Bagaimanapun, sehingga kini, 'pelakon veteran' tersebut masih kekal bersama-sama UMNO meskipun ada isu baru yang membuatkan dia meloncat kerana rahsianya mungkin telah terdedah kepada golongan baru di dalam UMNO.
Seorang penulis buku politik yang terkenal di sempadan Selangor-Pahang memberitahu, cerita berkenaan ada logiknya. Penulis yang pernah disaman oleh rakan 'pelakon veteran' tersebut kerana buku yang dikarangnya, turut menegaskan bacaan politik terhadap 'pelakon veteran' tersebut, tidaklah semudah yang disangka.
Barangkali berasakan sengatnya masih berbisa dan sentuhannya juga sangat diperlukan, apatah lagi negerinya sendiri memerlukan tenaga pakar bagi membolehkan UMNO kembali berkuasa, 'pelakon veteran' tersebut tidak bercita-cita langsung untuk melangkah masuk ke KITA atau PKR apatah lagi PAS, sebaliknya dia kelihatan lebih berminat untuk masuk DAP.
Sungguhpun, 'pelakon veteran' ini sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim mahupun politik seberang-menyeberang seperti yang diuar-uarkan sebelum 16 September 2008, gelagatnya sememangnya amat menarik dan kemunculannya sesekali mengundang persepsi yang tidak sedikit.
Yang sohehnya, jikalau benar dia akan menyeberang masuk ke DAP, bermakna tercapailah cita-citanya yang satu itu, sungguhpun hanya bergelar pencacai DAP!!!


4 comments:
mm..kalau tak KULI mesti KUBUNG ..dua tu jek
alaaaaa ...nama pun veteren.
hari ini dia masuk DAP, besok dia mati.
kita ucapkan...innalillah...lepas tu alhamdulilllah.
HANTU RAYA SUNGGUH KAU CTW
BUAT ORANG SASPEN JA
CAKAP LA OOOIII SAPA ???????
khatib tu tidak faham makna fasiq kerana kurang membaca, yg ditaunya hanya sebuk mengeluarkan fatwa macam tok gurunya yg telah menyediakan 'syurga' untuknya. tah kat mana syurga tu agaknya.
orang yg telah pasti fasiq ialah khatib tu sendiri kerana tak faham apa tujuan khutbah jumaat.
org tua2 selalu mengingatkan:
jangan berkawan dgn kaki judi, nanti kau akan ikut berjudi. jangan berkawan dgn kaki botol, kelak kau pun tonggang botol. jangan berkawan rapat dgn kaki betina, nanti kau akan melakukan zina. mau berjaya jgn berkawan dgn org yg gagal, dan macam2 lagi.
begitulah kalau berkawan dgn org yg menggadai agama utk duniawi, beginilah jadinya. parti politik dikatakan agama. berceramah politik (yg mungkin termasuk mengata, mencarut dsbgnya hatta memfitnah org sekalipun) disamakan berdakwah dijalan Allah. harapkan serban, janggut dan jubah sajalah yg masih nampak keislamannya walaupun itu hanyalah pakaian tradisi Arab dari dulu sampai sekarang.
Post a Comment