OSTAT KITA perlu diakui, amat hebat bertaichi dan mematikan soalan dengan jawapan kalihnya. OSTAT KITA memang hebat dalam memberi alasan apabila soalan yang diyakini dapat membuatkannya terduduk, akhirnya dijawab sehingga orang yang bertanya pula terduduk.Dah tiga tahun PAS pegang Kedah. Esok adalah hari ulangtahunnya yang ketiga. Dan seperti biasa, apabila ada ulangtahun, maka akan ada jugalah ceramah dan syarahan. Antara pensyarah-pensyarah penting yang akan mengeluarkan suara masing-masing dan saling puja-puji dengan cerita Sanskrit dan Palava mereka, ialah Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw dan OSTAT KITA sendiri.
Sepanjang 3 tahun menjadi Menteri Besar, OSTAT KITA sebenarnya tidaklah banyak menimbulkan kontroversi melainkan perlantikan anak cucu, anak penakan dan ahli-ahli keluarga dalam GLC sahaja. Selebihnya OSTAT KITA tak banyak ubah. Kalau ada ubah pun, cumalah KHTP yang dahulunya untung besar, sekarang untung ciput. Kalau ada yang berubah pun, dahulunya CEO KHTP kerja kuat untuk majukan syarikat, sekarang ini CEOnya kuat terbang ke sana ke sini untuk habiskan dana syarikat.
Pencapaian OSTAT KITA dalam pentadbiran sebenarnya tersangatlah sederhana. Tidaklah tinggi dan tidaklah terlalu rendah macam di Kelantan. Sekalipun bil air tak boleh lagi dibayar Pejabat Pos, orang Kedah kurang merungut. Mungkin SADA ada premis bergerak yang akan digunakan untuk mengutip setiap duit bil dari Bukit Kayu Hitam sampailah ke Selama Kedah.
Jangan tanya OSTAT KITA apa manifesto PRU12 yang belum tercapai. OSTAT KITA marah. Dia mahu cerita negatif yang dipetik jadi bahan berita. Dia nak cerita-cerita yang positif sahaja. Dia suruh ambil cerita tentang manifesto yang telah tercapai. (BACA DI SINI)
Cuma masalahnya satu sajalah... manifesto yang mana dah tercapai? Pasai balak? Isyyyy... macam tak kena gaya saja... nak-nak pula lori-lori balak di Naka tu, banyak bergerak waktu malam berbanding waktu siang!!!


3 comments:
SALAM, OSTAT KITA PANDAI, DIA NAK BAGI UMNO TOKSAH HENTAM DIA, DIA PAKAI SONGKOK TINGGI SENGGET MACAM TUNKU, JADI ORANG TENGOK MUKA DIA ORANG NAMPAK TUNKU TAK JADI HENTAM BRO.
sokong UMNO tak undi BN
AKU PUN TAKTAU APA YANG SEJAHTERA, APA YANG BERUBAH DI KEDAH NI
AKU TAK TAU DEPA DOK BUAT PA, DOK LAGU TU JUGA
DOK MAKAN HASIL KERJA BUAT BN DULU LA
Post a Comment