Kata Teresa Kok, PAS Kelantan tidak boleh mendesak sekutunya dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan pengharaman judi sebagaimana yang dilakukan di Kelantan kerana dibimbangi menjejaskan undi bukan Melayu dalam Pilihanraya Umum akan datang. Paling menarik apabila Teresa Kok berkata, tindakan PAS tidak akan mendatangkan lebih banyak undi daripada Melayu bahkan akan mengurangkan undi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat.
Sekali lagi amat jelas bagaimana Nik Abdul Aziz dan sekalian juak-juak PAS yang selama ini perasan dan syok sendiri tentang 'kejayaan mereka mendakwahkan Islam kepada DAP' cuba berselindung di sebalik sehelai lalang. Atau dalam perkataan lebih mudah, PEMBOHONG BESAR!!!
Nik Abdul Aziz bangga benar dengan Karpal Singh sehinggakan dikata 'ada bulan di dada Karpal Singh'.... dan sekarang apabila Karpal Singh sendiri menentang perlaksaan penghapusan judi di Kelantan kerana bimbangkan undi dan sokongan dari kaum bukan Melayu, apa Nik Abdul Aziz nak kata?
Apakah Nik Abdul Aziz akan menggunakan alasan biasanya, Karpal Singh dan Teresa Kok tidak bersalah kerana mereka bukan Islam dan yang lebih bersalah adalah UMNO kerana tidak menyokong PAS Kelantan melaksanakan pengharaman berkenaan?
Ramai pemimpin PAS sedar, mereka sebenarnya bersendirian tetapi hampir kesemua juak-juak PAS percaya, DAP adalah sekutu mereka yang terbaik, sehingga ada yang beriktikad, PAS berjaya menguasai negeri Kedah dan memenangi beberapa kawasan lain kerana DAP dan PKR, bukannya kerana iktikad mereka kepada Allah Taala.
DAP tidak pernah 'berpura-pura' untuk menentang apa juga cubaan PAS untuk melaksanakan Islam di negeri yang PAS perintah. DAP akan bangun menentang secara terang-terangan seperti mana yang dilakukan oleh Pengerusi DAP Pahang yang bercuti di luar negara tatkala pilihanraya kecil Kerdau sedang dijalankan kerana tidak mahu terlibat langsung dalam kempen PAS.
Biarpun DAP menghantar wakil semasa hari pencalonan, tetapi ia setakat itu sahajalah. Di Kerdau, DAP langsung tidak membantu. Sebaliknya membiarkan Skuad 1Malaysia, bahkan dari Penerangan Pemuda UMNO Selangor yang diketuai oleh Safarizul Mustafa yang mempengaruhi undi Cina Kerdau yang menyaksikan penolakan pengundi Cina sendiri terhadap calon PAS, Hasanuddin Salim.
Tak tahulah kalau PAS masih lagi berbangga dengan kerjasama mereka bersama-sama DAP dan PKR. PAS yang sepatutnya tidak perlu banyak memikirkan masalah, kini terpaksa menanggung masalah daripada kerenah DAP dan PKR. Dan akhirnya PAS pening dan tidak siuman semata-mata kerana rakan sekutunya.
Kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan orang yang paling kuat menyokong DAP, tahniah dan syabas kerana kekasyafan anda telah 'dibuka' seluas-luasnya sehinggakan hati anda sangat hitam dan busuk terhadap umat Islam, tetapi harum dan manis terhadap bukan Islam!!!


11 comments:
Hari tu Pok Nik kata apa.. berjaya buat DAP faham tentang 'Isle'? Faham sangat la tuuu..
PAS perlu lebih aggresif mendidik DAP kerana meraka kafir seperti UMNO.Ambik kau PORK NKIY kamu boleh berkawan dengan Syaitan dan Kafir..ITU belum di paksa oleh mereka mengcekek babi
dap faham isle bukan islam..
betul la apa nik ajis cakap.
islam itu ugama...isle itu parti pas.
nik ajis sayang cina dari pada orang melayu.
hilang sokongan melayu nik ajis tak kisah...sebab dia pun bukan melayu.
ni lah salah satu contoh bila tak bersatu dalam kumpulan sama. mcm2 masalah dalaman timbul. susah la nk hadapi pilihanraya besar nnt.
NAIK BORINGLAH! BILA MINYAK NAK NAIK NI? TAK SABAU NAK NAK KURANGKAN BEBAN KERAJAAN, NAK TOLONG KURANGKAN SABSIDI
DAP dah faham.. islam cara PAS ni senang nak bagi pelempang.. comfirm tak melawan punya...
Pulok doh! Sapo dakwoh sapo ni?
Nik Ajis Bual jaaa , satu sen pun tok buleh nok cayo orghe tuo ni.
MAU GUGUR SARBAN POK NIK
MENGGELETAR, NAK MARAH TAK BOLEH, NAK SOKONG LAGI PAYAH
DENGAN BN, MELALAK BUKAN MAIN, SEKARANG AMACAM
ADA BERANI KA ????????
KECEK DERAS TAPI NAKUT CINO WEI
TOHOK LA SERBAN TU
Tressa Kok mai telanjang depan Nik Aziz, Nik Aziz kato "Ooooo...mu punyo pasa ambo taghik balik hare judi di Kelate.."
Bila si tua nyanyok tu tgk Teresa,dia mgkn terase....oooo mu kata gitu takpe. Mu bukan Isle'Ambo gere jugok tgk liok lintok mu. Astagar! Dah terikuk ikuk perangai serakah si Nuar lok!
Post a Comment