Beberapa jam sebelum Anwar Ibrahim datang ke Rumpun Makmur untuk memberikan ceramah dan bertembung suara dengan Ummi Hafilda Mohd Ali yang hanya dipisahkan jarak sejauh 15 meter, sudah ada amaran daripada pihak tertentu agar Anwar Ibrahim tidak datang dan dimalukan. Antara pihak berkenaan termasuklah yang menamakan diri mereka sebagai PAS Kerdau.Hal tersebut terbukti dalam Twitter dari 'grup' berkenaan yang meminta Anwar Ibrahim tidak datang ke Kerdau dan memalukan mereka. Dan ternyata, apa yang dibimbangi menjadi kenyataan. Anwar Ibrahim tidak sahaja dimalukan di Rumpun Makmur sehingga terpaksa memendekkan ucapannya yang biasanya boleh menjangkau tujuh hari tujuh malam tanpa berhenti-henti menjadi tidak lebih dari setengah jam.
Dalam usaha Anwar untuk lari ke Jengka 22 bagi mengelak pertembungan dengan Ummi Hafilda, Anwar menerima malu yang lebih besar apabila bukan sahaja diejek, bahkan dibaling dengan tongkeng ayam oleh penduduk Jengka 22.
Kemunculan TWITTER PASKERDAU sememangnya ada asas berdasarkan apa yang berlaku malam tadi. Siapakah sebenarnya yang berada di belakang PASKERDAU? Benarkah PASKERDAU benar-benar PAS atau satu entiti lain yang sebenarnya sedang memberi isyarat besar kepada Anwar Ibrahim dan PKR di mana-mana pilihanraya kecil atau lebih tepat lagi dalam arus politik negara?
Dan berdasarkan kepada petunjuk semalam, PKR dan Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi biarpun pada masa yang sama, Anwar masih mampu mengumpul crowd, tetapi apabila berlaku pertembungan secara langsung dan hujahnya dipatah-patahkan dengan Anwar sendiri tidak berani menghuraikan secara lanjut setiap isu yang diutarakannya, sudah cukup untuk membuatkan Anwar hilang peminatnya.
Ternyata, benarlah seperti yang dikatakan oleh Rahimi Othman, Anwar Ibrahim pantang kalau diprovokasi. Kalau hujahnya berjaya dipatahkan, Anwar biasanya akan gugup dan mula berfikir untuk melarikan diri. Benar juga seperti kata Rashid Rosdi, Anwar akan lebih cepat marah apabila isu yang dibangkitkan terhadapnya adalah benar dan dia mula akan mencari jalan untuk berpusing dan menyeronot dalam apa juga lubang yang ada sebelum memulakan serangan baru yang langsung tidak berkaitan dengan isu terbabit.
Dan anda boleh buktikan menerusi TWITTERnya dengan bertanyakan tentang isu semalam.... kalau anda tidak kena blok selepas mengeluarkan pertanyaan tersebut, anda sudah boleh dikira sangat beruntung.


0 comments:
Post a Comment