Saturday, March 5, 2011

PAS PERLU LEBIH MUHASABAH DIRI, BUKANNYA JADI TAK MUNASABAH!!!

Suka atau tidak, PAS di Kerdau berdasarkan pemerhatian penulis, adalah sebuah parti yang dipandang lekeh, bukan sahaja oleh orang UMNO bahkan oleh orang-orang PAS sendiri. Dalam sebuah jamuan selepas solat Isyak di sebuah masjid di salah sebuah Felcra dua malam sudah, sempatlah penulis berbual dengan beberapa orang jemaah yang kalau berdasarkan cakap-cakap dan semangat mereka, mereka adalah orang PAS. Apabila mereka ditanya oleh penulis, mengapa tidak pergi mendengar ceramah yang disampaikan oleh para penceramah dari pentas AMK tidak jauh dari masjid tersebut, mereka sekadar tersengih sambil menggeleng.

"AMK buat pentas kat simpang tu, sebenarnya bukan nak tolong PAS tapi nak musnahkan PAS."

Kata-kata jemaah yang berusia dalam lingkungan pertengahan lima puluhan itu tidak mengejutkan penulis. Sebabnya, penolakan yang ditunjukkan oleh ahli jemaah itu membuktikan bagaimana akar umbi PAS di seluruh negara sebenarnya sudah meluat sangat dengan gelagat dan tindakan semberono yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut.

Terlalu banyak retorik. Terlalu menurut kehendak PKR. Terlalu mengagungkan Anwar Ibrahim. Tidak bersikap adil sekalipun menggesa UMNO berlaku adil dan sentiasa menyokong sekalipun kesalahan yang dilakukan melanggar akidah selagi berada di pihak PAS adalah antara alasan-alasan yang penulis kerap terima.

Mungkin penulis sudah tersalah masuk dalam jemaah yang membenci tindakan kepimpinan sekarang, maka penulis ketika selesai bersolat zohor secara berjemaah di sebuah masjid yang lain, sempat membuat tinjauan dengan bersembang politik bersama beberapa orang jemaah yang kelihatan seperti penyokong tegar PAS.

Pengalaman penulis berjaya mengesahkan mereka memang ahli PAS. Sebenarnya tidak jauh dari masjid berkenaan, ada satu markas atau bilik gerakan PAS yang juga berada di kawasan yang dianggap sebagai berdarah hijau, tidak jauh dari sebuah perkampungan Orang Asli di Jalan Temerloh-Jerantut.

Ketika ditanya, mereka jelas kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan PAS terutama dalam persengkokolan dengan DAP dan PKR. PAS bagi mereka terlalu menurut kata-kata DAP dan terlalu mengagungkan PKR sekalipun PKR sudah berkali-kali membuktikan mereka hanya kuat pada sembang dan temberang, tetapi dari segi lain, PKR muflis!

Paling menarik apabila jemaah yang penulis tanya itu merupakan pengundi di Kerdau. Penulis tidak perlu lagi bertanya parti apakah yang akan dipangkah oleh jemaah terbabit pada esok hari. Mereka sama ada akan membuat undi protes atau pun tidak keluar mengundi langsung kerana enggan bersubahat dengan para pemimpin PAS mencipta dosa dalam hukum yang mereka karang sendiri berdasarkan hukum al Quran. Itu adalah kepastiannya....

Hanya dari dua buah masjid, sememangnya sukar untuk dibuat petunjuk apa sebenarnya yang akan berlaku pada hari Ahad nanti. Pun begitu, melihat kepada situasi di sekitar Kerdau, sambutan hangat yang diberikan dalam ceramah-ceramah PAS tidak lebih daripada topeng semata-mata. Apakan tidak, kebanyakan yang datang adalah orang luar, bukannya penduduk tempatan. Kalau ada pun penduduk tempatan dan pengundi tempatan, jumlah mereka boleh dibilang.

Mungkin selepas PRK Kerdau ini nanti, PAS perlu melakukan bedah siasat yang lebih menyeluruh dan lebih terperinci seandainya benar PAS ingin menguasai Putrajaya. PAS tidak boleh terus hanyut dan percaya bulat-bulat dengan temberang PKR dan DAP lagi. PAS perlu menunjukkan kekuatan yang pernah mereka miliki tanpa perlu menggunakan kaedah lapuk menjatuhkan hukum seperti yang diamalkan sekarang!

Cuma persoalannya adakah Tuan Ibrahim Tuan Man mampu bercakap benar, atau terpaksa mencipta cerita yang indah-indah untuk mewujudkan suasana fantamorgana kepada kepimpinan utama PAS dalam usaha untuk mengelak daripada mengecilkan hati Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Rasa-rasanya PAS lebih memilih Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding akar umbi PAS sendiri!!!

2 comments:

oh malaysiaku said...

PAS sebenarnya sudah tersalah langkah, sebelah kakinya sudah termasuk dalam 'pasir jerlus'. nak ditarik tak boleh, nak terus melangkah pun tak boleh. malah semakin bergerak semakin dalam masuknya.

sehinggakan org2nya sendiri pun takut nak menolong, takut terbenam sama.

harapkan kawan2 politik yg dua ekor tu nak tolong, kalau hulur kayu pun, acah2 aje nak tarik, tapi sebenarnya nak cepatkan lagi terbenam adalah. kita tengoklah nanti akhirnya ...

Anonymous said...

PAS jika tetap istiqamah ngan prinsipnya akan mengukuhkan lagi kedudukannya..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template