Penulis tidak tahu apa yang berlaku di Manek Urai, Galas, Tenang mahupun Batu Sapi kerana penulis tidak terlibat sepenuh masa dengan kempen pilihanraya kecil di tempat-tempat tersebut. Tetapi di Kerdau, penulis melihat sendiri bagaimana longlainya Pemuda UMNO Malaysia. Kumpulan Pemuda UMNO yang penulis jumpa pun, hanyalah dari Selangor yang di dalamnya adalah Safarizul Mustafa yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor yang dikerah untuk memujuk undi kaum Cina di pekan Kerdau dua hari lepas.Penulis tidak ada sebarang komen tentang Safarizul dan kumpulannya yang kelihatan keletihan dan sangat lelah ketika penulis temui. Mereka telah menjalankan kerja dan peranan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan sebaik mungkin sekalipun mereka sebenarnya telah DIKHIANATI oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Namun hakikatnya, Pemuda UMNO Malaysia secara keseluruhannya, kelihatan sangat meminggirkan diri daripada pilihanraya kecil Kerdau. Jangan tidak, Pemuda UMNO adalah membabitkan diri dalam satu perlawanan bolasepak atau futsal. Dan selebihnya Pemuda UMNO tidak ubah seperti budak jantan yang kulup anunya dan kemudian digigit tungau sehingga asyik tergaru-garu tanpa menghiraukan orang lain sedang memerhatikan mereka dan mentertawakan kelakuan bangang mereka!
Muka Ketua Pemuda UMNO ada terlekat di mana-mana tetapi kelibat Ketua Pemuda UMNO dan aktiviti Pemuda UMNO sendiri bagaikan mencari biji petai di dalam tahi!!!
Sepatutnya Pemuda UMNO malu dengan Gelombang Merah yang dipimpin oleh Dato' Hamidah Osman, ADUN Sungai Rapat yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Perak dan Ketua Penerangan Wanita UMNO. Kumpulan Gelombang Merah Kak Midah begitu menonjol dan sangat aktif. Bersama-sama dengan Ketua Wanita Pahang, Datuk Rosni Zahari, mereka bergerak di serata tempat dan bukan setakat melakukan ceramah rumah ke rumah, sebaliknya turut mengatur pentas-pentas ceramah di seluruh Kerdau.
Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia? Adakah mereka sebenarnya sedang kebingungan atau sebenarnya kerana ketua mereka tidak berjawatan dalam kabinet kerajaan, menjadikan telur mereka dihurungi tungau?
Yang sohehnya, hari ini adalah hari terakhir berkempen dan kelibat Pemuda UMNO masih sukar dikesan.... kehadiran Ketua mereka sekadar kehadiran olok-olok. Aktiviti yang dijalankan oleh Pemuda UMNO bagaikan pencuri getah buku... langsung tidak kelihatan!
Atau sebenarnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebenarnya telah pun dibubarkan?
Cuba cerita yang betul-betul....


3 comments:
eloklah Ketua Pemuda UMNO tak menonjolkan diri secara aktif walau dgn sebab apa sekali pun kerana dikhuatiri akan mencacatkan perjalanan kempen UMNO/BN. takut2 nanti disambut dgn 'tongkeng ayam' pulak macam apa yg terjadi dgn al-juburi kebanggaan PAS!
kita mesti ingat keceluparan mulutnya semasa kepimpinan bapa mertuanya dulu yg hampir2 menyebabkan UMNO berpuak2. sikapnya yg gelojoh utk mengejar kuasa membuat ramai penyokong UMNO/BN meluat dan menyampah.
biarlah dia dan kumpulannya dgn aktiviti hariannya supaya tidak mendatangkan cacat-cela kelancaran kempen pilihanraya yg sedang dijalankan.
AKU PUN HERAN JUGA, PEMBANGKANG DOK KALUT CARI AHLI BARU, PEMUDA BN PI MANA
MASA KEMPEN PRK PUN SAMA
AWAT PEMUDA TAK BUAT USUL UNDI TAK PERCAYA PADA KHAIRY HARAMJADAH TU
Ade x tok-tok mudim yang power sikit, tolong sunatkan PEMUDA nih biar betol2 jadi jantan..
Post a Comment