments:

Anonymous said...

haha tang part tido berdengkur dan seterusnya aku sokong..xguna punya Petr****

Anonymous said...

berapa sangat lah 4 billion tu sedangkan kerajaan boleh dapat 12 billion dari hasil petronas, ada baki 8 billion lagi, so jangan loklak macam pak lah, pi mana lah hasil beratus-ratus billion petronas tu.

Anonymous said...

saman ekor+harga minyak=BN tersungkor puihhhh

Anonymous said...

jgn cari pasal..itu je
elok2 sokongan dah balik kpd BN, jgn bagi rakyat frust lagi..

Anonymous said...

bertahanlah...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template