Kalau yang datang dari arah Selatan terutama Bangi dan Kajang, parking saja kereta di Bandar Tun Razak atau Bandar Tasik Selatan. Kalau naik motor pulak, parking saja depan Standard Chartered, Malacca Street. Kalau perhimpunan buat kat Pasar Minggu Kampung Bharu, kereta mesti parking kat hospital besar. Motor pulak bolehlah di parking di Jalan Raja Alang atau Masjid Jame' Kampung Bharu. Nak lagi selamat, datang naik bas!
Satu lagi tempat yang sangat popular masa tu adalah di halaman Masjid Negara. Hari Jumaat pun okey jugak. Jangan ada tok khatib yang sibuk cerita tentang kejayaan negara masa tu. Adalah jemaah yang mufaraqah dan kemudian bertakbir di pekarangan masjid.
Memang hangat!
Kalau di Kajang, bilik gerakan perang saraf (sekarang lebih terkenal dengan istilah CYWAR) di Taman Tenaga, Jalan Reko. Situlah tempatnya cetak segala risalah dan fliers. Situ jugalah tempat operasi Geogicites dan Tripod. Nanti budak-budak UKM datang pada sebelah malam dan ambil segala risalah dan edarkan dari Seksyen 1 sampai Seksyen 17 Bandar Baru Bangi. Adalah kerja dengan upah yang tak seberapa...
Bila dah siap 'kerja-kerja', nanti berkumpullah di Seksyen 4 tepi roundabout. Nanti datanglah satu makhluk halus yang sekarang ini sudah jadi orang penting dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dia yang datang dengan beg dan di dalam beg itu ada duit. Maka berbahagi-bahagilah duit itu sesama sendiri yang apabila dikira di tangan masing-masing, tidak pernah lebih dari RM100 untuk kerja seminggu.
Cukuplah pada zaman itu sebab gawat dan masing-masing ramai yang kena buang kerja atau tutup pejabat sebab kegawatan ekonomi. Lagipun duit tu bagi sebahagian besar orang hanyalah token, bukannya upah terutama dari unit perang saraf. Sebab anggota jemaah yang lebih berkemampuan seperti Enci Mahyuddin dan Encik Zaki biasanya menginfaqkan sebahagian daripada perolehan dan pendapatan untuk unit ini.
Redah ajerlah segala masjid dan surau. Orang PAS akan bagi kerjasama yang sangat baik. Apa yang datang diterima dengan dada lapang sampaikan timbul satu persepsi, apa-apa sahaja yang keluar dari Internet, semuanya benar belaka. Yang disiarkan di akhbar terutama sekali media arus perdana, semuanya telah diselewengkan. Tapi yang paling penting pada masa itu, kalau dapat bawa borang-borang permohonan keahlian yang baru dengan harga RM100 satu kepala dan kemudian dihantar ke Teras Jernang atau Seksyen 4. Biarpun tidak berbayar, tetapi hati puas sebab dapat ramaikan 'jemaah Islam'.
Walaupun budak-budak yang tengah bersemangat sibuk sokong Reformasi, tenaga kerja yang ada, gunakan taktik macam PAS masih dalam Barisan Nasional di Felda-Felda di seluruh negara dulu. Bab cari dan tambah keahlian, bukan bab kompromi. Bab ini perlukan pertandingan sambil dengan harapan, Anwar Ibrahim dan keluarganya akan masuk PAS jugak!
Puas hati sungguh bila calon PAS menang di DUN Kajang buat kali pertama mengalahkan calon MCA dari Barisan Nasional pada tahun 1999. Bandar Baru Bangi macam lubuk berwarna hijau. Tak ada sesiapa pun yang berani mengaku UMNO atau Barisan Nasional masa tu. Surau-surau di Seksyen 5, 4, 3 dan 1, semuanya warna hijau dan jemaahnya juga hijau biarpun masih ada juga yang berwarna biru muda walaupun sebelum itu, nak tengok muka berjemaah kat surau pun, hanya ketika Solat Tarawih malam pertama, kedua dan ketiga sahaja dan selepas itu, langsung tak pernah jengah lagi.
Kat Masjid UKM pun, penuh dengan risalah, termasuklah surat yang kononnya Mahathir dapat ucapan terima kasih dari Ehud Barak, perdana menteri Zionis. Takder sesiapa pun yang kisah dengan ejaan nama bapa Dr. Mahathir yang salah atau gelaran yang kononnya diberikan oleh Barak kepada Mahathir.
Kerja-kerja saraf berjalan lancar. Jangan haraplah tentang peruntukan, malahan tak tahu pun, sebenarnya cerita peruntukan ini bukan kecil anak punya jumlah. Hanya setelah rahsia pecah di Seksyen 4, makhluk halus yang kerap datang bawa beg dengan kereta megahnya, tidak lagi kelihatan.
Rupa-rupanya makhluk halus itu yang sekarang ini ada dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang kibau duit-duit untuk para pekerja saraf dan budak-budak UKM yang ambil upah hantar fliers dan risalah. Bukan sikit-sikit...
Mujurlah YDP kata, kita kena sabar dan redha. YB yang pernah jadi pensyarah UKM pun cakap benda yang sama. Ini bab perjuangan. Ini bab harapkan Allah Taala, bukan harapkan duit Zionis. Kena istiqomah dan kena bersangka baik dengan Allah Taala.
