Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali menyatakan, PERKASA akan menyambut saranan Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk meletakkan calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Tempat utama calon PERKASA nanti adalah di kerusi Parlimen PADANG RENGAS yang sekarang ini disandang oleh Nazri Abdul Aziz sendiri.Punca pertelagahan terbaru Nazri Abdul Aziz dengan PERKASA ialah pemansuhan ruang perkenalan bangsa dalam borang-borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan atau swasta. Cadangan tersebut telah diutarakan oleh Dr. Chandra Muzaffar dan Nazri Abdul Aziz menyokong penuh saranan berkenaan. Bagaimanapun, PERKASA menolak cadangan tersebut dengan keras dan memberi amaran kepada Nazri Abdul Aziz agar tidak bermain-main dengan sentimen Melayu. (BLOG PERKASA)
Nampaknya, dendam PERKASA terhadap Nazri Abdul Aziz sudah memasuki fasa baru. Ikrar Setiausaha Agung PERKASA yang mereka akan memastikan Nazri Abdul Aziz tertolak sebagai calon Barisan Nasional, atau kalah di kerusi yang ditandinginya bukan main-main. Paling menarik apabila PERKASA mengikrarkan penyertaan mereka dalam menentang Nazri Abdul Aziz di mana-mana tempat yang ditandinginya nanti, bukanlah sebab untuk mencari kemenangan sebaliknya untuk memastikan Nazri Abdul Aziz tidak mendapat sokongan, sekaligus menyingkirkannya daripada jawatan Menteri yang sering dibangga-banggakannya sebelum ini.
Tidak dapat disangkal lagi, Nazri Abdul Aziz merupakan orang yang paling kontroversi di dalam barisan kepimpinan UMNO dan Kabinet Kerajaan Malaysia. Perseteruannya dengan Tun Dr. Mahathir yang telah mengangkatnya sebagai Menteri, bukan lagi perkara rahsia. Bahkan tuduhannya bahawa Tun Dr. Mahathir dengan bantuan UTUSAN MALAYSIA masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kembali, telah menimbulkan kemarahan luar biasa bagi penyokong Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu.
Ramai yang melihat Nazri Abdul Aziz, sebagaimana yang dilafazkannya bahawa dia bekerja dengan boss sekarang, bukannya bernostalgia dengan boss terdahulu, sebagai pengampu dan pembodek. Walaupun Nazri Abdul Aziz memberitahu bahawa tugasnya adalah membela Perdana Menteri terkini dan kerajaan sedia ada menerusi suara Parlimen, penjelasannya tidak dapat diterima langsung.
Nazri kurang menerima kecaman apabila berjaya MENJINAKKAN ANWAR IBRAHIM dalam ISU APCO dan 1MALAYSIA yang menyaksikan Anwar Ibrahim tidak lagi meroyan dengan hujahnya sendiri. Walaupun Anwar Ibrahim cuba menyentuh juga isu APCO, namun sekali lagi isu tersebut memakan dirinya kerana selain Nazri Abdul Aziz yang menunjukkan bukti bahawa Anwar Ibrahim menipu sebelum dia digantung 6 bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat, sudah ada orang lain yang mampu menjelaskan secara mudah bagi kefahaman rakyat jelata tentang pembohongan Anwar tentang APCO, 1Israel dan 1Malaysia.
Namun ancaman daripada PERKASA tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi rancangan terbaru PERKASA untuk membuat satu lagi perhimpunan orang Melayu di Perak di mana tempatnya telah pun dikenal pasti. Himpunan Melayu Perak di Pasir Salak telah dihadiri lebih kurang 15,000 orang.
Boleh jadi Nazri Abdul Aziz sangat kuat di Padang Rengas sehingga mulutnya terlalu capoi mencabar PERKASA yang sebelum ini bergerak atas landasan NGO meskipun Presidennya adalah Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas.


9 comments:
Salam Bro
Ini seorang lagi menteri yang suka sangat hentam mantan PM Malaysia. Cakap dah macam komunis. Liabiliti pada UMNO tu...
NILA MENTERI YANG PALING HARAMJADAH DI MALAYSIA
TERGAMAK DI BANTAI TUN
Salam Bro.
Nazri bercakap atas UMNO, Kerajaan dan najib
Perkasa bercakap atas Bangsa Melayu keseluruhannya.
Tidak patut wujud pertelagahan.
UMNO memerlukan orang Melayu.
Kerajaan Memerlukan UMNO, orang Melayu dan BN.
Najib memerlukan orang Melayu.
Nazri memerlukan orang Melayu
Ibrahim Ali memerlukan orang Melayu.
Oleh itu Najib sebagai Ketua Kerajaan perlu bercakap atas 1Malaysia meliputi semua rakyat pelbagai kaum dan agama.
Ibrahim Ali mewakili Perkasa bercakap untuk perpaduan Melayu supaya UMNO jadi kuat dan support Najib dan Nazri.
Nazri apa hal?
Perlukah Nazri support Najib dengan cara bermusuhan dengan Tun M, Perkasa.
Ada bijak ka Nazri?
Nazri mencabar Perkasa bertanding di Padang Rengas! Cabarlah bertanding di Sungai Siput atau Ipoh Timor.
Ermm.. jika PERKASA betul2 nak serang/kalahkan nazri di Padang Rengas, perkara itu boleh berlaku. ingat, 1 DUN bawah parlime padang rengas dah terlepas ke PAS ( jamal nassir kalah )
-OghangKuale-
HARAP DS NAJIB PANDANG SERIUS KES INI....BUKAN SAHAJA NAZRI HARUS DI TUKAR TETAPI HISHAMUDDIN DAN SAIFUDIN ABDULLAH JUGA HARUS DI TUKAR
Aku amat setuju andaiakat pada PRU13 nanti PERKASA dapat meletakkan seoarang calun yg berwawasan untuk bertanding melawan dgn Menteri Kamjat ini. Pastikah kali ini dia kandas walau di mana pun dia bertanding. Sapa kata kawasan Padang Rengas suka pada dia. Kalau masih dia nak mencuba beradu pengaruh maka buat PERKASA sambutlah cabaran Menteri Merak Kayangan ini. Dia pun dah melampau bak kata org lebih sudu dari kuah nya.Dasar Melayu keparat lah Menteri ini.
Buat PERKASA, ayoh pada PRU13 ini.
Nazri Aziz, Saifuddin Abdullah, KJ dan kuncu2nya dan lain2 yg sepertinya adalah beberapa orang dlm UMNO yg diumpamakan "musang berbulu ayam".
sebenarnya mereka ni takut hilang kuasa, apatah lagi kalau ditakdirkanlah BN kalah dlm PRU13 nanti (yg rasanya tak kan mungkin berlaku) mereka semua ada tempat utk beralih arah, sebab tu masing2 mengemas-kini agenda tersendiri ...
harap para bloggers pro-UMNO perhati-hatikanlah setiap gerak-geri mereka ni, supaya tidak terlepas pandang, walaupun dikecam dan diugut. ingat dah dlm kabinet, Malaysia ni diorang punya.
dia ni kucing korap ekor pendek ketiak hangit kepala toya
Nazri rasa dia dah kuat sangat,,,,
orang kalau dah rasa kuat sangat cam tue le perangai dia...
aku rasa dia akan tersungkur kat kawasan dia kalau perkasa bertanding...
hidup melayu...hidup perkasa..
nut
Post a Comment