Dan kerana bersangka baik itulah, makhluk yang disokong memang seorang peliwat terutama apabila tiga keping CD yang diterbitkan oleh Unit Perang Saraf UMNO Seputeh sampai ke Bandar Baru Bangi... melompat habis semua orang. Ada yang hempas serban dan kopiah putih time tu jugak... dan tidak kurang juga yang memaki hamun Nik Abdul Aziz dan Fadhil Nor, sungguhpun pada masa itu, Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak berminat langsung untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.
Tinggal nostalgia la... cerita lama.
Tapi cerita bawa lari duit pekerja tu, tetap ingat sangat-sangat sebab di Taman Tenaga, Jalan Reko segala aduan budak-budak UKM yang kerja part-time tu, perlu dijawab. Malah kedai Abang Nik di belakang 'pusat operasi' itulah juga yang menjadi port untuk budak-budak tu melantak dan mengisi perut selepas duit kerja mereka dikibau oleh mangkuk berkenaan.
Kerja mangkuk tu mudah... buat cerita dan bagitahu semua budak-budak kerja di bawahnya. Segala peruntukan dari Bukit Damansara perlu diberikan kepadanya. Kalau nak pergi ke Bukit Damansara, perlu jumpa dia dulu dan terangkan apa yang hendak ditanyakan atau dibincangkan. Tak boleh pergi terus. Bila pergi ceramah bawa kereta buruk. Bila habis ceramah, kira duit-duit derma dan syiling. PAS pun tumpang seronok sebab collection pada masa tu, meningkat lebih 10 kali ganda berbanding sebelum krisis 1997. Di Teras Jernang, masa Hadi Awang datang bagi ceramah, jumlah derma jihad lebih RM20,000 untuk satu malam saja. Masa tu, Hadi Awang baru saja berkahwin ngan bininya yang berkerjaya sebagai doktor atau jurutera. Dan malam itu juga, baru tahu ramai budak-budak perempuan UKM tergedik-gedik dan usya muka Hadi Awang dengan senyum lebar dan lubang hidung kembang!
Jadi kalau ada sahabat-sahabat dari Pakatan Rakyat yang duk bergelak tawa sekarang ini, sila rujuk kembali dengan apa yang telah berlaku pada 1997-1999 dahulu dan kenapa ada Kawasan yang buat protes dalam senyap.
Tuan-tuan ada nampak kat mana sup telur babi itu? Selepas 13 tahun, penulis ada la ternampak sekali... tapi tak ingat dah kat mana... rasanya kena samak perut dan tekak sebab dia yang bayar nasi ayam penulis walaupun penulis duduk nunnnnnnn jauh di meja yang berasingan... duit siapa pulak la yang dia kebas untuk bagi penulis mentekedaghah BENDA SYUBHAH!


10 comments:
salam CTW
saya follow tuan sejak dr DepaKata. Tulisan tuan kali ini mengesahkan tuan adalah saudara yang tinggal di Seksyen 5 BBB, dan rumah tepi surau tahun 98 dulu.
Bila nak ke West Country lagi?
Tuan:-)
Cerita klasik, masa tu aku dok Jln Reko.
Gilaaa betui, masa tu Bandar Bangi semua hijauuuu. Geng Umno aku semua cabut. Nasib baik Datuk Kuris menang. Celaka tu curi duit juga. Masuk makhamah bicara.
Makluk halus, sapa dia ooii?
: )
Ada la... pun masih berperangai makhluk halus gak lagi walaupun dah tukar parti.
Salam Bro CTW...
Gua pernah 3 malam tak tidoq semasa mula tercetusnya Reformasi.
Masjid Kg.Baru RV gua.
Memang bangsat 'makhluk2 halus' depa suma tu.
BANGKAI SUNGGUH depa suma no...!
Susah betul UMA nak faham. Orang faham aje yang fahama.
UMA tetap layannn
aku pun orang BBB gak. Tak tau pun benda ni. Ceciter....ceciter
hahaha, tahun 1999.. semua printout dr internet adalah fakta..
jika benar FK dr bangi, tentu bnyk tahu tentang cerita2 di bangi seksyen satu ..
Lokman Adam.
Assalam Bro
Masa tu saya and family duduk kat Itali. Bengang juga Bro bila tenguk orang melayu merusuh. Tapi yang paling tak boleh terima adalah pegawai kerajaan yang duduk makan gaji duit kerajaan sokong orang yang merusuh tu. Dah lah pegang jawatan konsul general, langsung dia tak backing kerajaan lagi dia mahu hentam. Tapi kami tak pernah termakan dakyah dia. Saya cuma jawab apa buat kerja bodoh demgan merusuh. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Itu typical penyokong Anwar di luar negara.
`Nanti datanglah satu makhluk halus yang sekarang ini sudah jadi orang penting dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dia yang datang dengan beg dan di dalam beg itu ada duit. Maka berbahagi-bahagilah duit itu sesama sendiri yang apabila dikira di tangan masing-masing, tidak pernah lebih dari RM100 untuk kerja seminggu.'
memang jenis bangkai mamat nie...
time umno dah nak tumbang dulu batang hidung dia mana?
skang ni jadi exco pemuda lagi
kalau specis kj beruk n gang tu tetap beruk jugak la...
p.s
lokasi;
jalan raja laut circa 1990`s:
1. tak boleh lupa fru pakai cota bedal satu mamat baru keluar office nak pergi lunch-mamat tu tangkis pakai tangan-akibatnya patah beb...
2. army intel siap dgn com. equip. dalam jeep mereka...
3. fru yang sedang kejar pen demo terlucut cota nya kih..kih..kih
banyak lagi nih...
Post a Comment